Thursday, October 20, 2011

Gaduh Pasal Lelaki?

Assalamualaikum..

Hari ni saya ada tengok video perempuan gaduh sebab lelaki... Sungguh memalukan.. Disebabkan lelaki tidak jujur, bermain kayu tiga, mempermainkan perasaan perempuan, perempuan jadi mangsa bergaduh sesama sendiri bila si lelaki dah kantoi.. HUHiiiii

Kalau saya la kan, lebih baik lepaskan kalau dia dah ada yang lain.. Sebab kalau dia sayangkan kita, kenapa dia mesti jatuh cinta kat orang lain.. Jadi, lebih baik lepaskan.. Soal jodoh kita tak perlu risau, Allah dah tetapkan tiap-tiap manusia ada jodohnya.. Cuma cepat atau lambat je kita bertemu jodoh.. Kalau nak jodoh yang baik, berubah la jadi seseorang yang baik.. Kerana Allah berfirman "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..Begitulah juga sebaliknya"

Kaum hawa tidak perlu mencari, biarlah kaum adam yang mencari tulang rusuknya yang hilang tu.. Kaum hawa cuma menunggu sahaja.. Tapi, jika agama seseorang lelaki itu diredhai tak salah kalau kita jadi macam Siti Khadijah.. Buang perkataan "perigi cari timba" tu.. Tak salah untuk seseorang perempuan mengaku yang dia suka pada seseorang lelaki tu..tapi biarlah lelaki yang baik akhlaknya yer..

Okey kembali kepada topik,

Perempuan, peliharalah dirimu dengan perasaan malu... Ni, gaduh kat tempat awam cakap dengan suara yang tinggi, main tolak2, tarik2 rambut macam WWE jer.. Memalukan tau tak? Budak laki tu kalau tau,, bangga la dia, sebab gaduh pasal dia...Budak laki tu bangga, perempuan jugak dapat malu... Kalau la makcik2 tengok then, dorang kata, "Ishh budak perempuan ni kalau nak jadi menantu aku..tak nak aku"

Berfikir guna otak bukan guna perasaan...OKAYiii

Dan pesanan untuk lelaki yang suka permainkan perasaan perempuan, jangan bajet kau tu hot sangat dan kau boleh mempermainkan perasaan perempuan sesuka hati.. Kau tak nak orang permainkan perasaan kau, tapi kalo kau dah mula permainkan perasaan perempuan, what goes around comes around la weyh...Jadilah seorang lelaki yang menjadi idaman wanita solehah, bukan kasanova..

Pesanan untuk perempuan, jadilah seorang perempuan yang mahal...ibarat mutiara didasar laut, bukan batu-batu ditepi jalan..kerana kalau batu-batu ditepi jalan ada banyak dan senang pula di sepak-sepak..sedangkan mutiara di tengah laut itu sungguh berharga, perlukan usaha untuk mencari dan jika diambil, pasti akan dijaga sebaik mungkin kerana khuatir mutiara yang berharga akan hilang.. Fikirlah nak jadi yang mana.. Seelok-eloknya peliharalah malu mu wahai Hawa...

Rasulullah SAW bersabda: Rasa malu itu tidak mendatangkan kecuali kebaikan. (HR. Bukhari dan Muslim)





5 Your opinion:

GUNNERS said...

doakan wa cepat jumpe jodoh k...hahahahhaa

Aisya Humaira said...

hahaha amin2..
cepat2 makan nasi myk yer cik gunners.. =)

azwa amani said...

errmm, xske dgr perempuan gaduh pasal lelaki

GUNNERS said...

hahahhaa...lau wat nasi ngan sardin pon ok kan????x pon nasik ambeng!!!hahahahaa

Aisya Humaira said...

azwa --> tu la kn..cm mmg memalukan kaum hawa jer..

gunners..--> nasi ambeng ler terbaik..mengeratkn silaturrahim... hehehe.. >.<

Introduction