Thursday, February 9, 2017

Travel Ke Medan (Part 3)

Tersebutlah kisah Danau Toba,
Si Toba memancing ikan lalu ikan yang dipancingnya di bawa pulang,
Tidak lama kemudian ikan itu berubah menjadi seorang wanita cantik.
Si Toba pun berkahwin dengan perjanjian tidak akan mengungkit asal usul isterinya.
Sehingga, si Toba mempunyai anak yang bernama Samosir
Isterinya menyuruh Samosir menghantar makanan kepada Toba
Lalu dimakan oleh anaknya dipertengahan jalan.
Toba pun naik marah hingga berkata "Dasar kamu anak ikan"
Samosir pun berlari pulang mendapatkan ibunya dan memberitahu apa yang dikatakan oleh bapanya
Lalu, isterinya berasa kecewa kerana Toba melanggar janji
Samosir disuruh pergi memanjat pohon paling tinggi
Si ibu pun pergi ke sungai lalu terjadi banjir besar yang menenggelamkan Toba didalamnya. 

sambungan dari Travel Ke Medan (Part 2 - Gunung Sibayak)

- Lepas dah siap-siap semua, kami masuk ke dalam van dan guide membawa kami ke pasar buah.

- Memang tak la kalau nak beli buah kan, tak boleh bawak balik pun takut rosak buah tu nanti sebab ada lagi 3 hari kat Medan nak oiii..

- Sampai je kat sana, aku tengok ada banyak kuda. Aku mula je ambil gambar kereta kuda tengah jalan.


- Mula-mula ambil gambar kat atas ni jer, lepas tu ada geng pakcik-pakcik kuda ni datang. Aku ingat nak bergambar je la atas kuda macam ni.


- Lepas tu, aku tengok Nadiah, Linda and Amir pun naik kuda nak pusing-pusing pekan. Pakcik tu pun pujuklah aku pusing dan jalan sekali naik kuda.

- Aku pun fikir, okey la ada jugak naik pengalaman naik kuda kan. So, aku pun setuju. Memang best lah..tak ada rasa takut apa2 pun. Pengalaman yang seronok dapat naik kuda. Bayaran untuk kuda ni RP50,000 = RM16 (lebih kurang). Murahkannn.. Nanti korang datang Medan, try la naik kuda.. 

- Lepas naik kuda, aku pun pusing-pusing kedai kat situ untuk cuci mata. Sampailah kat satu kedai ni ada jual telekung, aku ingat nak cari telekung yang ada beg. Tengok kualiti kain tu okey apa semua sesuai dengan harga, aku pun grab satu untuk mak. :D

- Selesai beli telekung, aku pun cari geng aku sampailah kat satu kedai ni tengah tengok Minah belek kain pelekat. Sementara tunggu Minah membeli belah, aku pun sempat lagi ambil gambar macam mana rupa pasar buah kat situ.


Kalau masuk kat belah dalam tu, lebih kurang macam kat pasar buah Chow Kit

- Aku masuk dalam kedai balik dan ternampaklah ada satu seluar kat patung kedai yang berkenan kat mata ni haa.. Aku pun tanya la harga, akak tu kata RP100,000 = RM30 (lebih kurang), Pejam mata je lah sebab dah berkenan kan.. nak cari kat KL susah pulak.. 

- Dah siap shopping, kami pun mula bergerak ke air terjun Sipisopiso. Masa kami sampai kat air terjun, hujan mula turun dengan lebat, aku rasa sedih dan kecewa sebab tak dapat nak tengok air terjun tu dengan clear view. Tapi tak kisahlah sebab kami banyak habiskan masa kat situ sementara tunggu hujan reda, sempat lagi aku order megi sup. Makan tengah hujan-hujan memang pehhhh sedap bak ang!!

- Dah siap makan dan minum tu, aku, Minah, Nadiah, Vim dengan Cat masuk dalam van nak ambil baju hujan sebab nak turun bawah.

