Showing posts with label Love ALLAH. Show all posts
Showing posts with label Love ALLAH. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

AKU CEMBURU

Assalamualaikum. Wah dah lama sangat saya tak update blog kan? Dah berhabuk blog ni. Bukan tak nak update, ada je entry yang nak saya update tapi nak huraikan apa yang dalam pemikiran saya ni dalam bentuk yang mudah difahami ramai tu macam susah sikit. :)

_______________________________________________________

Aku insan yang banyak melakukan dosa,
Ternyata aku telah menzalimi diri aku sendiri.

Jiwaku terseksa meronta-ronta,
Rohku sakit dan menderita.

Aku ingin menjadi seorang hambaNya yang taat.
Aku ingin menjadi seorang hambaNya yang sempurna.

Aku cemburu...

Aku cemburu melihat orang yang mampu berISTIQAMAH,
Aku cemburu melihat orang yang mampu berMUHAJADAH,
Aku cemburu melihat orang yang mantap imannya.

Ya Allah,
Sesungguhnya aku ingin menjadi seperti mereka yang beriman, taat akan perintahMu, mampu istiqamah dan bermuhajadah.

Ya Allah,
Kau telah jadikan aku sebaik-baik manusia.

Hanya sedikit yang aku pinta,
Ampuni daku dan golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit.

Wednesday, January 11, 2012

Doa~



Saturday, November 12, 2011

9 Soalan & Jawapan-jawapan Terbaik Apabila Kena Ngorat..

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang 9 soalan dan jawapan-jawapan terbaik apabila kena ngorat..saya baca ini di laman muka buku..Jadi, saya ingin berkongsi dengan muslimah sekalian untuk memberi jawapan yang paling baik kepada mereka yang berniat untuk suka-suka sahaja..


Bila kita tengah chatting ke,atau tengah berbual-bual ke, ada sesetengah lelaki/perempuan yang sweet talker dan berani untuk bercakap luahan isi hati dia. Tapi sweet talkers ini dia xcakap direct. Untuk tackle seseorang,dia mesti ada mukadimah dan beberapa ayat untuk menjadikan sesuatu hubungan itu bertambah intim.Kat bawah ni ada idea,bagaimana ingin mengelakkan diri daripada dingorat.

Soalan 1st: Hai,apa khabar?
Jawapan 1: Sihat je…Awak?
Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim(sound mcm teruk je..nauzubillah) Boleh kau bayarkan kos tak?
Jawapan 3: Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni…
Jawapan 4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untuk mengorat saya ni.

Soalan 2nd: Awak buat apa tu? Busy ke? Sori ye ganggu…
Jawapan 1: Eh,taklah…Saya tengah upload gambar je…Tak busy pun..Awak buat apa tu?
Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuk la.
Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.
Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk ‘Kepentingan menjaga ikhtilat(pergaulan) sesama muslimin dan muslimat’. Lepas baca,saya menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tau. Nah,URL dia.

Soalan: Awak,nak nombor telefon boleh?
Jawapan 1: Boleh,nah,0123456789. Nombor awak berapa?
Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak…
Jawapan 3: Maaflah wak…Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.
Jawapan 4: Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni,dapat meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah penzinaan, kau ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau kena selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardu-5 kali sehari. Kau mampu? kalau tak mampu,tak payah ada nombor telefon aku.ok.

Soalan 3rd: Awak,saya nak kawan boleh?
Jawapan 1: Boleh saja  Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.
Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.
Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya,maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.
Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya untuk berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi awak,padahal kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Tetapi,dalam Islam,kita ada batasan untuk berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya,tetapi awak jangan sesekali melampaui apa yang Allah suruh.

Soalan4th: Awak,awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok?
Jawapan 1: Yeke? Ee…mana adalah…saya tak cantik pun…~
Jawapan 2: Eh,mestilah. Dah lama awak kenal saya,baru perasan ke saya ni cantik?
Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ye?
Jawapan 4: Memang saya cantik. Semua kejadian yang Allah cipta,semuanya cantik. Allah itu maha cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah,Allah beri kelebihan kepada saya. Tetapi saya sebenarnya takut sangat dengan kecantikan saya,sebab dengan kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa. Astaghfirullah!

Soalan 5th: Awak,awak asal mana? Duduk kat mana?
Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je…Area Jusco..Awak duduk mana?
Jawapan 2: Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah! Takkan duduk kat awan!(errrkkk..kalau boleh elakkan pakai bangang..)
Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?
Jawapan 4: Saya berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat tinggal saya ni,awak boleh pergi ke alam lain.

