Showing posts with label Pentingnya Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pentingnya Pendidikan. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Kebersihan

Assalamualaikum,
Maaf kerana lama tak update blog kerana sedikit sibuk. Entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu kenapa kita perlu menjaga kebersihan. Dapat idea melalui pembelajaran dalam kelas tadi.

Menjaga kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

Kenapa kita digalakkan menjaga kebersihan diri, rumah, dan alam sekitar? 

Jawapannya mudah sahaja, kerana Islam ingin menjaga kita dari terkena sebarang jangkitan penyakit dari pelbagai jenis spesis mikroorganisma seperti bakteria, parasit, virus dan lain-lain (maaf saya bagi jawapan yang ada kena mengena dengan sudut perubatan sikit).

Mikroorganisma ini berada dimana-mana seperti diudara, tanah dan senang cerita kat semua tempat mesti ada, kita tak dapat nak elak dari semua microorganisma ini. Tetapi dengan menjaga kebersihan, kita dapat mengurangkan jumlah microorganisma tersebut.

Sistem kesihatan dalam Islam tercermin dalam ajaran syariat yang mewajibkan perbuatan membersihkan diri dari kotoran (najis), dari hadas dan dari kotoran hati semua itu berada dalam satu pakej ibadah seperti wudhu', mandi, solat dan sebagainya.

Saya nak pesan, kalau pergi tandas awam TOLONG cuci tangan 3 kali dengan sabun selepas menggunakan tandas. Sebab kat tandas awam banyak microorganisma seperti contoh parasit. Parasit ni ada 2 bentuk, satu dalam bentuk telur dan trophozoite (maaf saya tak tau nak terangkan camne trophozoite tu, sila rujuk google).
Sebab dalam najis banyak terdapat jenis-jenis telur parasit (oocyst), dan bila dah masuk dalam badan manusia, oocyst tersebut berubah menjadi trophozoite yang boleh menyebabkan terkena penyakit. Sebab itu Islam menyuruh kita bersuci dari kotoran (najis).

Adakah jelas jawapannya?

Selain itu, kalau makan sayur atau buah-buahan tolonglah basuh dengan air yang telah ditapis dengan ukuran <1 mirometer sebanyak 3 kali juga. Dan tidak lupa, sila minum air yang telah ditapis serta air yang dimasak.

Nampakkan betapa indahnya Islam ini? Allah SWT sangat sayangkan hambaNya, sebab itu Dia suruh kita jaga kebersihan.

Contoh yang kita dapat lihat hikmah berwuduk, dengan berwuduk diri kita bersih sebabnya kita membasuh anggota badan kita. Selain itu juga, Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.


Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.


Oleh itu, sebagai penutup, suka untuk saya berpesan kepada sahabat sekalian agar sentiasa mencuci tangan sebelum makan dengan sabun dengan cara yang betul dan menjaga kebersihan senantiasa. 




“Islam itu bersih. Oleh karena itu, bersihkanlah dirimu. Sesungguhnya tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang yang bersih.” (H.R. Baihaqi)


Nabi Muhammad (SAW) menyatakan didalam hadis baginda riwayat dari Imam Muslim tentang kebersihan:
“Bersuci itu adalah ciri keimanan”


Maaf, andai ada salah silap tolong betulkan dan tegur saya. =)

Wednesday, November 16, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #9


(Pinjam gambar dari iium journalism club..ni yg dh edit)

Sunday, October 30, 2011

Apa yang saya buat semalam???

Assalamualaikum,

Yesterday I went to Masjid Kota Damansara and commonly called as "Masjid Kuning" because the masjid is yellow in colour..

There is a lot of activity, indoor and outdoor.. Mostly outdoor activity that attract people because there's a lot of booth that sell books, clothes, hijabs and many others..

I attracted to join indoor activity because it gaves me a lot of knowledge inspite I wanted to study more deep in Islam...The indoor activity were recording of "Tanyalah Ustaz by Ustaz Mohd Erfino" and "Tanyalah Ustazah by Ustazah Norhafizah Musa".. I take some pictures while break session..

Actually, I am not satisfied along the recording because the producer already give some instructions..We are not allowed to making some noise, not allowed to stand and we must silent our phone.. But some of the "makciks" making noise, chatting with her friends like 10 years haven't met..grrr...really annoying and disturbing me to focus on the topic that ustaz discussing in front.. I just say slowly, please respect the knowledge please while we are sitting in the masjid.. And the kids also, why la their parents just let their child making noise inside the masjid..while outside have a lot of activity for kids..  Sorry to say this...

Here some advice, please respect any "majlis ilmu"..

Malik bin Anas berkata, ‘Makna sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. ‘para malaikat melebarkan sayap-sayapnya’ adalah berdoa untuk penuntut ilmu, dan ‘sayap’ dalam hadits tersebut adalah sebagai ganti dari kata tangan.”

Okey, while the indoor activity end.. I just go to one booth where is Ashraf Muslim was there...he he he.. He is sharing about why he's changed and while he's in Makkah doing umrah.. What a touching story with the sad background music... The point that he is sharing with us, really really meaningful.. I like that..