- Kitorang pun buat keputusan untuk turun, sampailah kat pertengahan trek sebab ada pondok untuk tengok view air terjun dan kitorang pun apa lagi ambil gambar banyak-banyak sampai tak sedar berapa lama dah kat situ. Haha. 






- Masa turun nak ke pondok tu bukan main laju je jalan, bila nak naik balik alamak aii mengucap panjang akuu.. semput... nasib baik sejuk, Kalau cuaca panas tu..mana nak cari air minum dahaga oiii.. Penat-penat pun aku gagahkan jua naik ke atas balik sebab turun tu pilihan, naik tu wajib tau wajib.

- Bila kami berempat dah naik van, kami pun bergerak ke pelabuhan feri untuk ke Samosir Island pula. Memang trip kali ni jalan jauh-jauh, tak adanya 1-2 jam perjalanan. Mesti lebih dari tu. Haha. Tak apalah janji enjoy dengan kawan-kawan dan release stress kerja. 

- Kami sampai awal kat pelabuhan feri tu dan menunggu ketibaan feri yang seterusnya sampai jam 7 petang. Lama wehhh tunggu kat situ, sambil-sambil tu, kami pun tengok orang memancing ikan nila (talapia), dah bosan tengok orang memancing. Aku pun join diorang yang lepak gerai tak jauh dari situ untuk minum. . 

- Jam 6.30 petang, feri pun sampai ke pelabuhan dan tepat jam 7 petang, kami semua masuk ke dalam feri sekali dengan van. Nadiah, Minah ajak aku lepak luar dan aku setuju je sebab boring la tak dapat tengok view kalau duduk dalam feri dan feri tu merentasi Danau Toba. Besar jugak Danau Toba tu luasnya 1.145 kilometer persegi yang menjadikannya danau terluas se-Asia Tenggara dan luasnya lebih besar dari Singapura [716 km].


Lepak kat tangga feri. Sejuk wehhh..

- Kami semua sampai kat Samosir Island pada jam 8.30 malam (waktu tempatan) dan perjalanan nak ke kedai makan boleh tahan jauh juga. Masa tu aku dah mengantuk dan penat sangat, sampaikan boleh tertidur sambil tunggu makanan sampai. 

- Lebih kurang jam 11 malam, kami pun sampai ke chalet dan masa kami sampai pun hujan turun dengan lebatnya malam tu. Bila dah dapat bilik, aku pun terus baring dekat atas tilam dan tak lama kemudian, ZzZzZz..


Selasa , 24/1/2017


- Esok paginya, aku bangun dan dikejutkan dengan pemandangan belakang chalet dan wowww cantiknyaaaa... Subhanallah..



- Masa nak check out pula, kami makan mengadap view juga. Tapi, view tak clear sangat sebab kabus. :(



- Kami di bawa guide untuk ke Tomok, kawasan perkampungan orang Batak yang dahulunya makan orang. Dengar cerita ni dah seramkan?

- Sebelumnya, kami berhenti di Tuk tuk untuk mengambil gambar.





Cantikkan? ^_^

- Tak berapa jauh perjalanan, kami pun sampai di kawasan perkampungan orang batak. Aku tengok kawasan dia unik dan masih mengekalkan ciri tradisional. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku, sebab kita datang dengan niat melawat.












- Selesai bergambar apa semua, guide dah panggil kami sebab perjalanan kami masih jauh dan mahu kejar feri pada jam 2 petang.

akan bersambung lagi.. 

Friday, February 3, 2017

Travel Ke Medan (Part 2 - Gunung Sibayak)


sambungan dari Travel Ke Medan (Part 1)

Isnin, 23/1/2017

- Pada jam 4.30 pagi kami dikejutkan dari tidur untuk ke Gunung Sibayak, tetapi diberitahu bahawa tangguh sehingga hujan reda dan dalam masa itu, kami ambil peluang untuk bersiap-siap. Sebenarnya aku masih mengantuk, rasa macam nak sambung tidur balik dan biarkan diorang sahaja yang pergi ke sana. Tapi, aku nak tengok juga keindahan Gunung Sibayak tu datang jauh2 nak tidur rugilah kan..

