Showing posts with label My Life.. Love ALLAH. Show all posts
Showing posts with label My Life.. Love ALLAH. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

Aku Cemburu


Cemburunya aku...

Tiap kali aku membaca kisah2 mereka yang soleh/solehah. Ternyata aku cemburu.

Aku cemburu kerana aku tidak seperti mereka.

Suatu saat aku pernah terjatuh,

Kini aku sedang merangkak,

Sedang cuba bangkit kembali untuk menjadi seperti mereka.

Aku sedang berjuang dengan diri sendiri,

Antara iman dan nafsu,

Sebagai manusia yang lemah,

Terkadang aku turut kata nafsu sedang iman membantah,

Air mata jatuh tatkala aku bermuhasabah diri.

Acapkali aku berdoa " Ya Allah, bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang beriman, bantulah aku untuk istiqamah, kuatkanlah imanku. Sesungguhnya aku ingin menjadi mukminah"

Aku masih dalam proses mengukuhkan lagi tapak,

Tapak pembinaan mahligai indah 'di sana'.



Sunday, October 9, 2011

Serahkan PadaNya..



Benar katamu,
Jangan terlalu berharap perkara yang tidak pasti,
Masa depan kita tidak tahu,
Kelak bimbang akan kecewa dihati..



Benar,
Ku pasti bersederhana dalam soal ini,
Kerana aku juga tahu,
Hidup kita Allah sudah rancang..



Semua yang berlaku ada hikmahnya,
Hanya Allah sahaja yang mengetahui..,
Kita hanya mampu merancangnya,
Namun Allah jualah yang menentukan segala..



Benar,
Pastiku sedih andai dikau bukan yang ditakdirkan untukku,
Tapi aku harus redha dengan ketentuanNya..

Namun ku selalu memanjatkan doa,
Agar kau lah yang tertulis di Loh Mahfuz untukku..
Ku panjatkan doa agar hubungan ini kekal hingga ke syurgaNya,
Melalui jalan yang diredhaiNya iaitu jalan pernikahan..



Apa yang pasti,
Kita harus selalu berdoa padaNya
Bertawakal padaNya..
Moga Allah memperkenankan doa kita..

Apabila kamu berdoa, maka hendaklah kamu berazam serta benar-benar memohon kepada Allah s.w.t dan janganlah berkata: Ya Allah, jika Engkau kehendaki maka perkenankanlah kepada aku, kerana sesungguhnya Allah itu bukanlah kedekut. (H.R. Muslim)

Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya. (H.R. Muslim)


Selagi aku belum halal bagimu,
Aku serahkan hubungan ini padaNya..



Wednesday, September 7, 2011

Andai kita memang dijodohkan ..
Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dalam pernikahan ..
Namun andai memang kita tidakdijodohkan apa pun usaha pastikan tiada hasilnya..

Ya Allah ,
Ajarkan aku mencintai dengan sederhana..
Ajarkan aku agar lebih pandai memendam cinta..
Ajarkan aku untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu
Ya Allah,
jagalah aku dari dosa dunia..
Jagalah dia dari dosa cinta..
Aku mencintainya kerana Mu
Aku akan rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki..




Tuesday, September 6, 2011

Ada Hikmahnya...

Kebanyakan orang selalu merungut tentang kesulitan atau ujian hidup yang dihadapi.. Tapi jarang yang sedar bahawa Allah memberikan kesulitan sebelum memberi kesenangan atau kebahagiaan.. Sebenarnya itu adalah nikmat yang Allah beri pada kita.. Berapa ramai yang ucap "Alhamdulillah" apabila ada ujian datang? Tak ramai.. Saya juga manusia biasa pernah juga merungut..namun saya sedar, bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya..


Allah Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk untuk kita.. Ujian hidup ni, Allah takkan beri ujian melebihi kemampuan hambaNya..setiap ujian yang kita terima tu, Allah tahu kita mampu hadapinya.. Dan Allah nak kita lebih dekat denganNya.. Kadang-kadang kita sebagai manusia mudah leka..Allah datangkan ujian supaya kita ingat padaNya..


