Showing posts with label sayang mak saya... Show all posts
Showing posts with label sayang mak saya... Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Kenapa Saya Berubah?

[kali ni nak guna "aku"]

Untuk kawan-kawan yang dah kenal lama, mesti korang cam pelikkan tengok aku berubah?

Mm..bukan apa beb.. Semakin banyak aku dalami Islam, semakin banyak aku sedar.. Soal hidup, dosa, pahala, peraturan hidup yang sepatutnya dan banyak lagi..

Memang nampak macam perubahan drastik..tapi sebenarnya tak.. Dah lama aku nak berubah, cuma aku berubah perlahan-lahan.. Perubahan ni bukan mengikut akal..tetapi hati.. Niat kat dalam hati tu beb..

Lagi satu, masa aku sekolah dulu aku selalu mimpi cam menakutkan.. Kalau ikutkan, hari2 aku mimpi pasal kiamat.. Dan selalu jugak aku mimpi pasal tsunami dan aku menghadapi tsunami tu.. Memang sangat menakutkan.. Sampai 1 hari tu, aku fikir.. Kenapa aku selalu mimpi benda2 camni.. Fikir punya fikir, aku dapat jawapan.. Mungkin Allah beri aku kesedaran.. Dan pada masa tu juga, aku de terbaca yang siapa yang Allah telah beri pada dia hidayah tapi dia tidak menerima..dia adalah orang yang rugi.. Lebih kurang cam tu la..sebab dah lama..aku lupa dah..
Now, sejak aku cam berubah lebih dekat denganNya..Alhamdulillah aku dah tak mimpi tu sume lagi..

Dulu aku free hair.. Bila aku baca tentang azab yang Allah bagi kepada perempuan yang menunjukkan auratnya cam contoh, sehelai rambut orang tengok dapat 1 dosa..cuba kalau rambut kat kepala ni berjuta-juta..berapa banyak saham dosa yang aku ada.. (kalo silap tolong betulkan)

Even aku free hair dulu, janganlah korang cam anggap aku ni sosial.. Aku tak sosial dulu, aku sering ingat pesan mak aku.. Aku still jaga diri aku baik-baik..dan aku akan fikir banyak kali sebelum aku melakukan hal yang boleh rosakkan maruah aku dengan family aku..

Masa sebelum aku masuk university dulu, aku selalu gak fikir camne culture shock yang dorang dok cakap2 tu.. Tapi bila aku masuk dah, aku tak rasa ada apa2 shock pun.. Rasa cam biasa jer.. Tapi aku bersyukur gak la sebab dapat kenal ngan ramai orang yang baik2 kat kampus aku tu.. hepi sangat.. Alhamdulillah ler aku tak terkena culture shock yang beribu riban voltage tu..sampai sekarang aku masih tak faham apa kesan culture shock..kuikuikui.. ^_^

Lagi 1, aku sering membayangkan macam mana aku nak lalui azab neraka yang maha dasyat tu.. Sedangkan panas kat dunia ni aku tak dapat nak tahan... huuuuu tak sanggup....

That's why aku start pakai tudung first day aku masuk Semester 2.. walaupun salah sorg dari family aku sendiri tak galakkan aku pakai tudung tapi aku pakai jugak sebab aku tak nak dia kena dakwa kat akhirat nanti..
Memang ramai kawan aku terkejut, gembira dan mesti banyak tanda soal dalam kepala dorang.. Dan aku jugak dihujani pertanyaan seperti yang pernah aku nyatakan dalam entry yang dah lama aku tulis.. Tajuk entry tu "Kenapa awak pakai tudung"..

Janganlah korang anggap aku ni terlebih alim pulak.. Aku ni manusia biasa jer, masih gak cam rock2 ngan korang.. Aku cuma nak jadi seorang hamba Allah yang Allah sayang jer kat atas muka bumi ni.. Sebab tu aku mula berubah.. Aku post status kat fb tu bukan maksud aku dah cukup sumenya..aku masih de kekurangan lagi.. Sampai de member aku panggil aku ustazah..apa cer..huhu..

Aku akui, sejak aku berubah ni semakin aku rasa macam aku ni seorang muallaf...tapi tak pe, dalam mencari redhaNya aku kena la belajar dengan lebih lagi.. Dan lagi 1 aku nak bagitau korang, amalkan Islam dalam cara hidup korang memang akan wat korang rasa tenang..

Haa aku nak cakap ni.., kenapa orang Melayu Islam..yang dah memang dikurniakan nikmat Islam dan iman, tapi masih nak mencari murkaNya? Seriously, aku tengok orang yang bukan Islam sibuk duk kaji isi kandungan Quran untuk membidas orang Islam..Last-last dorang jatuh cinta dengan Islam ni, dan dorang rasa sangat gembira setelah dorang memeluk agama Islam.. Kadang-kadang aku terfikir, alangkah bahagianya kalau aku dan semua orang Melayu Islam kat Malaysia ni dapat merasakan perasaan yang sama macam dorang gembira dengan nikmat Islam..

Jomlah sama-sama berubah..masih belum terlambat.. Allah kurniakan hidayah kepada orang bukan Islam untuk memeluk Islam..sedangkan kita yang Islam ni Allah dah lama bagi hidayah kat kita..cuma bertaubatlah masih belum terlambat..menyesali dan jangan mengulangi dosa lama..Jangan tunggu Allah beri petunjuk yang membuatkan kita menyesal, dan jangan sampai Allah turunkan azabnya pada kita kat dunia ni baru nak sedar..tapi kalo sedar baguslah, kalo tak sedar jugak tu..ada masalah hati la jawabnya...