- Lebih kurang dalam jam 5.30 pagi kami gerak menuju ke kaki gunung Sibayak yang tak jauh daripada Sinabung Hills.

- Setelah sampai di parking, guide memberi sepatah dua kata meminta kami berjalan dalam kumpulan. Selepas itu, kami membaca doa sebelum memulakan perjalanan.

- Ketika kami ingin memulakan perjalanan tu, hujan mula turun dan keadaan masa tu memang sejuk. Mujur kak Long sangat menjaga dan prihatin bagi aku pakai baju hujan dia sebab aku tak bawak baju hujan.. Aku pakai jaket biasa je.

- Di awal perjalanan tu, memang trek dia bagi pacak betul. Nasib baik keadaan sejuk masa tu, so, tak adalah aku rasa penat ataupun pewai. Trek permulaan tu ala-ala trek nak ke Kem Lolo tapi ni tak ada landai sangat.

- Dah sampai kat penghujung jalan, tiba-tiba aku nampak cahaya.. Jeng jeng jeng.. Cahaya apa tu?

- Tu sebenarnya cahaya kedai-kedai yang merupakan penempatan juga bagi penduduk tempatan sana. Aku rasa macam wow, ada juga orang tinggal dan buka kedai kat kaki Gunung Sibayak ni..

- Dah sampai kat kedai-kedai ni, maknanya dah sampai juga di kaki Gunung Sibayak yang sebenarnya,


Group photo sebelum naik.

- Start naik, dia bagi tangga dulu lepas tu trek menaik jugak ala-ala broga. Lagi satu, nak bagitahu yang Gunung Sibayak ni juga adalah gunung berapi aktif yang memiliki wap panas dan terkenal dengan hutan pandan. Masa aku pergi sana tu memang banyak juga pokok pokok pandan kat sana tumbuh dengan jayanya. 

- Dah sampai satu tempat ni, dah tak ada hutan dah yang ada cuma pemandangan gunung sahaja di hadapan. Sebelum tu, apa lagi, kami pun bergambar dulu walaupun destinasi masih jauh.




- Rupa-rupanya trek ni tak lah sesusah mana seperti yang aku sangka, di mana aku boleh meneruskan perjalanan tanpa pewai. Syukur. Sepanjang perjalanan menuju destinasi, mata kami disajikan dengan pemandangan indah kawasan pergunungan ni. Subhanallah..



Cantikkan pemandangan ni? Masa ni aku rasa macam aku kat ABC gitu.. Ni baru separuh, ada lagi separuh perjalanan nak menuju ke destinasi. 


video



video


video


Kami pun berjaya sampai ke kawah putih di gunung Sibayak dan perjalanan mengambil masa sejam je nak sampai situ.





- Lama jugalah kami duduk kat situ bergambar sakan. Nama je gunung berapi, tapi sejukkk.. Dalam jam 8.30 pagi waktu tempatan, kami pun mula turun sebab nak kejar breakfast kat hotel. Kuikuikui. 

- Masa turun tu, saja turun cepat-cepat dan sampai je kat kedai di kaki gunung tu, aku sempat lagi order air coklat panas dan keluarkan roti bakar bandung yang aku beli semalam sementara menunggu rakan yang lain turun.

- Bila semua dah turun, aku pun cepat-cepat habiskan air coklat tu untuk teruskan perjalanan turun ke parking. Nadiah ajak aku berlari turun, aku pun join berlari.. Gilaa ahhh susah nak brek oo kalau lari lajuu.. Risau tergolek je macam nangka busuk. Lalu, aku pun berlari perlahan dan kami berdua sampai dulu kat parking. Sambil menunggu rakan yang lain, kami sempat lagi bergambar dan tengok kawasan situ.


Ni diaa kerja sambil tunggu kawan-kawan yang lain


Nadiah bergambar dengan papan tanda "Rawatlah Aku"

- Bila semua dah sampai, kami pun bergerak ke hotel untuk makan pagi. Lepas dah siap makan semua, kami semua pun bersihkan diri dan kemas-kemas bersiap untuk gerak ke pasar buah pula.



