Friday, November 25, 2011

Azam Hijrah Tahun 1433H..

Hijrah menuju Ilahi...,

Tahun ini saya berazam untuk jadi seorang yang lebih baik.. Di mana tahun lepas saya ingin berhijrah seperti dalam entry Ingin berhijrah....

Pada tahun 1433H, saya pula ingin berhijrah untuk menutup aurat dengan sempurna.. Nak mula dari sekarang ni, tapi baju yang agak sesuai tu tak ada lagi.. Bukan kata saya ni tak menutup aurat dengan sempurna tu seperti memakai baju lengan pendek then pakai tudung sekarang ni.. Saya pakai yang lengan panjang cuma tak labuh jer...

Azam yang lain, saya ingin menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik malahan dalam kerjaya serta menjadi seorang yang penuh ilmu agama..

Solat di awal waktu setiap kali solat juga merupakan azam saya..kadang-kadang tu biasalah, kita terleka dengan urusan dunia sampai terlewat untuk solat.. Kali ni, insyaALLAH saya akan laksanakan azam saya ni..

Apa-apa pun kita hanya merancang, tetapi Allah yang tentukan..



Ini adalah azam saya.. Azam anda?

Mudah-mudahan kita semua berhijrah ke arah kebaikan.. Apabila sudah berhijrah menjadi seorang yang baik, teruslah beristiqamah dan kuatkanlah hati dengan pelbagai dugaan..

Jangan tertipu dengan dunia... Dunia adalah transit untuk kita mengumpul bekalan untuk dibawa ke alam akhirat yang kekal abadi...

Salam Maal Hijrah 1433H dari saya untuk semua...


4 Your opinion:

GUNNERS said...

azam tahun nie...nak kerje n cari wet...

Aisya Humaira said...

wahh..mudah2an dpermudahkn yer.. =)

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik

GUNNERS said...

insyaALLAH!!!!

Introduction