Soalan 6th: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?
Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hhihihii.., Saya pun tak ingatlah…Mesti kita jumpa kat kem ke,pertandingan sekolah lama ke kan?
Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.
Jawapan 3: Kau ke yang curi seluar dalam mak aku hari tu?
Jawapan 4: Ya,kita pernah berkumpul di alam roh,ketika kita beratur untok masuk ke dalam rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada awak.

Soalan 7th: Awak,saya nak gambar awak boleh?
Jawapan 1: Hehehe…Nak gambar tu buat apa?
Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar bogel.
Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?
Jawapan 4: Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untuk simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah saya,pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.

Soalan 8th: Awak,jom keluar nak?
Jawapan 1: Urm..Bila?
Jawapan 2: Boleh. Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir atau batu nisan ye.
Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang $^*^%# aku,baik tak payah lah ajak aku keluar!
Jawapan 4: Saya tak kisah,tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti,awak tak boleh dekat dengan saya,kita tak boleh berdua-duaan dengan saya,dan tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak,ayah dan adik beradik saya ikut sama.

Soalan 9th: Awak,saya single lagi. Awak pun single kan? Jadi…Urm…
Jawapan 1: Saya single jugak….Jadi apa ye awak? hehehe…pelik tiba tiba awak tanya ni…
Jawapan 2: Padan muka kau!hahahahahaha!!!
Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu takde perempuan nak lekat.
Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak kapel dengan saya,adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya? Kalau awak tinggalkan Allah kerana saya,maka saya tak boleh terima ajakan kapel awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah.

Konklusinya,,,jaga lah  ikhtilat(pergaulan) anda.Hope dapat membantu member2ku yg susah sangat nak lari drpd godaan2 dunia.Yang pasti terpulang kepada kita untuk menjadi seorang yang kuat/lemah untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Berkawan tak salah,asalkan kita tahu batas pergaulan. sekian :) 


Monday, November 7, 2011

Saya dan Aurat (1)~~

Assalamualaikum,

Dah lama jugak saya tak update blog kan? hehehe.. Sebab saya tengah blur 2-3 hari yang lepas.. Hari ni saya nak cerita tentang "saya dan aurat.."

Bila bercerita tentang aurat, ramai lagi yang masih berkompromi soal ini..

Budak perempuan yang free hair masih dengan pendirian "pakai tudung tak semestinya baik", "don't judge free hair people are bad people" "alaa orang pakai tudung pun ada je buat jahat" dan sebagainya la...

Soal tudung dan aurat juga menjadi isu hangat di laman muka buku..Ramai yang mengajak serta menyuruh kaum perempuan supaya menutup aurat..


Bagi yang masih berfikiran seperti yang saya nyatakan di atas., tolong ubah pemikiran tu.. Tutup aurat tu wajib bagi setiap perempuan..

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)


"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)

Lagipun kalau orang lelaki tengok kamu dengan pandangan yang membuatkan kamu rasa tidak selesa, mesti kamu marahkan? Dan kalau lelaki memerhatikan aset berharga kamu, kamu juga turut marahkan?

Menutup aurat ni, dapat membezakan umat Islam dan orang bukan Islam..

Okay, kamu kata macam ni " saya tak nak la hipokrit pe sume ni".. Sebenarnya kamu lagi hipokrit, kamu kata dan mengaku kamu orang Islam, tetapi kamu tidak ikhlas beragama islam... Renung2kan dan muhasabah diri balik...

"Alaaa..orang yang pakai tudung labuh pun kadang-kadang buat jahat jugak".. Itu antara dia dengan Allah SWT siapalah kita untuk menghukum.. Tapi dia masih menutup auratnya dengan baik..Tidak semua orang bertudung itu jahat..

Dan kamu kena ubah fikiran kamu..bertudung tak semestinya dah sempurna menutup aurat, sayang...menutup aurat, kamu bertudung tapi menutupi dada kamu..memakai baju yang longgar, dan hanya boleh nampak muka serta tapak tangan sahaja.. Yang paling penting, kaki kamu juga aurat.. Tidak lengkap, sekiranya kamu tidak menjaga aurat di bahagian kaki kamu..


"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)


Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);

(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ."
(Riwayat Muslim)


Ketahuilah, azab neraka lagi dasyat..janganlah kamu hanya leka ingat dunia dan melupakan hari akhirat.. Perjalanan hidup di dunia ini tidak berakhir dengan kematian..,perjalanan akhirat menanti dan itu adalah jalan yang kekal abadi..

1 ) Balasan bagi wanita yang membuka rambut kepalanya kepada selain suaminya, ia akan digantung dengan rambutnya di atas API NERAKA sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya..

2) Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung atas API NERAKA dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.

