Monday, February 3, 2014

Tiada Manusia Sempurna

Aku manusia biasa,
Aku tiada apa-apa didunia.
Dalam masa yang sama,
Aku cuba menjadi manusia berguna.
Ilmu ku cari,
Tidak mahu sedikit pun iman ku lari.
Aku mahu iman ku subur,
Tidakku mahu ianya terkubur.


Tiada manusia di dunia ini sempurna. Masing-masing mempunyai kelemahan dan kekurangan yang

tersendiri. Namun, Allah telah menjadikan manusia sebaik-baik insan yang sempurna tubuh badan dan akal fikiran yang kita patut bersyukur.

Yang Maha sempurna hanyalah Allah swt.

Mencari kesempurnaan pada manusia ibarat mencari sesuatu dihutan dan yang pasti tidak akan

menjumpainya sampai bila-bila.

Memperbaiki kekurangan amatlah digalakkan. Seperti contoh mahu berubah ke arah kebaikan,

kelemahan dalam menewaskan hawa nafsu diperkuat dalam mendalami ilmu cara menentangnya.

Kita semua sedar, dunia ini hanyalah pentas ujian. Penentunya saat kita di himpunkan di padang

masyar. Jawapan atau penentunya berdasarkan beratnya amalan yang kita lakukan saat di dunia

ini.

Ya, kebanyakan daripada kita kerap leka, lalai dan alpa. Terbuai dengan keseronokan dunia yang

dihias indah oleh syaitan. Liciknya syaitan mengalihkan perhatian manusia daripada tujuan sebenar.

Jangan pernah biarkan hati, fikiran atau diri kita lalai walaupun seketika. Lalai itu boleh

menghanyutkan dan membuatkan kita lupa.

Sentiasa suburkan hati dengan berzikir, mengingati Allah, berselawat, membaca Quran, mendengar

ceramah yang boleh menyentuh iman dan kalbu, ataupun boleh membaca novel-novel islamik di

mana dalam cerita terselit ilmu, muhasabah untuk kita.

Saratkan dada dengan ilmu pengetahuan, dari semasa ke semasa sentiasa update ilmu dan cuba

sedaya upaya untuk praktikkannya dengan secara perlahan-lahan. Kedudukan orang yang berilmu

adalah lebih tinggi di sisi Allah SWT berbanding orang yang tidak berilmu.

"Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu

pengetahuan akan darjat
" [Al Mujadilah 58 : 11]

Orang yang berilmu perlu menjaga akhlaknya juga. Andai berilmu tetapi buruk akhlaknya, rugilah

menjadi insan yang ada ilmu.

"Mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu melihat  pada bentuk tubuh.

Tetapi hati menilai pada akhlak dan budi pekerti"

Andai cantik akhlak dan budi pekerti, orang senang mendekati, disayangi dan dipercayai. Seperti

sabda Rasulullah SAW, "Sebaik-baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya" [Riwayat

Thabrani]

Jadilah permata agama yang berkilau sinarnya, yang sukar dicari dan diperolehi.

Bagi perempuan, solehah mukminah itu mahal harganya.

"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah" [HR Muslim]

"Wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga" dan bidadari syurga mencemburui wanita

solehah.

Begitulah gambaran seorang wanita solehah.

Untuk lelaki pula, contohilah akhlak Rasulullah SAW. Banyakkan membaca kisah-kisah baginda dan

cuba mengikuti sunnah2 baginda SAW.

Itu sahaja perkongsian pada hari ini. Tulisan ini juga adalah nasihat untuk diri sendiri.

1 Your opinion:

Rintihan HambaMu said...

Subhanallah..sokong sgt,

Introduction