Sunday, August 21, 2011

Ramadhan U-Community : Orang Asli (Part 1)

Yesterday was awesome!!

We are going to Perkampungan Orang Asli at Sg.Lalang, Semenyih (still in Hulu Langat area also)

Kami semua bertolak dari MSU pukul 10 pagi.. Rasa excited + gembira sangat sebab dah lama tak follow mana-mana aktiviti yang melibatkan keluar dari daerah tambahan pula dengan kawan sekelas.. 

Masa dalam perjalanan tu, saja lah tak nak lelapkan mata walaupun rasa mengantuk..hehe.. Sebab saya suka belajar jalan-jalan baru yang akan saya lalui supaya banyak tempat-tempat yang saya tak tahu, saya boleh jadi tahu.. 

Banyak juga la yang saya belajar masa dalam perjalanan tu.. (belajar selok belok jalan)

Part yang dah masuk area Hulu Langat ni yang best ni, jalan dia bengkang bengkok.. Memang boleh tahan juga extremenye kalo naik bas ni..huhu..

Masa tu kami terlajak jalan tau, perkampungan tu dah lepas dah.. Driver tu bawak kami jalan terus je sebab nak u-turn tak ada jalan lebar dah.. Terus punya terus, kami melalui kawasan rekreasi hutan lipur kat situ..Fuhh cantik tempatnye, tapi malang sungguh sebab tak singgah.. Tapi ada lagi tempat cantik lepas tu, kat situ ada empangan air tau.. Besar sangat macam tasik tau.. Memang cantik sangat3x!!!

Rasa macam nak naik bot atau perahu je kat atas air tu..serious cantik tempat tu!

Setibanya kami di perkampungan orang asli tu, kami diperkenalkan dengan tok batin kat situ.. Lepas dah kenal, kami berkumpul letakkan barang-barang kat dalam dewan serbaguna di situ..

Then, kami berkumpul dipecahkan kepada kumpulan.. (5 org, dlm 1 kumpulan)

Haa lepas tu, kami dibawa oleh tok batik pergi rumah ke rumah yang ada kat situ untuk kami bertemu ramah penduduk yang ada kat situ.. 1 kumpulan, 1 buah rumah..

Kumpulan kami saja je nak amik rumah terakhir sebab dapat jalan jauh sikit..hik3.. Memang best la..jalan naik bukit turun bukit..redah semak bagai..boleh dikatakan extreme jugak la.. (Almaklumlah, dah lama tak buat aktiviti lasak2 ni)

Setelah meredah segala rintangan yang ada kat situ..akhirnya kami sampai jugak ke rumah terakhir..

--------to be continued---------

0 Your opinion:

Introduction