Friday, November 5, 2010

Kucing Saya~

Saya ada seekor kucing yang diberi nama oleh ibu saya adalah Kuning..

Kisahnya, ibu saya ni bukan tak suka bela kucing..Dek kerana kucing suka buang air merata-rata, tapi Kuning ni lain sedikit.. Kiranya Kuning ni bertuah la sebab ibu saya ambil dia untuk dibela.. Jiran saya ada memberi tips kepada ibu saya cara-cara macam mana nak bagi kucing buang air dekat bilik air.. Caranya ambil benang dan ukur ekor kucing setelah itu, campak benang yang dah diukur tu ke dalam bilik air..

Alhamdulillah, akhirnya sampai sekarang dia buang air di dalam bilik air.. Mulanya, ibu saya hendak menghantar semula Kuning di mana tempat dia dijumpai..Tapi saya menghalangnya kerana risau jikalau dia disepak atau disakiti oleh kanak-kanak di blok saya..

Makin lama dia semakin manja..keletahnya sering membuatkan kami sekeluarga gelak.. Saya tak boleh bayangkan bagaimana jika dia hilang atau apa sahaja kemungkinan.. Saya juga sering risau jika dia sakit, terbatuk-batuk..Sering kali saya bertanya pada ibu saya..Ibu saya cakap jangan risau tak ada apa-apa tu..

Bila kami sekeluarga tidur, dia selalu tidur di kaki saya.. hehe..Comel kan?

Gelagatnya sering membuatkan saya gelak..

Ni ada gambarnya..







0 Your opinion:

Introduction