3)  Betis, peha dan lengan yang terselak sedia untuk dipanggang macam masywil (BBQ) pedihnya tidak terkira…

Dan ketika Rasulullah melalui kawasan neraka Hawarah, baginda mendapati kesemua perempuan2 yang mendedahkan aurat itu akan digantung buah dada mereka dengan penyangkut besi berapi dengan rambut2 mereka dipakukan di tebing api neraka yang amat panas itu. Tubuh badan mereka akan disalai di dalam api neraka sehingga hangus dan hancur manakala dari faraj mereka keluar lendir berupa nanah yang amat busuk sekali sehingga semua penghuni neraka meminta perempuan2 ini dikeluarkan dari kawasan itu kerana tak tahan dengan bau busuk dari lendir nanah tersebut. Penyiksaan yang penuh sengsara itu sentiasa berulang di mana tubuh badan yang sudah hancur berkecai itu akan terbentuk semula seperti sedia kala dan akhirnya berkecai lagi setelah diazab sedemikian rupa. Rasulullah sampai pengsan apabila melihat penyeksaan yang amat dahsyat dan mengerikan itu.

Sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki ajnabi,perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat.Dalam satu pendapat,1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.Itu rambut, benda yang boleh dibilang,sehelai demi sehelai.

Masya'Allah...begitu dasyatnya seksaan-seksaan yang diberikan di neraka... Sanggupkah kalian menerima azab seksa seperti itu..?

Saya juga selalu mengingatkan diri saya juga agar sentiasa menjaga aurat dengan baik..wahai kaum hawa, janganlah membiarkan diri anda menjadi fitnah..jauhkan fitnah-fitnah itu dengan menutup aurat.. Jadilah kamu seperti mutiara yang berharga..lagi dihargai, lagi dijaga rapi..

Apabila sudah menutup aurat, sentiasa muhasabah diri..Jaga akhlak dan kelakuan, supaya orang tidak memandang serong terhadap kaum hawa yang menutup aurat.. Bukan hipokrit, tetapi tak salah jika kita bawa diri kita ke arah kebaikan bukan? Kita masih diri kita, cuma kena pandai kawal kelakuan dan tingkah laku..percakapan juga harus dijaga.. Insya-Allah, orang tidak akan memandang dengan sebelah mata..

Memang bukan mudah untuk menjaga aurat, Aku ingin bergelar WANITA SOLEHAH tetapi menjaga AURATKU sahaja kini sudah terasa payah..aku tertarik dengan fesyen dunia tetapi aku LEBIH TERTARIK dengan AMARAN Allah di mana WANITA solehah itu LEBIH INDAH dan lebih BERMARUAH apabila menjaga auratnya dari PANDANGAN dunia..indahnya SYARIAT menutup aurat, bermaruah dan bersopan..kerana aku ingin bergelar solehah, aku akan terus BERMUJAHADAH untuk mendapatkannya..

Ya Allah Engkau lindungilah kami dari seksa azab api neraka, dan jadikanlah kami muslimah yg menutup aurat serta muslimah acuan al-Quran..insya-Allah..

Sunday, October 30, 2011

Apa yang saya buat semalam???

Assalamualaikum,

Yesterday I went to Masjid Kota Damansara and commonly called as "Masjid Kuning" because the masjid is yellow in colour..

There is a lot of activity, indoor and outdoor.. Mostly outdoor activity that attract people because there's a lot of booth that sell books, clothes, hijabs and many others..

I attracted to join indoor activity because it gaves me a lot of knowledge inspite I wanted to study more deep in Islam...The indoor activity were recording of "Tanyalah Ustaz by Ustaz Mohd Erfino" and "Tanyalah Ustazah by Ustazah Norhafizah Musa".. I take some pictures while break session..

Actually, I am not satisfied along the recording because the producer already give some instructions..We are not allowed to making some noise, not allowed to stand and we must silent our phone.. But some of the "makciks" making noise, chatting with her friends like 10 years haven't met..grrr...really annoying and disturbing me to focus on the topic that ustaz discussing in front.. I just say slowly, please respect the knowledge please while we are sitting in the masjid.. And the kids also, why la their parents just let their child making noise inside the masjid..while outside have a lot of activity for kids..  Sorry to say this...

Here some advice, please respect any "majlis ilmu"..

Malik bin Anas berkata, ‘Makna sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. ‘para malaikat melebarkan sayap-sayapnya’ adalah berdoa untuk penuntut ilmu, dan ‘sayap’ dalam hadits tersebut adalah sebagai ganti dari kata tangan.”

