Friday, April 1, 2016

Mount Rajah

26-27 Mac 2016, Gunung Rajah via Bentong


  Sabtu lepas, aku join group Kental Buddies untuk naik ke Gunung Rajah secara daypack. Aku naik kereta dengan abg Meor, walaupun gerak lambat dari KL, masa tu dalam pukul 2 pagi kot sampai ke Kg Chamang pukul 3pagi. Memang best la sebab kereta abg Meor ni jenis racing, dia bawak laju memang terbaik la macam kat litar.

  Kami berkumpul ramai2 kat masjid Kg Chamang dan mula bergerak ke Air Terjun Chamang. Sesampainya kami di sana, kami siapkan barang2, warm up dan mula membaca doa.
Aku ditugaskan untuk reserve tempat kat Lata Naning oleh group aku sendiri iaitu Cantas Adventure. Kiranya kalo dorang sampai dah ada tempat untuk camping.

  Kami mulakan pendakian pada jam 4 pagi, aku jalan santai mak jemah je sampai duduk kat belakang sekali. Ada kat satu tempat tu, aku pulak yang lead. Sambil jalan, sambil ngantuk. Nak pejam je mata ni rasanya. Jauh jugak perjalanan daripada parking nak ke Lata Naning tu, ambil masa 4 jam juga tau..

  Dalam pukul 8 pagi macam tu baru kami sampai Lata Naning, masa tu kecewa sangat sebabnya campsite penuh!! Masa tu aku cakap "Habislah..kena marahlah ak ngan dorang ni campsite xde tempat". Aku pun redho je lepak kat naning rehat jap n minum air teh panas.




Pukul 8.30 pagi, kami bergerak daripada Lata Naning ke Puncak. 5 minit daripada Lata Naning ada satu campsite ni kosong, aku cuma berharap yang kawan2 Cantas Adventure tu jumpa campsite ni.

Jalan nak pergi ke Kem Hijau ni mencanak beb, penat kata ko.. Aku pegi ngan kawan baik aku si Fatin Fatihah. Dia bukan main laju ke depan meninggalkan aku dibelakang. Cehh.. Tapi aku jalan santai mak jemah ngan Izzi dan Farhan di belakang. Walaupun penat macam mana, aku tetap teruskan perjalanan. Berhenti untuk ambil nafas, kemudian perlahan2 mendaki sampailah ke Kem Batu Hijau. 

Kat situ aku berehat sebentar sementara Izzi dan Farhan pergi ambil air kat sungai bawah tu. Masa dalam perjalanan ke puncak tu, kitorang terserempak dengan group Singapore ni. Kiranya lepas kitorang potong diorang, diorang lak potong kitorang masa kitorang berehat. 

Sampai je kat Permatang Guntong a.k.a bonzai, amik gambo jap kat pokok. 


Tu pun takut2 nak naik sebab licin dan gayat. Nasib baik ada abg Zaki tolong, izzi n atin tolong masa turun pokok ni. Haih mengadanya aku ni..

Lepas minum2 dan berehat, kami mulakan perjalanan untuk ke puncak Rajah yang semakin hampir. Dalam perjalanan turun bukit tu, dahi aku terhantuk kat kayu. Apalah nasibku 3 kali terhantuk kayu kat kepala, pertama kat Ledang, kedua kat Pine Tree Hill and kali ni kat Rajah pulak. Memang menangis la aku.

Daripada bonzai nak ke puncak Rajah tu jalan dia memang turun naik weyh.. sampai la satu tempat ni nama dia batu hampar. Pehhh... menangis lagi sekali aku kat situ.. tali dia dah la kecik, batu licin pulak tu masa tu aku risau giler kalau jatuh ni confirm good bye sebab bawah tu memang gaung.


Nampak tak batu hampar daripada jauh.




Nasib baiklah ada Farhan dengan Izzi yang bantu aku naik batu hampar ni. Masa aku tengah emosional tu, Izzi cakap nak nangis nanti dulu. Hahaha. Aku pun teruskan perjalanan yang sukar itu, perjalanan masih menaik dan licin dan ada satu part kena lintas satu titian dan menaik lagi..


Hampir sampai ke puncak, aku pun menjerit "Bila nak sampai puncak ni woii" sebab rasa macam never ending road. Dalam 3 minit perjalanan, aku pun sampai ke puncak dan masa tu lega sangatt..

Akhirnya daripada Lata Naning ke Puncak ambil masa dalam 3 jam setengah. Alhamdulillah selamat sampai.




