Tuesday, December 13, 2011

Kebersihan

Assalamualaikum,
Maaf kerana lama tak update blog kerana sedikit sibuk. Entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu kenapa kita perlu menjaga kebersihan. Dapat idea melalui pembelajaran dalam kelas tadi.

Menjaga kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

Kenapa kita digalakkan menjaga kebersihan diri, rumah, dan alam sekitar? 

Jawapannya mudah sahaja, kerana Islam ingin menjaga kita dari terkena sebarang jangkitan penyakit dari pelbagai jenis spesis mikroorganisma seperti bakteria, parasit, virus dan lain-lain (maaf saya bagi jawapan yang ada kena mengena dengan sudut perubatan sikit).

Mikroorganisma ini berada dimana-mana seperti diudara, tanah dan senang cerita kat semua tempat mesti ada, kita tak dapat nak elak dari semua microorganisma ini. Tetapi dengan menjaga kebersihan, kita dapat mengurangkan jumlah microorganisma tersebut.

Sistem kesihatan dalam Islam tercermin dalam ajaran syariat yang mewajibkan perbuatan membersihkan diri dari kotoran (najis), dari hadas dan dari kotoran hati semua itu berada dalam satu pakej ibadah seperti wudhu', mandi, solat dan sebagainya.

Saya nak pesan, kalau pergi tandas awam TOLONG cuci tangan 3 kali dengan sabun selepas menggunakan tandas. Sebab kat tandas awam banyak microorganisma seperti contoh parasit. Parasit ni ada 2 bentuk, satu dalam bentuk telur dan trophozoite (maaf saya tak tau nak terangkan camne trophozoite tu, sila rujuk google).
Sebab dalam najis banyak terdapat jenis-jenis telur parasit (oocyst), dan bila dah masuk dalam badan manusia, oocyst tersebut berubah menjadi trophozoite yang boleh menyebabkan terkena penyakit. Sebab itu Islam menyuruh kita bersuci dari kotoran (najis).

Adakah jelas jawapannya?

Selain itu, kalau makan sayur atau buah-buahan tolonglah basuh dengan air yang telah ditapis dengan ukuran <1 mirometer sebanyak 3 kali juga. Dan tidak lupa, sila minum air yang telah ditapis serta air yang dimasak.

Nampakkan betapa indahnya Islam ini? Allah SWT sangat sayangkan hambaNya, sebab itu Dia suruh kita jaga kebersihan.

Contoh yang kita dapat lihat hikmah berwuduk, dengan berwuduk diri kita bersih sebabnya kita membasuh anggota badan kita. Selain itu juga, Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.


Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.


Oleh itu, sebagai penutup, suka untuk saya berpesan kepada sahabat sekalian agar sentiasa mencuci tangan sebelum makan dengan sabun dengan cara yang betul dan menjaga kebersihan senantiasa. 




“Islam itu bersih. Oleh karena itu, bersihkanlah dirimu. Sesungguhnya tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang yang bersih.” (H.R. Baihaqi)


Nabi Muhammad (SAW) menyatakan didalam hadis baginda riwayat dari Imam Muslim tentang kebersihan:
“Bersuci itu adalah ciri keimanan”


Maaf, andai ada salah silap tolong betulkan dan tegur saya. =)

0 Your opinion:

Introduction