Wednesday, October 5, 2011

Kecantikan Itu..



Wahai gadis-gadis,
Ketahuilah bahawa kecantikan itu bukan bermaksud kamu perlu mendedahkan auratmu yang bisa menggugat iman seorang lelaki..
Ketahuilah bahawa setiap yang melihatmu lalu bernafsu, kamu telah mendapat dosa..Malah kamu juga telah membuatkan orang lain juga mendapat dosa..

Wahai gadis-gadis,
Kecantikan itu bukan terletak pada jenama baju yang kamu pakai, mahupun solekan kamu..
Bukanlah ada pada rambutmu yang mengurai..

Biarpun rambut itu merupakan mahkota seorang wanita,
Mengapa perlu dipamerkan mahkota yang amat bernilai itu,
Tidak risaukah jika mahkota itu rosak akibat sering jadi bahan pameran dipegang-pegang orang?
Ketahuilah bahawa mahkota yang amat berharga perlulah disimpan dan dijaga sebaik mungkin..
Hanya yang berhak sahaja yang bisa melihat kecantikan mahkotamu itu..

Wanita ibarat permata yang perlu dikunci..
Dan kunci bagi permata itu hanya layak dipegang oleh pemiliknya..

Janganlah kalian jadi seperti pasir ditepi pantai yang bisa dipijak oleh sesiapa pun..
Jadilah kamu seperti permata yang tersimpan dan dijaga rapi..
Itu yang menjadikan kamu mahal..

Kamu cantik jika kamu menutup aurat dengan sempurna..

Kecantikan itu lahir dari dalam jiwa yang bertunjangkan iman dan taqwa,
Pabila iman dan taqwa menjadi akar tunjang dalam jiwa,
Kecantikan dan Nur pasti akan terserlah..

Kecantikan juga akan terlihat andai akhlakmu terjaga..
Jagalah akhlakmu wahai gadis...

Kecantikan itu pasti terserlah andai wajahmu sentiasa dibasahi air wudhu, solat 5 waktu, bibirmu yang dibasahi dengan alunan zikir dan sentiasa murah dengan senyuman..

Wahai gadis-gadis..,
Hiasilah diri dengan kecantikan selari yang telah disyariatkan Islam..
Sesungguhnya yang Indah itu Islam..
Dengan itu kamu juga Indah wahai gadis-gadis..


0 Your opinion:

Introduction