Okey, while the indoor activity end.. I just go to one booth where is Ashraf Muslim was there...he he he.. He is sharing about why he's changed and while he's in Makkah doing umrah.. What a touching story with the sad background music... The point that he is sharing with us, really really meaningful.. I like that..

Then, I go to one booth that selling books.. And I bought one book, titled " Give and Take antara Hamba & Pencipta".. I am not read the book yet..After this I am going to finished it by today..

Okey, this is the pictures that I snap yesterday..Enjoy and sorry the pictures little bit blurry..



Catriona Ross sharing about her life changed




The peoples..



Tanyalah Ustaz recording session by Ustaz Erfino



Tanyalah Ustazah recording session by Ustazah Norhafizah








I know some of you might be jealous right? har har har..this is the session of Ashraf Muslim sharing..

I will share with all of you on topic that being discussed yesterday on Tanyalah Ustaz and Tanyalah Ustazah in next entry...

Friday, October 21, 2011

Korang Dah Sedia??

Assalamualaikum...

Macam mana kalau tiba-tiba korang dapat panggilan seperti dalam gambar .........


Korang answer or ignore? Even korang ignore pun.., korang still kena jawab juga beb...

Persoalannya kat sini.. Adakah korang dah bersedia untuk dapat call camni?

Jawapan korang mesti belum bersedia kan? Dah tau dah pe korang nak jawab...

Renung dalam diri kita dalam-dalam.... Dan bayangkan, bagaimana kita kelak dalam kubur kita menjawab soalan Munkar dan Nakir.. Bayangkan kalau kita tak dapat jawab...kita akan dipukul...Baru azab kubur...

Cuba renung balik bila dah kiamat..kita tengah tunggu kita punya timbangan amal dan keputusan sama ada lulus atau tak masuk syurga melalui titian sirat.. Kalau berjaya Alhamdulillah.., cuba kalau terjatuh.. Sanggup korang tahan dok kat neraka panas yang teramat panas serta seksaan yang tak tertanggung tu? Seksaan yang paling ringan pun menggelegak otak...sanggup ke? huuuuu tak sanggup weyh...

Sambil-sambil ada masa lagi, apa kata kita mula kumpul bekalan kat dunia ni... Korang sedia maklumkan, tanda-tanda kiamat kecil telah lengkap dan sempurna...tengah tunggu tanda-tanda besar jer sekarang ni..

Ermm kadang-kadang korang mesti cam fikir boleh hidup sampai tua...tapi tak semestinya sebab korang boleh dapat call dari malaikat maut bila-bila masa jer...

Jom kita mula kumpul bekalan kat dunia ni banyak-banyak supaya nanti kita tak muflis nanti kat akhirat sana.. Mudah-mudahan kita selalu beristiqamah dalam melakukan apa jua perkara..

Sekian..

Assalamualaikum...

Friday, October 14, 2011

Perjalanan Hamba2Nya Pada Hari Kiamat~


Gambaran Hari Kiamat (Wajib Baca!)

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Monday, October 10, 2011

Ada Apa Dengan 9/10/11??

Subhanallah.. Mungkin semalam Allah nak tunjuk kebesaranNya..
Dilihatkan pemandangan yang indah sepanjang hari pada tarikh yang begitu unik..
Sukar nak gambarkan dengan kata-kata, semalam memang unik!

Siang harinya begitu indah..


Malamnya...


Kalimah Allah kelihatan..


Kejadian cahaya disekeliling bulan..


Monday, October 3, 2011

Untukmu~~

LELAKI PILIHAN ALLAH UNTUKKU,


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Duhai Lelaki Pilihan Allah Untukku....

Entah dengan apa ku harus menggambarkan segala rasaku padamu...

Tak cukup dengan untaian kata,dan barisan kalimat indah...

Tak mampu tergambar dengan pewarna apapun, semuanya terlalu indah...

Tak kan ada kanvas yang mampu membingkai semua warna tentangmu...

Karena kau begitu indah disini....dihatiku....

Tahukan betapa besar rasa syukurku,ketika Allah memilihku untuk menjadi pendampingmu...

Tak pernah ku merasa cukup mensyukuri nikmat itu...

Betapa bahagiaku ketika kau memilihku diantara sekian banyak bidadari yang jauh lebih indah di luar sana...

Kau tau dengan sangat tahu,aku hanya wanita dengan segala keterbatasan dan kau tetap memilihku...

Duhai Lelaki Pilihan Allah Untukku...

Tahukah engkau betapa berdebarnya di dada ini seakan ingin meledak,membawaku ke awan yang hanya mampu ku ekspresikan dengan airmata...

Ketika dari lisanmu kau sebut namaku dalam lantunan ijab kabul yang suci kelak...

