Sunday, November 7, 2010

Allahyarham P.Ramlee Seniman Sepanjang Zaman~

Sebenarnya saya baru selesai menonton dokumentari tentang P.Ramlee di History Channel. Mungkin dokumentari ini sudah lama disiarkan, tetapi saya baru dapat menontonnya.
Impresi pertama saya adalah berasa bangga kerana terbitnya dokumentari tentang kisah hidup P.Ramlee.. Saya amat berminat dengan karya-karya beliau. Saya tidak jemu menonton filem-filemnya walaupun sudah sering saya menontonnya mungkin beratus kali saya menontonnya..Saya pun tidak pasti..

Pada mulanya semua tentang bagaimana P.Ramlee mula bergiat dalam industri ini. Selain itu, semuanya tentang kegembiraan,rasa semangat beliau berlakon, mengarah filem, mencipta dan menggubah lagu.. Seninya mengagumkan semua orang.. Hingga menerima pelbagai anugerah. Saya kagum dengan cara beliau yang sanggup kerja lebih masa hanya kerana untuk menerbitkan sebuah filem yang berkualiti.. Selain itu, beliau juga seorang yang sanggup mengeluarkan wang sendiri dalam pembikinan filem tersebut..

Pada zaman kegemilangannya, beliau juga merupakan pengarah pertama yang tidak menggunakan unsur filem hindustan dalam filemnya. Filem pertama yang menggunakan seratus peratus berunsur melayu dihasilkan allahyarham kalau saya tidak silap adalah "Semerah Padi".

Tak lama selepas itu, allahyarham ada konflik dengan produksi filem tersebut. Di mana, allahyarham terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur. Studio di Kuala Lumpur pada masa itu tidak secanggih di Singapura kerana kamera-kamera yang ada di Kuala Lumpur adalah kamera lama yang di ambil dari Singapura.. Itu menyukarkan allahyarham untuk berkarya. Tapi semangat berkarya dalam jiwanya tidak luntur, jiwanya seakan-akan memberontak jika tidak berkarya..

Filem pertamanya di Kuala Lumpur tidak sehebat filem-filemnya di Singapura kerana kelengkapan penggambaran yang lemah.

Yang sedihnya apabila tiba dipenghujung cerita, dikisahkan bagaimana kejatuhan beliau dalam industri ini. Karyanya tidak lagi diterima seperti zaman kegemilangannya..Kesusahan hidupnya tidak diceritakan pada orang. Lagu-lagu tradisional yang ingin diketengahkan di negara ini tidak mendapat sambutan, ini ditambahkan lagi apabila beliau di boo oleh penonton di Dewan Pustaka dan Bahasa. Sedangkan beliau amat risau jika muzik tradisional melayu akan hilang ditelan zaman disebabkan itulah beliau sering menghasilkan lagu tradisional melayu.

Saya amat sedih mendengar beliau dan keluarga makan nasi dan lauk telur pada masa itu, sehinggakan menitis air mata. Kenapa seorang seniman yang sangat berbakat diketepikan sebegitu rupa.

Namun isterinya, allahyarhamah Saloma setia mendampinginya saat susah senang bersama..
P.Ramlee mendapat sokongan dari teman rapat di saat dia berasa amat kecewa. Temannya berkata, jangan risau kerana kau akan diingati buat selama-lama-lamanya..

Pada saat menonton beliau meninggal, saya menangis dan berasa kehilangan seorang seniman yang hebat kerana pada masa ini, tidak ada seorang yang setanding dengan beliau. Dan saat beliau meninggal itu, cita-citanya untuk membikin filem berwarna tidak kesampaian..Beliau hendak menjadikan filem melayu setanding dengan filem-filem antarabangsa, namun tidak kesampaian hajatnya.

Antara filem-filem beliau yang saya minati adalah :

Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Labu dan Labi, Nasib Labu dan Labi, Nujum Pak Belalang, Sarjan Hassan, Musang Berjanggut, Madu Tiga, Ibu Mertuaku, Anakku Sazali, Ahmad Albab, Ali Baba Bujang Lapok, Anak Bapak, Keluarga 69, Antara Dua Darjat, Do Re Mi, Nasib Do Re Mi,  Masam-masam Manis, dan Tiga Abdul..

Lagu-lagu beliau yang saya minati pula banyak yang berada dalam filem-filem di atas..Sering juga saya nyanyi apabila menonton filem-filem tersebut..


Seniman Sepanjang Zaman~~

0 Your opinion:

Introduction