Inilah hotel Sinabung Hills, Medan.





akan bersambung lagi.. :D

Thursday, February 2, 2017

Travel Ke Medan (Part 1)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi untuk membaca posting pada kali ini. Jadi, aku nak berkongsi sedikit sebanyak cerita sepanjang berada di Medan selama 5 hari 4 malam.

Sabtu, 21/1/2017

- Aku mula bergerak dari rumah seawal jam 6 petang menuju ke KLIA 2 dan flight ke Medan tu pada jam 11 malam. Aku ni lebih suka gerak awal supaya tidak kelam kabut kalau ada apa2 masalah nanti kat airport.

- Di airport pula, aku ditemani oleh rakan yang baru je aku kenal namanya Zairi. Walaupun baru kenal, tak adalah krik krik sangat sebab Zairi ni ramah dan talkative jugak orangnya. Dalam trip ke Medan ni, yang tidur di airport 4 orang iaitu Zai, Linda, Amir dan aku sendiri.

- Ini adalah kali pertama aku menaiki penerbangan malam, dan seronok juga rasanya sebab boleh nampak lampu2 dari atas.

- Semasa menunggu, flight dijangka tiba pada jam 11 malam tetapi, flight delay dan berlepas pada jam 11.30 malam.

Ahad, 22/1/2017

- Kami selamat mendarat di airport Kuala Namu pada jam 12 tengah malam dan selepas melepasi imigresen, kami pun bergerak ke kedai Indomart untuk membeli secawan air kopi panas. Dah sampai airport ni, aku pun cepat2 buka wifi sebab nak bagitau kat family yang aku ni dah selamat sampai kat sana.

- Sementara tu, kami berdua pergi ke area surau di mana Amir dan Linda yang tiba lebih awal dari kami duduk di situ dan kami berempat tidur di kerusi yang berada di luar surau sementara menunggu ketibaan rakan-rakan lain pada sebelah paginya.

- Sebelum tidur tu, sempat lagi aku tengok cerita Goblin episod 15. Boleh tahan jugalah kelajuan wifi kat airport sana, tak ada buffering pun bila buka video. Lagi laju internetnya dari rumah aku. Kah!

- Jam 3 pagi, mata pun dah mengantuk dan aku pun tidur dengan nyenyaknya walaupun kepanasan kat airport tu. Aku mula bangun seawal jam 6 pagi waktu Malaysia sebab orang ramai dah sampai dan solat subuh di surau airport.

- Lebih kurang jam 9 pagi, rakan-rakan yang lain pun tiba di airport dan kami semua pun memulakan perjalanan sekitar jam 10 pagi waktu tempatan (waktu di Indonesia lambat satu jam daripada Malaysia).

- Semasa dalam perjalanan dari airport, kami singgah di restoran ayam penyet Cindelaras. Sedap dan murah juga makanan kat restoran ni, tapi, sambal dia pedas bukan main.. Merah bibir makan podehhh..


Mm rasa lapar pula tengok gambar ni sambil menulis blog


Video awal perkenalan kami di dalam van (boleh klik dan tonton)

- Hari pertama ni, tujuan kami adalah ke daerah Berastagi yang mengambil masa dalam 4-5 jam juga dari Kuala Namu.

- Sesampainya di sana, kami di bawa ke Gunung Sinabung (tengok dari jauh) yang pernah memuntahkan lava sehinggakan ada perkampungan terpaksa berpindah dan wujudnya desa hantu (maksudnya banyak rumah tinggal dan tiada orang tinggal disitu).


Boleh nampakkan macam gunung berapi tengah meletus. Tapi dalam gambar ni tak adalah meletus sebab tinggal kesan jer.

- Lepas melawat Gunung Sinabung, kami pun bergerak ke hotel Sinabung Hills yang cantik. Dilengkapi dengan kolam renang serta landskap yang menarik. Malangnya, hari hujan lebat masa kami sampai di hotel. Jadi, hajat aku nak mandi kolam renang terbantut. 