Ketika itu pula ku abdikan diriku padamu,dengan segala ketundukan yang kumiliki...

dan Kau tau,bahwa akan ku patuhi inginmu selama tak bermaksiat pada Sang Maha Kasih,Robbul 'izzati....

Duhai Lelaki ku, penghìas mata dan hatiku...

Tak pernah ku lalui tiap hari, tiap jam, tiap detik kecuali kulalui hanya dengan jatuh cinta padamu...

Tak akan pernah berkurang rasa ini padamu,karena disini di hati ini kaulah yang terindah...

Dan akupun berharap dengan segala kekuranganku,kau sudi menjadikanku perhiasan terindah di mata dan hatimu...

Aku tau,diri ini tak jelita dan tak se cerdas Aisyah,apalagi setaqwa Khadijah, Namun sungguh ku akan mencintaimu seperti mereka,cinta yang terbingkai atas nama~NYA...

Duhai Pelipur Laraku...

Aku pun tahu betapa lelah dan penat harimu,bergelut dengan rutin kerjamu...

Kau lalui dengan penuh keikhlasan..

Duhai Cintaku, Labuhan Hatiku..

Genggamlah tanganku ke Jannah~NYA...

Jangan segan membangunkanku di 1/3 malam terakhir, bersama kita mengarungi samudra cinta~NYA dalam lautan dzikir...

Jangan pernah segan menegurku dalam tiap khilafku, aku adalah wanita biasa, ada kalanya ku berbuat salah padamu, maka bersabarlah padaku, jangan membentakku atau membiarkanku..

Kau tau aku adalah kaum yg tercipta dari tulang rusuk yang paling bengkok...

Ada kalanya aku akan membuatmu begitu marah tanpaku sedar, maka ketahuilah olehmu bahwa DIA menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,

Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan, namun jangan kau coba meluruskanku, krn aku akan patah, tapi... Jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah...

Tatap mataku dengan cintamu,

genggam tanganku dan nasihati aku dengan lembut...

Kau adalah nahkodaku kelak, kemana kau mengarahkan haluan rumah tangga kita, di situ pula aku akan mengikutimu...

Maka jadilah Imam yang baik untukku, aku mencintaimu Kerana~NYA...

Redhalah padaku, maka Rabb kitapun akan redha padaku...

Sesungguhnya Redhamu kelak adalah Redha Illahi....

Mudahkanlah jalanku ke Jannah~NYA...

Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku...

Sungguh, cintaku padamu akan bertambah seiring ketakwaanmu pada~NYA,

dan akan berkurang dengan kemaksiatanmu pada~NYA...

"Aku mencintaimu karena Allah.."




Tiru perbuatan orang kafir, fasik haram..