Then, I go to one booth that selling books.. And I bought one book, titled " Give and Take antara Hamba & Pencipta".. I am not read the book yet..After this I am going to finished it by today..

Okey, this is the pictures that I snap yesterday..Enjoy and sorry the pictures little bit blurry..



Catriona Ross sharing about her life changed




The peoples..



Tanyalah Ustaz recording session by Ustaz Erfino



Tanyalah Ustazah recording session by Ustazah Norhafizah








I know some of you might be jealous right? har har har..this is the session of Ashraf Muslim sharing..

I will share with all of you on topic that being discussed yesterday on Tanyalah Ustaz and Tanyalah Ustazah in next entry...

Tuesday, September 6, 2011

BELAJAR BAHASA..

Nak cakap pasal bahasa baru, dulu saya tau banyak bahasa macam Filipina, Japan, Hindi dan Mexico..dulu jer..sekarang banyak lupa..sebab dulu masa sekolah suka tengok cerita luar..


Saya minat belajar bahasa.. Ada 2 bahasa yang paling saya minat nak belajar, pertama bahasa Perancis dan kedua bahasa Mandarin..


First, saya minat belajar French ni sejak form 2.. Ada satu novel ni, saya baca dia selitkan French yang banyak jugak..sejak dari situ, saya berminat untuk belajar lebih banyak lagi words.. French ni perkataan lain, sebutannya lain..tapi lagi senang ler.. Dulu banyak perkataan yang saya belajar, sekarang banyak dah lupa..

Saya minat belajar mandarin pulak masa saya form 3.. Tapi belajarnya agak susah la..sebab sebutan kena betul..kalau salah sebut, nanti maksud jadi lain.. Memang terbelit-belit lidah nak sebutnye.. 



Kedua-dua bahasa ni, saya belajar sendiri..pandai2 lah cari alternative..kat internetkan banyak free course..just sign up jer le.. Walaupun tersangat simple apa yg dia ajar tu..jadi ler..asalkan ada jugak perkataan yang kita tau.. Kalau mandarin tu kadang-kadang tanya kawan..hehe.. 


Sekarang ni pulak saya tengah belajar bahasa Korea..hehehe.. Ni bukan disebabkan K-Pop okey.. Ni disebabkan saya gatai pegi tengok cerita boys over flower lagi sekali.. Seronok pulak tengok dorang cakap..rasa macam nak cakap bahasa dorang sekali.. Korea ni pun susah jugak..sebab ada gaya bahasa yang banyak..  Masa dulu masuk tae kwan do, tau nombor je la dalam bahasa korea.. dari nombor 1-10 jer.. :P


Lepas ni nak belajar lebih banyak bahasa Al-Quran pulak.. ^_^






MARI BELAJAR BAHASA BARU..

Saturday, August 13, 2011

Bicara Soal Masa Hadapan..

Khas untuk bakal-bakal graduan,

Pada masa sekarang ni, seperti yang kita sedia maklum sukar untuk mendapatkan pekerjaan malah persaingan sengit berlaku..

Cuba kita renungkan semula, kita belajar dari umur 5 tahun sehingga dapat diploma, degree, masters dan PhD.. Cuba kira berapa lama kita belajar dan berapa banyak kos yang kita tampung selama kita belajar.. Banyak bukan?

Lepasan master sendiri gaji sebulan rm5000 sahaja.. Agak-agak berbaloi tak? Eh, habis belajar je kita bayar hutang tau.. Kalau pinjaman pelajaran kita banyak, agak2 rm5000 tu cukup tak nak sampai sebulan? Itu master, kalau degree paling rendah pun rm2000 je tau.. Agak-agak lepas bayar hutang diploma+degree berapa ye yang tinggal dalam dompet? cukup sampai sebulan ke? boleh buat saving dalam bank? NO..tak cukup tau sebenarnya..Harga barang pun naik.. Cuba renung-renungkan..

Agak-agak baki yang tinggal tu boleh buat bajet tak? Eh, orang kalau nak buat bajet benda yang berlebih, bukan benda yang sikit tau.. Ibarat selimut pendek, tarik ke atas nampak kaki..tarik ke bawah nampak kepala.. Sebab itu, kita perlu cari alternatif lain untuk panjangkan selimut biar cukup untuk kita..

Gaji rm3000 pun dah jatuh MISKIN KOTA tau.. bangga ke gaji rm3000 zaman sekarang ni? Tu sebab saya sedih, ramai bangsa M gaji rendah..ramai juga yang miskin kota.. Kalau orang kaya tu tak pe la.., dia tak pernah rasa hidup susah.. Saya nak orang susah rasa macam mana hidup senang pulak..

Sebab itu, ada syarikat menawarkan untuk pelajar-pelajar, bakal graduan serta ibu bapa menjana pendapatan rm30,000 dalam masa 3 bulan,,. Ini BUKAN kata-kata retorik ataupun omongan kosong..

Kerana syarikat ini TERBUKTI telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, USM, 22 orang menteri termasuk PM dan telah pun melahirkan seramai 21 orang jutawan dalam masa 2 tahun.. HEBAT BUKAN???

