Monday, October 24, 2011

Hargailah (Part 2)~~

sambungan part 1~~ maaf mungkin part ni yang biasa pernah anda baca,,tapi percayalah part 3 nanti akan ada kelainan..insyaAllah~~
____________________________________________________



Zahra gelisah kerana Syakir sudah benar-benar berubah.. Tidak seperti yang dikenalinya dulu.. Bukan kata hendak menelefon, mesej pun sudah jarang sekali..

Di fikiran Zahra sudah mula berfikir macam-macam.. Adakah Syakir sudah mulai bosan dengan dirinya atau sudah berubah hati? Namun Zahra juga selalu menenteramkan jiwanya dengan selalu berfikir positif..

"Oh mungkin abang sibuk kot" bisiknya sendirian..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Syakir, kau benar-benar serius dengan Zahra?"

"Mm tu aku pun tak berapa nak pasti lagi lah..sebab aku masih tak dapat nak lupakan Ariana"

"WHAT?? Kau tau tak, dengan cara kau ni kau dah mempermainkan hati dan perasaan Zahra tahu tak?Kalau kau tak nak serius dengan dia, kau tak ikhlas dengan dia kenapa kau sentuh hati dia yang suci tu??"

"Entah, kadang-kadang aku terfikir yang peribadi Zahra tu mahal..aku tak boleh cari lagi orang yang punya peribadi yang baik dah kat dalam dunia ni..kau tahukan dunia sekarang ni susah nak cari perempuan macam Zahra?"

"Oo jadi kau ego..padahal kau langsung tak ikhlas dengan dia..In the same time kau nak si Ariana tu jugak..Apa jenis lelaki kau ni?"

"Iman, kau jaga sikit mulut kau.."

"Aku ni kawan kau, aku cuma nak nasihatkan kau..Okey, sekarang kau ada akal yang matang..Kau fikirlah mana baik dan buruk"

Iman dengan marahnya berlalu pergi dari situ..Dia sendiri tak faham tergamak Syakir mempermainkan perasaan hati perempuan seikhlas Zahra..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Assalamualaikum Zahra"

Pesanan ringkas diterima oleh Zahra dan pengirimnya ialah Syakir..Dengan segera Zahra membalas,

"Waalaikumussalam abang..Kenapa dah lama tak mesej Ara? Abg dah bosan ke atau abg dh ada org lain?"

"Emm maafkan abg, Ara.. Ni yang abg nk bincang dengan Ara.."

menerima mesej tersebut mendebarkan hati Zahra..Apakah yang nak dibincangkan oleh Syakir dengannya?

"Abg nak bincang apa dgn Ara? Jgn buat Ara takut.."

"Abg harap, Ara dpat bersedia dan bersabar.. Sebenarnya...Abg..abg msih tak dpt lupakan bekas kekasih abg..tp dlm masa yg sme, abg nak Zahra.."

menitis air mata Zahra mendengar cerita dari Syakir..namun dikuatkan hati sahaja..

"Sampai hati abg..abg tau tak abg seolah-olah mempermainkan perasaan Ara tau tak? Ara benar-benar ikhlas dengan abg..tapi...abg wt Ara mcam patung tak bernyawa..."

Zahra menekan mode "offline" di telefon bimbitnya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

6 hari kemudian......

Syakir semakin gelisah kerana dia tidak dapat menghubungi Zahra.. Iman juga turut bimbang..

Telefon bimbit Zahra tidak aktif, manakala mereka mencari ke rumah juga Zahra tidak ada.. Mereka khuatir jika Zahra kecelakaan..

30 minit kemudian,

Iman mendapat panggilan dari teman Zahra, dengan mengatakan Zahra kini kritikal akibat kemalangan..

Mereka berdua bergegas menuju ke hospital.. Dan setibanya di sana, Syakir bertanya kepada teman serumah Zahra..

"Macam mana boleh kemalangan?"

"Entahlah, 6 hari lepas saya tengok dia muram..lepas tu, keluar bawak kereta.. Saya tanya pada dia, nak kemana? Dia kata saja nak bersiar-siar... Malam tu polis datang rumah beritahu yang Ara kemalangan dirempuh lori simen"

Ya Allah....Selamatkan la Ara...bisik hati Syakir..

to be continued....


0 Your opinion:

Introduction