Wednesday, October 19, 2011

Jadikan Al-Quran Sahabat Kita~

Assalamualaikum sahabat sekalian...

Hari ni saya nak ajak sahabat-sahabat sekalian untuk jadikan Quran sebagai sahabat karib..

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;(2)  Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.(3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4)  Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.(5) - Surah al-Baqarah ayat 2-5


Al-Quran dapat menenangkan kita disaat kita sedang berduka, stress, marah dan risau..
Al-Quran memberi kita khabar baik untuk kita terus melakukan kebaikan dalam menuju syurgaNya

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. - Surah Al Baqarah,ayat 25

Al-Quran memberi kita khabar tentang azab neraka supaya kita tidak melakukan kesalahan yang boleh membawa kita ke neraka..
Al-Quran adalah ayat ayat cinta dari Allah kepada hamba-hambaNya..

Jom kita bersama-sama baca Quran sekali dengan terjemahannya supaya kita faham ayat-ayat didalamnya..

Al-Quran akan jadi peguam bela kita diakhirat nanti..Jadikanlah Quran sebagai sahabat kita sepanjang hidup..


Saya nak beli Quran kecil ni..


Jom contohi mereka..





Introduction