Saya nak kongsikan satu cerita tentang seorang remaja berusia 22 tahun..Pelajar kelulusan ijazah di Universiti Teknologi Petronas.. Beliau seorang pelajar cemerlang, dan tamat sahaja belajar..beliau mendapat tawaran kerja di Abu Dhabi dengan gaji rm18k sebulan.. TETAPI beliau MENOLAK tawaran itu.. Disebabkan beliau telah dapat lebih daripada rm18k sebulan.. Dan beliau sendiri telah memiliki kereta Audi TT dengan wang beliau sendiri..

Agak-agak terbakar jiwa tak? Nak tak jadi macam beliau tergolong dalam golongan JUTAWAN MUDA???
Saya pun terbakar jiwa raga saya sebab KEMISKINAN BUKAN UNTUK DIWARISI, TAPI SATU TRANSFORMASI..



Wednesday, July 13, 2011

Fakta Knp Perlu Mandi..

Saya dapat fakta ini dari laman AkuIslam.com ..


Seperti yang kita semua maklum, bersuci adalah suatu perkara yang amat dititikberatkan didalam Islam. Kalau kita belajar kitab fekah, bab mula – mula sekali diajar adalah Taharah iaitu bersuci, menunjukkan betapa pentingnya ia dalam kehidupan kita.
Sabda Nabi S.W.T : “Tidak diterima solat tanpa bersuci” (Riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abdullah bin Umar )
Hadis ini menunjukkan bahawa bersuci adalah wajib sebelum menunaikan solat. Sekelian ulamak telah sepakat bahawa bersuci adalah salah satu syarat sahnya solat. Tidak sah solat tanpa bersuci.
Ok, itu dari sudut agama. kali ini saya nak bawa anda dari sudut saintifik pula, iaitu mandi.
Mandi tidak hanya membuatkan badan segar, tetapi ada manfaat lain disebalik itu.  Sebenarnya, mandi juga memiliki peranan dalam meningkatkan sistem kekebalan, mencegah penyakit kulit, bahkan untuk menyembuhkan masalah kesihatan yang serius.
Beberapa kajian yang menunjukkan bahawa mandi itu berkhasiat antaranya adalah:
1. Pengidap Diabetes
Untuk pengidap diabetes, dengan setengah jam berendam didalam air yang hangat dapat menurunkan aras gula dalam darah sekitar 13%.
2. Kesihatan Jantung
Dengan berendam selama 10 minit dalam air yang hangat dapat memperbaiki kesihatan jantung baik lelaki mahupun wanita.
3. Eksema
Eksema adalah penyakit radang kulit yang kronik, dengan rasa kering dan gatal. Untuk penderita penyakit kulit seperti eksema, ruam, gatal-gatal dapat dirawat dengan menambahkan baking soda ke dalam tab mandi kerana berdasarkan kajian baking soda itu bertindak sebagai antiseptik.
Caranya, pertama sekali isi dengan air suam, tambahkan kira-kira satu senduk baking soda dan kacau sehingga larut. Digalakkan berendam selama 10-20 minit.
4. Infeksi
Untuk infeksi, tambahkan pada air panas suam tiga atau empat sudu cuka buah epal (apple cedar)  dan berendamlah selama 15-20 minit. Ini juga baik untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh kerana cuka dapat menyeimbangkan kembali asid.
5. Selsema dan Sakit Kepala
Untuk menyembuhkan selsema dan sakit kepala dapat dilakukan dengan merendam kaki dalam air suam. Masukan air suam  secukupnya dalam tab mandi sehingga menutupi kaki dan pergelangan kaki, tambahkan beberapa titisan minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Setelah selesai bilas dengan air biasa. Lakukan selama 10-20 minit.
6. Insomnia
Untuk penderita insomnia atau yang menderita masalah tidur, mereka boleh merendam kaki dalam air sejuk. Masukan kaki sehingga kaki merasa sejuk. Cara ini juga berguna bagi kaki kejang, pendarahan hidung, dan sembelit.
7. Sirkulasi
Jika anda mengalami masalah sirkulasi maka cubalah dengan  merendam kaki selama satu atau dua minit didalam air suam, kemudian 30 minit dalam air sejuk. 
.
Manfaat mandi yang sihat
Mandi air panas  sekitar 32-35 darjah Celsius dapat membuka liang – liang  yang dapat membantu mengeluarkan racun. Dimana ia berfungi membantu menurunkan aras gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya dapat bekerja dengan baik. Waktu yang disyorkan adalah selama 10-20 minit.
Mandi dengan air yang sejuk pula dapat menghilangkan stress kerana meredakan ketegangan, dan disyorkan dengan suhu sekitar 12-18 darjah celcius. Ini terbalik dengan mandi air panas kerana ia akan menyempit kan darah dan meningkatkan aras gula darah. Oleh sebab itu, pengidap diabetes tidak digalakkan untuk mandi air sejuk.


Sumber: Kenapa Kita Harus Mandi Setiap Hari? | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/kenapa-kita-harus-mandi-setiap-hari/#ixzz1RxUd0rr7

Introduction