HUKUM asal bagi perhiasan sama ada yang berada pada tubuh badan, pakaian atau tempat tinggal adalah halal dan dibenarkan. Ini berdasarkan dalil yang menyatakan tentang nikmat kurniaan Allah kepada hamba-Nya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu apa yang ada di bumi kesemuanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 29)
Salah satu contoh perhiasan yang diamalkan ialah menindik anggota badan dengan meletakkan barang perhiasan, sama ada berbentuk emas, perak dan berlian. Amalan bertindik menjadi kecenderungan remaja masa kini.
Kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia sejak dulu mengenali amalan bertindik hanya terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai bertindik di bahagian selain telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ia sudah mula melarat kepada golongan lelaki.
Sebenarnya perbuatan bertindik adalah amalan yang sudah dikenali pada zaman Rasulullah SAW.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn Abbas katanya: “Pada suatu hari raya, selepas Baginda Nabi SAW solat dan berkhutbah, Baginda menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada golongan wanita. Sambil Baginda SAW menyeru supaya mereka semua bersedekah. Ibn Abbas mengatakan bahawa: Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga mereka dan leher mereka. Lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal.”
Dalam hadis berkenaan, isyarat yang diberikan wanita (sahabiyyah) berkenaan adalah anting-anting. Ia perhiasan diketahui umum sejak dari zaman awal Islam dan perhiasan ini khusus kepada golongan wanita.
Disebabkan itulah golongan lelaki dilarang daripada menindik telinga mereka kerana ia dengan jelas menyalahi kebiasaan perhiasan bagi lelaki. Lelaki yang menyerupai wanita dengan mengenakan perhiasan wanita adalah suatu yang dilarang dalam Islam.
Itu permasalahan menindik telinga. Bagaimana pula mereka yang menindik di kawasan selain telinga? Perbuatan menindik selain dari kawasan telinga tidak pernah didengari pada zaman Nabi dan salafussaleh. Namun ia bukanlah jawapan yang menunjukkan keharusan amalan ini.
Walaupun tidak dibincangkan secara khusus dalam nas jelas, namun perkembangan fiqh Islam tetap berkembang dalam menjawab setiap persoalan baru yang timbul hasil ijtihad ulama semasa.
Islam mendatangkan kaedah umum dalam etika berhias antaranya perhiasan yang dikenakan mestilah tidak digambarkan seolah-olah meniru atau menyerupai orang kafir dan golongan fasik.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong daripada golongan berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar)
Larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan dan ibadah bukan saja mengkhususkan kepada menyerupai orang kafir, termasuk meniru perbuatan orang fasik (iaitu orang yang biasa melakukan maksiat).
Jelasnya, amalan bertindik selain anggota telinga adalah amalan diambil bukan daripada golongan solihin. Ia budaya negatif remaja di Barat yang jelas jauh dari adat budaya tatasusila seorang Muslim. Islam melarang meniru kebiasaan dan gaya hidup orang lain tanpa membawa manfaat jelas.
Tambahan, menyeksa diri dan dibuktikan boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan dan mampu mendekatkan pelaku dengan jangkitan penyakit seperti Hepatitis B.
Permasalahan mengenai tindik sudah dijelaskan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang menyatakan perbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain cuping telinga adalah dilarang oleh Islam.
Selain bertindik, remaja kini juga gemar bertatu dan melihat perbuatan itu seolah-olah tidak menjadi kesalahan dari sudut pandang agama. Mengukir badan sendiri dengan melakarkan corak atau bentuk tertentu sehinggakan kesakitan dianggap satu kepuasan.
Bahkan ada yang berbangga memiliki tatu di badan dengan mempertontonkan kepada orang ramai sedangkan ia membawa imej seorang Muslim.
Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan, bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah SAW.
Bagi yang sudah tergelincir dan ingin kembali ke pangkal jalan, timbul pula persoalan untuk menghilangkan tatu yang ada. Ada segelintir yang menyeksa tubuh badan mereka semata-mata untuk menghilangkan tatu. Malah, ada yang menggunakan seterika.
Memang benar taubat dapat menghapuskan dosa, namun taubat juga perlu bertepatan dengan caranya.
Jika menanggalkan tatu itu mendatangkan kemudaratan atau membuatkan anggota badan nampak jelik, maka harus membiarkannya dan memadai dengan taubat (baik lelaki mahupun wanita).
Ini pandangan Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Bari.
Pandangan ini bertepatan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 195)
Namun, tatu itu tetap wajib ditanggalkan jika ada teknologi yang dapat menanggalkannya dengan mudah dan tidak mendatangkan mudarat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kemampuannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)
Tidak kira zaman mana pun kita, etika berhias terbaik adalah pakaian takwa. Semoga dengan mengikut suri teladan terbaik iaitu Baginda Nabi SAW, membuatkan kita terselamat daripada segala kecintaan melebihi dari cinta kepada Baginda.
p/s --> ada sebab kenapa Allah melarang kita meniru perbuatan orang kafir.. cuba fikirkan semula, apa yang orang kafir lakukan tu semua ada kesan buruk seperti contoh menindik di merata tempat kita dapat lihat kesan buruk tu melalui penyakit hepatitis B yang boleh berjangkit kepada orang lain.. Banyaklah apa yang orang kafir buat, banyak keburukan dari kebaikan.. Kenapa tak nak ikut peraturan Islam? Sedangkan Islam dah ada jalan yang baik dan banyak perbuatan yang mengandungi kesan-kesan baik.. Renung-renungkan kembali.. Jangan terlalu ikut nafsu sampai apa yang Allah larang kita abaikan.. Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan Fasik mahupun munafik..




Friday, September 30, 2011

Perkahwinan Sumber Kekayaan~~


Assalamu’alaikum

Pernah kita terdengar orang tua-tua kata, kahwin nanti murah rezeki. Alasan itu juga kadang-kadang mereka gunakan untuk galakkan golongan muda berkahwin awal. Ada sebahagian dari kita pula ambil endah tak endah akan nasihat, mungkin dah lali telinga. Tertanya pula kita, dari sumber mana pula mereka boleh katakan sebegini? Mungkin dari pengalaman mereka memerhati keluarga sanak-saudara dan jiran tetangga sekeliling sepanjang umur mereka. Agaknya.

Namun sebenarnya sedar atau tidak, ini adalah apa yang Allah sampaikan kepada kita dalam al-Quran. Pada mereka yang membaca al-Quran hanya dalam bahasa Arab mungkin terlepas untuk sedar akan ayat ini. Mereka yang ingin tahu akan maksud pula akan baca juga terjemahan dalam bahasa ibunda, maka untunglah golongan ini.

