Friday, October 28, 2011

Putus Cinta, Remaja Gantung Diri...

Assalamualaikum..

Hari ni saya ada terbaca tentang gadis berusia 14 tahun menggantung diri akibat putus cinta.. Astaghfirullahal'azim.. Cuba baca berita penuhnya yer.. Takziah kepada keluarga mangsa.. Al-Fatihah..

KULAIJAYA: Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.

Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan memutuskan perhubungan cinta mereka.

“Kurang dua jam kemudian, remaja lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang berkaitan beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah meninggal dunia.

“Remaja lelaki itu kemudiannya menceritakan apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal dengan perkara terbabit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).

Menurut sumber, mangsa pelajar tingkatan dua di sekolah sama dengan bekas teman lelaki yang menuntut di tingkatan empat dan kejadian hanya disedari adik gadis berkenaan yang curiga selepas panggilannya tidak bersahut.

Sumber berkata, adik mangsa mengintai melalui lubang kunci dan terkejut mendapati kakaknya terkulai dengan kain batik terjerut pada leher. Difahamkan, mangsa mungkin tertekan dengan perpisahan yang berlaku, dia kemudiannya dipercayai mengikat sehelai tuala pada lubang angin di dinding bilik.

Selepas itu, mangsa mengambil kain batik lantas diikat pada tuala berkenaan, kemudiannya, kain batik terbabit dijerut pada lehernya sebelum dia dikatakan terjun dari paras tinggi. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dan pengetua sekolah mangsa turut hadir menziarahi jenazah mangsa, hadir sama Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Johor, Nanndzri Nasib. Nanndzri berkata, Ia ujian berat daripada Tuhan dan kita sebagai hamba perlu reda dengannya, kita akan membantu keluarga mangsa mengikut kesesuaian,” katanya.



Itulah, remaja baru mengenali erti cinta dan apabila putus, tidak dapat menerima kenyataan lalu bertindak tanpa berfikir tentang akibatnya... MasyaAllah... Kita doakan yang terbaik untuk arwah yer..

Pesanan,

Pengakhiran cinta bukan bermakna hidup kita dah hancur.. Bukan adik-adikku sayang.. Jika kamu putus cinta, itu akan membuatkan kamu semakin matang dalam menangani segala ujian yang akan datang..dan permulaan baru dalam hidup kamu..

Kamu masih bersekolah lagi, seeloknya kamu lupakanlah niat untuk bercinta.. Saya faham kamu juga punya perasaan, jika kamu ingin bercinta tu boleh..Tetapi seeloknya kamu perlu pandai mengawal emosi dan perasaan kamu dan pandai membahagikan masa belajar kamu..

Yang paling penting, ingat Allah selalu... Jangan buat keputusan untuk bunuh diri, nanti kamu tak masuk syurga.. Ingat, jodoh kita hanya Allah je yang tahu.. Allah dah tetapkan jodoh kamu dengan siapa di Lauh Mahfuz sebelum kamu lahir lagi.. Kamu cuma perlu tunggu jer adik-adikku..




5 Your opinion:

GUNNERS said...

pikir pendek n wat keputusan menggunakan nafsu...

nasihat : bila hadapi masalah...ambik wuduk...bagi tenang...baru wat keputusan...lagi elok lau solat sunat dulu...

Aisya Humaira said...

btul3..stuju2..

Rintihan HambaMu said...

Masya Allah..
moga kisah ini membawa pngjrn kpd semua..
tambah2..nafsu remaja selalu membuak2 ketika itu..
perlu tahu lbh mndlm ilmu agama agar dpt elak bnda2 yg xsepatutnya..

Aisya Humaira said...

srikandi permata, btul2..ana stuju..
tp enti pun tau kn, rmai rmaja n bdak skola skng byk yg trlalu ikutkn hawa nfsu..ana risau btul dgn dorg ni..

anisah saidah Al-Mashitah said...

salam alaik..takziah kepada semua umat Islam..inilah realiti generasi umat islam zaman kita..sememangnya cinta itu fitrah..suci.tetapi manusia yang salah menafsirkan cinta itu...ingatlah..wala taqrobuz zina..jgn hampiri zina..jika kamu cinta/sukakn sesuatu..sandarkanlh pd pemilik sebenar~ALLAH~

Introduction