Okey lah, sampai sini sahaja perkongsian yang nak dikongsikan.. Andai ada salah silap, harap tegur..Terima kasih.. :)




Thursday, July 14, 2011

Mcm Serupa Je Situasi ni~~

Rasa macam serupa je situasi ni dengan saya..saya baca kat blog ilmi-islam.com.. =)
Sila lah baca..saya kopipes jap yer..


Baru-baru ini...
"Yong tak de ke 'kawan special' ?" tanya ummi.
"Erk, 'kawan special' ?" terkejut.
Aku faham..'kawan special' yang dimaksudkan oleh ummi adalah seorang lelaki yang istimewa dalam hidup.

"Belum ada lagi la ummi.." jawabku ringkas.
Pernah suatu hari, ummi berpesan, jika ada seseorang 'kawan special' terus kenalkan padanya. Kata ummi, nak kenal siapa orangnya.

"Belum ada lagi la ummi..." jawapanku sama."Ummi tak nak carikan suami untuk yong. Ummi benarkan kalau yong buat pilihan sendiri.." kata ummi.

Aku hanya terdiam.." InsyaAllah.." jawabku ringkas.

Tidak terbayang siapakah si dia nanti...dia yang akan bergelar suamiku...
"Ummi nak kalau yong nak cari, cari yang jelas agamanya..itu semestinya.. dan yang ada ilmunya dunia mahupun akhirat dan yang paling penting suami yang bertanggungjawab.."...pesan ummi.

"Siapalah lelaki tu nanti?...yang paling penting dia tidak menghalangku untuk 'berjuang' malah kami 'berjuang' bersama.."  hati berbisik sendiri.
Masih awal untukku memikirkan tentang hal ini. Aku masih belajar. Namun, siapa tahu jodoh hadir lebih awal dari yang dijangkakan. Segalanya ketentuan yang tertulis oleh Allah di Luh Mahfuz. Aku hanya berserah dan harus sentiasa bersedia. Namun, perjuangan tidak harus dilupakan. Kerana itu, aku bertekad, mahukan seorang suami yang turut sama cintakan 'perjuangan'.
Bila hati berbicara tentang jodoh...
Aku mahukan dia seorang yang jelas agamanya,
kerana itu akan membawa kami ke syurga...
Aku mahukan dia seorang yang mencintai Allah dan Rasul,
kerana itu akan menambahkan lagi cintaku kepada Allah dan Rasul...
Aku mahukan dia seorang yang 'berjuang' di jalanNya (fi sabilillah),
kerana itu akan menjadikan aku sebagai sayap kiri kepada seorang pejuang Islam...
Aku mahukan dia seorang yang ada kepimpinannya,
kerana itu aku akan melahirkan seorang ulama', hafiz mahupun hafizah...
Aku mahukan dia yang sentiasa mencintai dan menyayangiku,
kerana itu aku akan sedaya upaya menjadi bidadari terbaik dalam hidupnya...
~Mencintai dan dicintai kerana Allah~

Wednesday, July 13, 2011

Apa nak jawab kalau mak tanya~~

Mak saya kalau boleh nak saya cepat bernikah..dia tak mahu saya kahwin lambat, dia tak nak saya jadi macam dia..

Apa nak jawab kalau mak tanya, " dengan siapa sekarang?"

-_-"""

Boleh tak kalau saya cakap cmni,  "mak carikan la, kakak malas la nk kapel2 ni"??

Kalau boleh nak cakap tentang kecewanya saya dlm chenta2 ni.. Tapi saya malu...

Saya just kalau boleh, tak mau chenta2 dah.. Nak buat cm kwn sy, dia cakap " brcinta lps nikah lg best, main2 cinta n ngorat suami sndri..macam bestkn kalo buat cmtu..

Hahaha..

Merepek la saya ni kan kt entry ni..

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu..

Hari ni saya nak ucapkan selamat hari ibu untuk sume ibu-ibu kat dunia ni ESPECIALLY untuk mak saya..

Dia telah membesarkan saya hingga sekarang,
Walaupun saya ni selalu je ada masalah,
Tapi mak tetap jugak jaga saya..

Saya tau mak bersusah payah jaga kitorang dua beradik..
Dah la mak aje yang besarkan kitorang..
Saya tau betapa susah dan penatnya..

Walaupun kadang-kadang mak marah,
Rasa macam geram dengan sedih pun ada..
Tapi lagi sedih kalau tak ikut cakap mak..

Sampai sekarang ni mak masih kerja..,
Tak sanggup rasanya nak tengok mak pergi kerja dalam keadaan tak cukup rehat..
Saya tak suka sebenarnya mak saya kerja, saya suka mak saya duduk kat rumah jer..
Kalau la saya ni dah habis belajar, kan bagus..Biar saya lak pegi kerja..Mak rehat jer kat rumah..

Mak adalah segala-galanya bagi saya, tanpa mak siapalah saya ni..
Hanya kasih sayang mak jer dalam hidup saya..kasih yang tak ternilai dan tak terkira banyaknya..

Terima kasih mak..kakak sayang mak sangat2 tahap infiniti dan sampai bila2..
Insya'Allah bila kakak dah kerja, mak duduk rumah dan rehat jer tau..biar kakak pulak cari rezeki.. ^_~
Sayang mak!! Mmmmuaaaahhh!!

Introduction