Tuesday, November 29, 2011

Kenapa Kena Jaga Alat Sulit??

Assalamualaikum..


Hari ni saya nak berkongsi apa yang saya belajar hari ni.. Tiba-tiba dapat idea untuk entri kali ni, sebab memang ada kena mengenalah..


Kenapa Allah suruh mereka yang belum berkahwin atau dengan kata lainnya adalah seorang yang bujang untuk menjaga kemaluannya melalui ayat2 Quran seperti di bawah ini?


Firman Allah bermaksud:
"Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas."
-Surah Al-Mukminun: ayat 5-7



"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
-Surah Al-Israk: ayat 32



Melalui ayat2 tersebut akan saya sangkut pautkan dari sudut perubatan..


Jawapan daripada persoalan yang saya kemukakan itu, adalah kerana Allah hendak melindungi hamba-hambaNya dari mendapat penyakit.. 


Melalui hubungan terlarang atau zina, penyakit boleh tersebar..Seperti yang biasa kita dengar HIV, AIDS, dan syphilis..

Bagaimana boleh mendapat penyakit?

Disebabkan microorganisma2 ini, bacteria, fungal, viral, parasites and protozoa.. Terdapat banyak species dari setiap microorganisma tersebut..



Yang pasti, ia memang jelas membawa penyakit.. Okey, saya beritahu symptoms2 yang umum seperti bloody urine discharge, fever, pain and frequent urination.


Terdapat banyak lagi jenis penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan apabila melakukan perbuatan haram tersebut..

Saya merasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengetahuan saya kerana banyak yang saya baca di muka buku dan surat khabar mengenai peningkatan kadar buang bayi, tu baru buang bayi..macam mana yang belum hamil lagi tu? Mesti lagi meningkatkan kadar orang melakukan zina dari kadar pembuangan bayi ni?



Sabda Rasulullah s.a.w
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
-Hadis riwayat Imam Ahmad



Yang haram, seolah-olah dah jadi halal.. Dosa seolah-olah tiada apa-apa makna dan ramai juga yang tidak takut akan dosa..


Dah dapat penyakit baru nak sedar.. Sempena Awal Muharram ni, ataupun Maal Hijrah ni.. Berhijrahlah dengan berjihad menentang nafsu.. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua...

Andai ada salah silap, haraplah dibetulkan kerana saya ni hanya manusia lemah yang ada membuat kesilapan.. 



=)

2 Your opinion:

Pendamba Mawar said...

banyak keburukkan nye zina..

Islam juga mengingatkan kita supaya jgan MENGHAMPIRI zina..:)

harus diingat menghampiri dan melakukan mempunyai maksud yang sangat berbeza..hehe

nice sharing

Aisya Humaira said...

thanks.. =)

Introduction