Tuesday, December 21, 2010

Semalam~

Petang semalam.., duduk dekat gerai Acik Limah kat bawah blok ni dengan mak.. Sambil-sambil mak borak dengan kawan-kawan dia, saya makanlah.. Sekali mereka buka cerita pasal kawan saya ( tak rapat pun, sekadar kawan biasa sahaja tapi dia perempuan) yang dah bertunang..

 Lepas tu mereka tanya saya " Shakilla, kau bila lagi? Dah ada calon?"

Dalam hati, 'Soalan apakah?' -_-"

Lepas tu saya jawablah " tak ada calon lagi la.."

Mereka pun macam sedikit menjerit la dan berkata " Haish.., mana boleh cakap tak ada calon tak baik.."

"Baiklah cik.."

Lepas tu Cik Limah la tiba-tiba, "kat rumah acik ramai calon tu.., pilih je"

-_-" anak dia dah ada calon takkan tak tahu...lagipun saya dengan anak dia sekadar kawan biasa jek...

Lepas tu cik Mala pula cakap "tak pe Shakilla, kau belajar dulu..tolong mak kau ni..nanti kau dah kerja bolehlah.."

"Okey, cik"...saya menjawab..

Duduk kat kedai tu memang kena tembak dengan soalan macam ni...kawan saya yang sebaya dengan saya tu, tak apalah jodoh dia cepat sampai..saya ni sape la nak...bukan lawa pon!
-_-"

0 Your opinion:

Introduction