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.” (al-Ankabut, ayat 2-3)


(Apabila seseorang bertanya kepada saidina Ali (as), "Bagaimanakah kita tahu bahawa masalah yang datang kepada kita adalah hukuman atau ujian?"

Saidina Ali (as) menjawab, "hukuman akan membawa kita jauh dari Allah manakala ujian akan membawa kita kepada Allah.")





Apa yang perlu kita lakukan, sentiasalah ingat pada Allah..Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Allah sayangkan hamba-hambaNya, kita sebagai hambaNya perlu lah sentiasa ingat pada Yang Esa.. Sentiasa beristiqamah dan bertawakkal kepadaNya..

INGAT BAHAWA SETIAP APA YANG BERLAKU ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA..









Monday, September 5, 2011

I LOVE ISLAM MORE!

Islam itu indah.. Islam itu mudah namun jangan dipermudahkan Islam..


Apa yang telah saya baca dan saya pelajari tentang Islam lebih banyak lagi, saya rasa cinta akan Islam ini makin mendalam..


Terasa seperti muallaf pula.. Sedangkan para muallaf mungkin ilmunya lebih banyak lagi dari diri ini walaupun mereka baru sahaja memeluk Islam.. Malunya saya...


Wahai sahabat-sahabat, pelajarilah serta carilah ilmu agama.. Ini sangat penting akan kehidupan kita di sana nanti.. 

”Dari Abu Dzar, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda:

”Wahai Abu Dzar. Hendaklah engkau pergi, lalu engkau mempelajari satu ayat dari kitab Allah, lebih baik bagimu daripada kamu shalat 100 rakaat. Dan hendaklah engkau pergi, lalu engkau mempelajari suatu bab ilmu yang dapat diamalkan ataupun belum dapat diamalkan, adalah lebih baik daripada kamu shalat 1.000 rakaat.”

(HR Ibnu Majah dengan sanad hasan)


"Apabila kamu ditegur tentang kebaikan oleh rakan sebayamu, anggaplah mereka ini kasihkan kamu, bukannya tunjuk baik. Apabila kau ditegur oleh orang muda dari kamu, anggaplah itu kata-kata orang yang masih sedikit dosanya berbanding kamu. Apabila kau ditegur oleh orang yang lebih tua dari kamu, anggaplah mereka ini telah banyak beramal daripada kamu."



Namun bukanlah saya terlalu pandai sedangkan ilmu saya masih sedikit.. Oleh itu, saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian.. Hayatilah Islam itu.. Kerana jika betul-betul kita hayati Islam itu, kita berasa sangat tenang.. Percayalah.. Marilah bersama menuju ke JannahNya.. 







Tuesday, July 5, 2011

Syukran Jazillan Ya Sahabat~ =)

Masya'Allah.. Subhanallah.. Alhamdulillah..

Syukur Alhamdulillah dan terima kasih sahabat kerana sudi menghadiahkan buku ini kepada saya..



Kila baca masa dalam bas tadi.. Belum sempat sampai rumah dah pun habis baca.. Masa baca dalam bas kan, rasa macam nak nangis tau.. Memang menyentuh hati dan perasaan sungguh buku ni..

Alhamdulillah, Kila rasa cam Allah sayang sangat kat Kila sebab Dia sudi beri hidayah kepada Kila melalui buku ini yang dihadiahkan oleh Soleha dan Atin.. Terima Kasih banyak2 ye sahabat.. =)

Buku ni memang sangat berguna pada Kila.. Isi kandungan buku ni pun sangat menarik..

Oleh itu, saya sarankan kawan2 yang baca blog saya ni..carilah dan bacalah buku ni..memang sangat menyedarkan kita semua.. Nak cerita banyak2 apa yang saya baca rasanya macam tak seronok lah..lagi seronok kalau baca sendiri..

=)

Introduction