Posing style takut kena kecam. 


Ni geng power2 ni, laju je depa ni naik


Ni gambar abang Zaki dengan Kak Zue, sweet husband and wife.


Mira the legend jadi chef masak megi tomyam~~


Sesi makan megi sambil suap menyuap


Lepas dah siap makan2 dan berehat, kami mengambil keputusan untuk turun pada jam 1.30 petang. Masa nak turun tu memang doa siap2 lah supaya tak ada apa2 terjadi sebab memang licin jalan turun tu, nak2 kat batu hampar tu. Nasib baik ada An dengan Adin tolong.

 Masa turun tu, kitorang sempat lagi bergurau senda, gelak ketawa memang best giler la.. paling best bab pickup line dengan dok kenen kan si Atin ngn si Adin ni. :P

 Tapi sampai kat satu tempat ni, An dapat satu panggilan daripada group Pak Lan yang mengatakan diorang sesat ikut trek ke KKB. Masa tu An memang risau sangat sebab dalam hutan tu tak ada line sangat kejap ada kejap tak ada. Kami pun risau juga dengan keadaan mereka dan doakan mereka supaya selamat sampai ke jalan yang benarr..

 Lepas je daripada bonzai, tak jauh lepas tu Atin start injured. Lutut masa injured kat Ledang hari tu sakit balik. An the abam gagah dukung Atin sekejap masa dia tengah out tak boleh jalan.

Kitorang jalan perlahan-lahan sampai la ke campsite. Aku bersyukur sangat yang geng Cantas Adventure ni pilih campsite yang aku cakap awal2 tadi. Dah sampai tu kitorang berehat kejap lepas tu aku pergi turun kat Naning ambil beg kat Syafiq. Syafiq dengan abang Meor teman aku balik semula kat campsite tu sebab seram kalau jalan sorang2.

Lepas berehat sekejap, aku pun tak sabar nak tiruk kat sungai bawah campsite tu sebab badan pun dah bau peluh jer. Dapat mandi kat sungai tu, pehhh nikmat dia memang terasa..Memang lama aku berendam kat dalam tu.

 Lepas siap mandi apa semua, it's time for dinner!!



nasi ambeng lauk ikan sardin dan sayur goreng + sambal ikan bilis Bang Epul

  Malam tu Cantas Adventure gerak ke puncak dalam jam 1 pagi, jadi tinggal aku berdua sahaja di campsite dengan si Fatin. Masa tu agak seram jugak lah mengenangkan tinggal berdua jer, tapi aku yakin bila mana pergantungan tu kita letakkan pada Allah dan sebelum tidur tu baca ayat Kursi, Allah akan melindungi kita. Alhamdulillah tak ada apa2 misteri, mistik or apa2 berlaku pada kami malah kami tidur dengan nyenyak malam tu.

  Paginya pula, kami sediakan makanan untuk makan tengah hari. Sementara tunggu dorang ni turun, kitorang mandi, masak, breakfast dan boleh baring2 lagi. Hahaha.


Cantas Adventure at the peak!




Masak ayam merah



Makan tengah hari~~

  Lepas makan, siap2 kemas dan bergerak balik dalam jam 4 petang dari tapak perkhemahan.



  Masa ni Atin masih lagi injured dan nasib baik ada abam2 gagah perkasa tolong bawakkan beg dan dukung dia. Sampai satu tempat ni, Jue bagi panadol suruh Atin makan. Lepas makan panadol tu, tiba2 dia seperti dapat satu tenaga laju je minah ni turun.

  Aku memang mengaku tinggalkan si Atin ni jauh kat belakang sebab aku berlari masa turun, this one kalau orang tak tau memang dia akan cakap what kind of best friend is this? Sebab kenapa aku tinggalkan dia, sebab aku takut nanti aku yang injured tak larat nak berjalan pula, jadi, aku tak nak susahkan orang lain tu yang aku buat keputusan untuk tidak menunggu dan teruskan perjalanan.

  Kitorang jalan giler santai sampai parking jam 9 malam lebih kurang, dengan bawak beg beratnya kaki memang sakit lah dah la jauhhh~~~ Jalan pun dah macam robot dan esoknya kerja...

  Itu sahaja kisah Gunung Rajah, cuma yang sedihnya masih belum bertemu jodoh.. eh? Okay, abaikan. Terima kasih kerana membaca.

0 Your opinion:

Introduction