- Memang sejuk hotelnya, tak perlu aircond atau kipas sebab terletak di kawasan tinggi seperti Cameron Highlands. Tapi di sini lagi sejuklah sebab tidak ada penebangan pokok dan pembangunan seperti di Cameron Highlands. 

- Aku berkongsi bilik dengan Minah dan Nadiah. Haa, di sinilah bermulanya aku rapat dengan diorang sebab diorang ni best dan happening gitu.

- Malam pertama kat hotel tu, kami semua berjalan kaki menuju ke pekan untuk makan malam yang boleh tahan jauh jugaklahhh. Wehh ada durian sedap kot dahlah RM8 jer sebiji.. Aku pun ambik seulas dua daripada tester yang peniaga tu bagi. Seriously sedappp!!

- Lepas makan durian tu, kami pun pergi ke gerai yang berada di tepi jalan mencari makanan yang berat sikit. Kat gerai tu , aku order nasi goreng dan ayam bakar. Boleh tahan sedap jugalah.




sempat lagi bergambar kat kedai makan tu.

- Lepas makan nasi goreng, kami singgah pula ke kedai roti bakar bandung (yeke? Aku pun lupa dah namanya), tapi sedap dan murahhh.. Serious roti dia besar ada 4 lapis boleh pilih 2 perasa. Aku order blueberry + strawberry + coklat + cheese, harganya RP15000 = RM4.50 (lebih kurang).

- Balik ke hotel, masuk tidur terus sebab nak kena bangun awal untuk ke Gunung Sibayak. Aku rasa seram juga macam manalah keadaan trek tu, susah ke senang ke? Izzi kata senang, tapi dia power dan aku tak power macam dia. Hurmm redah jelah nampaknya..yang penting ada bawak power gel. Mana tau boleh guna kot kot pewai nanti.

akan bersambung ... sabar yeee.. :D

Travel Ke Medan (Part 2 - Gunung Sibayak)

Friday, October 21, 2016

PEREMPUAN : Natural atau Make up?


Kelmarin di facebook, ada sebuah video memaparkan pendapat tiga orang lelaki bahawa mereka lebih suka dengan perempuan tanpa mekap atau dengan mekap.

Di bawah ini adalah link kepada video tersebut untuk tontonan.

Apa kata lelaki : Natural atau Mekap?

Pada permulaannya ketiga-tiga lelaki ini mengatakan mereka suka perempuan tidak mekap kononnya natural look tanpa mekap itu lagi cantik. Tetapi, apabila ditunjukkan gambar wanita tanpa mekap, air muka terus berubah dan mengatakan wanita tersebut perlu mengenakan sedikit foundation, blusher, bedak dan eyeliner.

Semasa menonton video tersebut, aku rasa macam bengang dengan lelaki macam ni punya perangai. Hang kata lebih suka perempuan tak mekap siap cakap macam ni "Read my lip, tak make up". Lepas tu, nak perempuan tu mekap pulak.

Nampak sangat lelaki macam ni tidak ada pendirian. Hang tau dak perempuan natural look yang hang maksudkan tu muka jenis flawless, putih gebu gebas macam Neelofa dan Nora Danish tu..

Aku pernah jumpa dan kenal "lelaki" yang pernah cakap kat aku, dia lebih suka tengok aku tak mekap. Tapi pantang tengok perempuan mekap lawa tu lalu sama ada kat depan mata, facebook atau instagram. Laju je mata memandang, jari jemari menekan butang like dan love. Sejak tu aku memang langsung tak percaya apabila lelaki kata dia tak suka perempuan mekap. Memang itu fitrah manusia untuk lihat sesuatu yang cantik, aku tahu itu.