Dalam surah An-Nur ayat ke 32 terjemahannya:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

And marry the unmarried among you and the righteous among your male slaves and female slaves. If they should be poor, Allah will enrich them from His bounty, and Allah is all-Encompassing and Knowing.

Dalam ayat diatas, Allah bukan sahaja menggalakkan golongan bujang ini berkahwin, malah Allah janjikan pula akan rezeki jika mereka ini miskin. Janji Allah, adakah kita tidak yakin?

Ya, mungkin masih ada yang bersikap was-was. Kita mana tahu apa yang akan berlaku masa hadapan. Mungkin lepas kita kahwin kita akan banyak komitmen, tanggungan isteri seperti makanan dan pakaian, tambahan pula perlu sediakan rumah, tidak lagi boleh berkongsi sewa dengan rakan. Pinjaman kereta sekarang pun sudah membebankan. Banyak yang kita fikir. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.

Bagus pada mereka yang meletakkan sepenuh hati dan keyakinan akan apa yang berlaku pada ketentuan Allah. Mereka ini kuat akan tawakkal mereka pada Allah. Sungguh hebat kuasa tawakkal ini.

Kajian dari Ohio State University

Tujuan artikel ini sebenarnya untuk menunjukkan bukti dari kajian bahawa apa yang Allah nyatakan dalam ayat ke 32 tadi adalah benar. Kajian ini dijalankan oleh saintis Amerika, Professor Jay Zagorsky dari Ohio State University di Columbus, US. Kajian keatas lebih 9000 orang seluruh Amerika dari 1985 hingga 2000 ini mendapati:

Kekayaan mereka yang berkahwin adalah 93% lagi banyak dari mereka yang kekal membujang.

Mereka yang bercerai setelah berkahwin telah berkurang harta kekayaan sebanyak 77%.

Mereka yang bujang dan terus membujang mempunyai kekayaan yang meningkat secara konsisten tetapi perlahan iaitu kurang $2000 dari mula kajian hingga ke $11000 selepas 15 tahun.

Mereka yang telah berkahwin dan kekal berkahwin (tanpa cerai) meningkat kekayaan secara mendadak dengan purata $43000 selepas 10 tahun.

Manakala mereka yang berkahwin dan kemudian bercerai menunjukkan trend kekayaan meningkat secara perlahan semasa kahwin dan kemudian merudum ke angka purata $3500 sebelum bercerai. Kemungkinan pasangan ini telah bercerai terlebih dahulu sebelum secara rasmi mendapat status cerai, ini dapat menerangkan kenapa kekayaan merudum sebelum akhirnya bercerai. Kekayaan kemudian meningkat kembali setelah bercerai tetapi setelah 10 tahun purata kekayaan hanyalah $10000.

Professor Jay Zagorsky akhirnya menyatakan dalam kajian tersebut bahawa beliau tidak pasti kenapa perkahwinan dapat membantu dalam membina harta kekayaan. Tetapi bagi kita orang Islam, kita hanya mampu tersenyum kerana itulah janji Allah, dan Allah telah buktikan.

Syukur Alhamdulillah kerana kita ini hidup sebagai orang Islam.



sumber

Wednesday, September 28, 2011

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.



sumber


Tuesday, September 27, 2011

Pernikahan Itu~





Pernikahan itu ibarat membina sebuah masjid..
Perlu dibina secantik mungkin..
Seteguh batu karang dilautan bila mana badai ombak datang, masih teguh berdiri tanpa sedikit kerosakan..

Apabila masjid sudah siap dibina,
Maka perlulah dalamannya dihiasi dengan nama-nama Allah dan Rasul..
Al-Quran dijadikan panduan..dibaca setiap hari..
Suasana mestilah dihiasi dengan suasana Islamik..

"Penghuni" masjid mestilah melakukan sesuatu hanya kerana Allah SWT,
Patuh serta tunduk sujud ke hadrat Illahi,
Membimbing jemaah masjid menuju JannahNya..

Selalu mengadakan aktiviti yang merapatkan hubungan sesama ahli masjid,
Mewujud serta menambah kasih sayang sesama ahli..
Hanya keranaNya..

Marilah jadikan masjid yang bakal dibina, dihiasi dengan hiasan indah agar kita dapat redhaNya..Malah bersama menuju ke JannahNya berpaksikan Al-Quran dan Hadis..

p/s --> ni semua saya reka sendiri.. walaupun tak berapa nak sastera sangat, tapi harap faham akan maksud yang ingin saya sampaikan.. terima kasih..



