Wednesday, April 13, 2011

Pengalaman pergi pesta buku~

Awal tahun lepas bulan 3 kan dekat PWTC ada buat pesta buku antarabangsa.. Percaya atau tidak dengan selambanya saya mengikut kawan ke sana.. Dah la baru 3 bulan lepas pembedahan dah pergi jalan jauh tempat sesak dan berjalan jauh..

Lagipun tu first time juga pergi pesta buku, sebelum ni tak pernah sebab ajak mak, mak tak nak pergi.. Alang-alang kawan dah offer free-free sebab ayah dia hantarkan jadi, tak tolak lah..lagipun kawan tu nak tengok mak dia yang bekerja time pesta buku tu..

Kat atas sekali kan tempat buku-buku rujukan untuk pelajar2 universiti, kitorang pun survey la buku-buku kat situ.. Buku yang saya belek berkenaan dengan medical la apa lagi..Sebab dah minat kn? (tapi tak pandai pun, minat jer). Excited rasanya masa tu nak belajar medic..hoho.. Akhirnya tercapai juga..Alhamdulillah..

Kitorang pun pergi la gerai majalah Ujang. Apa lagi time tu ada murah-murah pulak, beli beg ujang rm5 dapat dua majalah free dengan satu CD..memang untung la..haha.. I like.. Psstt, tahun ni nak borong lagi majalah Ujang kat sana.. =P

Haa ni nak cerita ni, masa kitorang pergi gerai Ana Muslim kitorang ternampak ada buku yang bertajuk "SMS daripada Rasulullah" kecik je bukunya pun. Setelah belek-belek, berminat dan terus beli.. Tatkala penulis buku tu ada di situ, kami pun minta autograf..ececeh macam mintak autograf artis lak yer.. Masa kitorang bayar buku tu, penulis tu menghadiahkan kami bertiga keychain Ana Muslim.. Hadiah yang tak semua orang dapat.. Rasa sangat istimewa.. Nak letak gambar rasanya cam malas nak tangkap..esok2 saya letak yer..

Habis satu PWTC tu kitorang round dua tiga kali.. Time tu rasa tak penat tak rasa sakit apa pun.. Masa Zohor, kitorang gi solat.. tapi time tu saya tak solat sebab saya tak tahu solat duduk..tapi sekarang ni dah tau la lepas tengok ceramah al-kuliyyah..


Pengalaman yang paling memalukan time tu adalah ada seorang budak memakai baju yang sebijik macam baju saya..Depan-depan lak tu.. PERHHH MALU TAK TERKATA WOO.. Lepas tu, saya dok menyorok kat belakang kawan saya,..hahaha..




Balik jer dah malam..Hari tu adalah hari yang paling GEMBIRA!!

0 Your opinion:

Introduction