Kaum lelaki kena tahu yang perempuan ni mekap bukan untuk tatapan mereka (Lelaki). Perempuan mekap ni hanya untuk meningkatkan keyakinan diri sahaja. Ya, memang tidak semua perempuan suka mekap. Tapi sekurang-kurangnya ada juga yang memakai bedak untuk tidak tampak terlalu pucat.



Kan senang je kalau cakap, perempuan perlu mekap tapi mekap nipis dan natural tidak terlalu tebal. Sangat ringkas.


Antara komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen.


Jadi, lelaki kena tahu kalau perempuan tu cantik muka licin, putih gebu gebas, barang-barang penjagaan kulit muka itu MAHAL bukannya murah.

Tak dinafikan banyak spa-spa atau klinik-klinik menawarkan servis untuk kecantikan wajah, tapi dengan bayaran yang boleh dikatakan mahal juga. Perempuan yang biasa macam aku ni, belum mampu lagi untuk buat rawatan muka di spa dan klinik lagi.

Selain itu, tak dinafikan juga ada sahaja lelaki yang tidak memandang paras rupa tapi lebih mementingkan aspek hati dan akhlak dan aku jamin tidak ramai lelaki seperti ini.

Nasihat ini untuk diri sendiri juga,

Wajah akan tampak lebih cantik dan bersinar andai kerap dibasahi dengan wuduk, dahi yang sujud mencecah sejadah dan dihiasi dengan akhlak yang baik. 


Tuesday, October 18, 2016

A new me?


Jari jemari ingin menulis,
Tapi terhenti seketika,
Saat otak memerah bagaimana harusku huraikan,
Perasaan dalam bentuk penulisan.
Bimbang silap tulis
akan ada salah faham. :)


Apa yang terjadi pada aku baru-baru ni, aku nekad untuk jadi seseorang yang baru. Aku tidak mahu lagi dipergunakan oleh orang demi kepentingan mereka.

Ya, korang masih akan nampak aku yang dulu cuma akan jadi lebih tegas dan kasar.

People change for a reason and yes I have a reason why!

Entahlah..

Korang lebih suka aku yang lama atau yang baru lebih baik?



Thursday, October 13, 2016

Murung


 Aku perasan yang aku bukan lagi diri aku.
 Aku makin banyak mendiamkan diri, menung , dan juga kerap tidur awal.
 Aku tak lagi ceria dan murah dengan senyuman seperti dulu.



 Aku tak boleh deal lagi dengan apa yang aku lalui.
 Aku rasa marah, sakit hati dan kecewa!
 Aku rasa fikiran aku serabut.

 Sebab aku rasa dipermainkan, dipergunakan, dan dijatuhkan.
 Sungguh aku berasa amat sangat tertekan.
 Di rumah, pejabat dan diluar.

 Aku punya seorang kenalan yang dah berjaya buat aku jadi macam ni. Kau memang dengki dengan aku! Kali pertama, aku diamkan. Kali ni, aku memang benci kau! Aku memang jarang benci orang, kalau aku dah benci tu means apa yang orang tu buat kat aku memang teruk!

---------------------------------------

 Dalam masa yang sama, aku juga tahu, disetiap kali aku rasa murung semasa aku sedar. Aku cuba istighfar. Ingat Allah. Tapi murung kembali menguasai diri aku. Aku tahu Allah sayangkan aku, di saat aku rasa marah dan sakit hati, post post di facebook seolah menasihati aku yang sedang mengikut perasaan marah dan sakit hati. Seolah-olah Allah sedang memujukku juga.



 Baru sahaja aku buka blog, Ustazah Fatimah Syarha juga update blog dengan perkara yang berkaitan dengan apa yang aku alami. Jadi aku rasa sedikit lega dengan nasihat2 yang di beri.

 Jujur aku katakan, kali ini aku memang tidak kuat. Tapi Allah masih sayangkan aku.

 Mungkin aku perlu masa untuk merawat hati.

Aku mungkin memaafkan, tapi aku tidak akan lupa apa yang orang buat kat aku.



 Terima kasih juga untuk sahabat yang sentiasa ada bagi sokongan dan nasihat. Doakan aku. :')




Introduction