Friday, September 16, 2011

Rebut Keistimewaan Jumaat





SETIAP minggu kita bertemu hari Jumaat. Hari yang sepatutnya dinanti-nantikan setiap umat Islam agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
Hari Jumaat melambangkan keutuhan dan kesepaduan umat Islam. Seluruh umat berhimpun di rumah Allah bagi meraih keredaan dan kerahmatan-Nya.

Sesungguhnya kemuliaan hari Jumaat yang juga digelar ‘Saiyyidul ayyam’ terpahat dalam banyak hadis Rasulullah. Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat”. (Hadis riwayat Muslim) Pada hari Jumaat juga perlu melakukan banyak kebajikan dan berdoa. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Pada hari itu (hari Jumaat) tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim) Rasulullah menyatakan bahawa antara waktu yang mustajab doa adalah ketika imam duduk di antara dua khutbah. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud) Setiap individu Muslim dianjurkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.
Amalan membaca surah al-Kahfi menyelamatkan daripada fitnah Dajal. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, akan terpelihara daripada fitnah Dajal.” (Hadis riwayat Ahmad) Kita dikehendaki bersegera menghadirkan diri ke masjid untuk bersolat. Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu’ah ayat 9) Namun, selepas selesai solat Jumaat, umat Islam digalakkan untuk meneruskan aktiviti dan urusan mereka kembali. Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah al-Jumu’ah ayat 10) Begitulah keindahan Islam yang diatur dengan sebaik-baiknya mengikut aturan Allah.
Perkara itu dapat difahami menerusi maksud sabda Rasulullah: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan al-Hakim) Walaupun besar ganjaran yang dihamparkan Allah kepada kita pada hari Jumaat, ramai masih alpa beberapa perkara. Terdapat individu Muslim yang sanggup meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan. Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Barang siapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik.” (Hadis riwayat Baihaqi) Namun, bagi mereka yang hadir solat Jumaat, pastikan anda menjaga tertib, antaranya berbual ketika khatib membaca khutbah.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Jika kamu berkata-kata kepada teman kamu (dengan perkataan) ‘diam’ sementara imam sedang berkhutbah, maka kamu melakukan laghw (perkara sia-sia).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Mendengar khutbah Jumaat dengan teliti serta mengambil peringatan daripadanya ialah sesuatu yang dituntut. Firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raf, ayat 204) Hal berkenaan bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya ini adalah umat kamu, umat yang satu. Dan Aku (Allah) adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku (Allah).” (Surah al-Mu’minun ayat 52)
Source: Harian Metro



Wednesday, September 14, 2011

Remaja Eropah vs Remaja Malaysia

Di Eropah, pemuda pemudi di sana berlumba-lumba memeluk Islam setiap tahun dan mengenal Islam lebih mendalam malah mereka sangat berbangga dengan agama Islam ini.. Hal ini sangat berbeza di benua yang telah Islam.. Malaysia khususnya, ramai di kalangan pemuda pemudinya berlumba-lumba beramal dengan budaya barat..


Masya'Allah.. Bagaimana yang kita dapat lihat perbezaan dalam menghayati agama Islam itu sendiri.. Orang Eropah yang bukan Islam, memeluk Islam dan bangga dengan agama ini.. Kenapa mereka yang lahir-lahir sudah Islam tapi tidak mahu berbangga dengannya dan kenapa tidak mahu menghayati keindahan Islam itu sendiri?


Sedih...sedih memikirkan nasib mereka.. Janganlah menyalahkan ibu bapa kerana kurang memberi perhatian pada mereka.. Ibu bapa mencari rezeki, kita sebagai anaklah yang seharusnya pandai menggunakan akal fikiran serta hati.. Mungkin kadang kala ada salah ibu bapa itu sendiri, kerana kurang menerapkan ilmu agama atau penghayatan Islam dalam keluarga serta jiwa.. Maaf kerana berkata begini yer..


Saya terbaca di sebuah laman web semalam, cerita tersebut mengenai seorang remaja Amerika yang berketurunan yahudi-kristen memeluk agama Islam sejak 15 tahun.. Dia pada merasakan ada yang tidak kena dengan agama yang dianutinya sebelum ini..


Ketika dia belajar tentang Islam dia berkata " Ini dia. Inilah agama itu"..Malah dia tidak takut dengan ancaman yang bakal menimpanya..dia tidak segan untuk solat di depan Starbucks..


Untuk cerita lebih lanjut sila buka link ini

Jadi, saya ingin menyeru sahabat-sahabat serta diri saya sendiri juga agar hayatilah Islam itu sendiri.. Anda pasti berasa tenang.. Insyaallah..



Introduction