Wednesday, October 27, 2010

Kenapa sampai nak sakiti ibu sendiri?

Sejak semalam lagi saya baca surat khabar saya tengok tajuk-tajuknya membuatkan saya rasa marah terhadap anak-anak zaman sekarang ni. Mana tidaknya, tajuk kat dalam akhbar tu 'nak campak ibu dari tingkat 14', 'tumbuk ibu sampai koma', 'ugut bakar umah ibu'.. Apa masalah anak-anak zaman sekarang, cuma perkara kecil sahaja mereka sanggup berbuat begitu terhadap ibu yang melahirkan mereka.

Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan dan melahirkan kita dengan rasa sakit yang tidak terhingga.. Dari kecil ibu menjaga kita sepeti menatang minyak yang penuh, belai kita dengan kasih sayang, menjaga
pakai makan minum kita tanpa mengharapkan sebaranga balasan. Seharusnya pengorbanan seperti ini dibalas dengan kasih sayang juga, membuatkan ibu kita sentiasa gembira dan apa-apa sahaja yang tidak menyakiti hatinya..

Ketahuilah bahawa, apabila ibu kita rasa kecil hati dengan kita sahaja kita sudah menjadi anak derhaka<tlg betulkan jika saya salah>..  Saya rasa semua orang dah tau bahawa "Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu".

Jadi tolonglah sangat-sangat, walau apa jua kesalahan ibu kita sabarlah dan tegurlah secara baik..Kerana apabila kita juga buat salah, ibu menegur dengan baik dengan tujuan baik juga.. Janganlah diikutkan kata hati yang amarah, bawa-bawalah berwudhuk dan solat untuk menghapuskan amarah dalam jiwa. Jangan kerana hati, kita merana di akhirat sana kelak.. Kita perlu fikir juga kalau kita melakukan perkara tidak baik terhadap ibu kita, anak kita juga akan membalas pada kita kelak.

Fikir-fikirkanlah~~~

Sayangi dan berbaktilah kepada orang tua kita kerana syurga menanti..

1 Your opinion:

dida @ didot said...

Ye,betul. Hanya sedikit kata2 kita yang boleh membuat ibu kita kecil hati kita sudah menjadi anak derhaka. Apatah lagi air mata sedih seorang ibu berguguran dgn kata2 anaknya??.
Lagi 1 apabila ibu kita memanggil kita, sahutlah panggilannya kerana apabila kita tidak menyahut sehingga panggilan ketiga..kita sudah sah menjadi anak derhaka..(TIDAK SEMUA YANG MENGETAHUI FAKTA INI JADI SEBARKAN!!)

Introduction