Thursday, January 31, 2013

Cuma pendapat saya.

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak cerita tentang sikap pemanduan orang ramai di atas jalan raya. Ini sekadar pendapat saya di atas pemerhatian saya selama ini sahaja. Dan ini juga luahan hati saya.

Saya kerap menaiki motosikal ulang alik dari rumah ke tempat kerja, kadang2 pergi ke shah alam dan kuala lumpur. Dan ada juga beberapa kali hampir "kemalangan di atas jalan raya.

Ye saya tahu sekarang ni ramai orang dah memiliki kereta sendiri, dan pada waktu puncak jalan mesti sesak tak kira di mana2 la dalam kawasan KL dan Selangor (tak tahu la kat tempat lain mcm mana).

Mungkin saya salah bila saya judge orang mengenai cara pemanduan serta kereta seseorang berdasarkan status saya di fb. Maafkan saya.

Cuma saya tak berpuas hati terhadap cara pemanduan orang sekarang ni. Mereka tukar-tukar laluan di atas jalan raya tanpa beri signal. Sesetengah orang hanya beri signal macam dah masuk lane lain dan selekoh, baru bagi signal tu pun sekali kelip je. Kereta-kereta besar pula, bawak laju-laju bila dah sampai selekoh hampir kena motor kami. Lagi sikit je memang nak berlanggar, masa kejadian ni kat TTDI, Bukit Jelutong. Masa tu mercedes tu memang bawak laju sangat3. Pagi tadi kat Jalan Ipoh, KL, hampir kemalangan sebab BMW tu main masuk je lane paling kanan tanpa bagi signal dan dia bawa sangat laju. Nak cerita pengalaman nak accident tu, memang banyak la.

Saya tahu pada waktu puncak, ramai orang berpusu-pusu nak balik rumah. Sekurang-kurangnya prihatinlah pada orang yang bawa motor. Lihat cermin sisi serta berilah signal, sekurang-kurangnya kami penunggang motor ni tahu.

Pesanan penaja --> Please drive with all manners. Respect others life's.

0 Your opinion:

Introduction