Assalamualaikum dan hai semuaa..
Memang lama betul ya, saya tak update blog ni bertahun dah rasanya. Jadi, kali ni saya nak bercerita tentang pengalaman pertama kali memakai braces.
Rasanya elok juga saya abadikan kisah memakai braces ni untuk dijadikan kenangan.
Sebenarnya niat nak memakai braces ni dah lama sejak sekolah lagi sebab gigi atas ketara juga jong tu. Bila dah kerja, banyak pula habis duit pergi hiking sampailah tahun ni. Hikmah PKP gitu sebab tak boleh kemana-mana dapatlah menyimpan.
Sebelum pasang braces ni, dah banyak jugak saya survey klinik-klinik yang menawarkan pakej braces sehinggalah satu hari ni ada iklan kat facebook. Saya pun pm klinik tersebut dan wow, respon sangat pantas.
Kliniknya terletak di tengah ibu kota Kuala Lumpur. Pakej yang ditawarkan untuk braces konvensional sebanyak RM4500 termasuk xray dan cabut gigi ya..
Permulaan, untuk konsultasi bersama doktor perlu bayar RM200 untuk xray dan acuan. Seterusnya, deposit sebanyak RM999 semasa memasang braces dan ansuran bulanan RM150.
Permulaan saya pergi klinik gigi tersebut untuk konsultasi pada 9 May 2020. Doktor ada ambil acuan gigi, pakai clay seperti gambar di bawah. Rasanya seksa juga sebab mulut kecil bekas acuan tu besar, jenuh juga doktor nak masukkan. Dah siap ambil acuan, doktor set appointment untuk xray dan pasang braces pula.
sumber : google |
Tanggal 17 May 2020, bermulalah tarikh memasang braces untuk kali pertama. Perasaan masa tu agak berdebar sebab takut sakit.
Doktor ada bagitahu yang akan datang perlu cabut dua gigi untuk pastikan gigi tersusun cantik semasa pemakaian braces ni. Demi ingin kelihatan cantik, saya setuju jer dan doktor mulakan pemasangan braces.
Oh ya, doktor sarankan pasang dulu braces untuk sebulan sebab nak bagi gigi ada pergerakan sikit jadi senang nanti nak cabut 2 gigi tersebut.
Agak lama juga proses pemasangan, dalam hati sempat lagi terdetik macam manalah orang yang berani pasang braces dengan orang yang tiada kelayakan dengan erti kata lain fake braces tu.
Doktor pun teliti dalam pemasangan braces ni. Apa salahnya korban sedikit untuk bayar deposit braces. Bulan-bulan pun murah je bayar dengan klinik janji selamat dan gigi pun cantik. Betul tak?
Setelah hampir sejam, pemasangan pun siap dilakukan dan yang bestnya masa mula-mula pasang tak rasa sakit pun. Berkenaan dengan pemilihan warna getah, saya pilih warna mint green sebab tengok contoh gigi dekat kaunter pendaftaran tu cantik pula. Hehe.
Tadaa.. Ni dia braces yang dah dipasang. |
Pemakanan selepas pakai braces?
Haa bab makan ni nak cerita, saya ni sudahlah suka makan. Nasib baiklah sebelum pakai braces ni dah siap-siap makan sate, lemang, nasi impit dengan kuah kacang. Maklumlah pasang braces seminggu sebelum raya.
Masa berbuka puasa tu, sakitnya hanya Allah je yang tahu. Nak telan bubur pun sakit.
Doktor ada pesan suruh makan makanan lembut-lembut untuk 2 minggu pertama.
Masa nak makan tu kan rasa sakitkan, dalam hati pun berkata-kata macam manalah orang yang gigi dah sedia cantik pun nak pakai braces tu, dahlah seksa nak makan.
Rupanya 2 hari pertama je sakit rasa nak makan tu. Hari ketiga dan seterusnya dah tak rasa sakit, jadi, saya pun mula makan nasi dan roti.
Bila makan nasi tu pun rasa kurang selesa juga sebab nasi terlekat dicelah-celah besi braces. Rasa spoil jugak nak makan tu. #bertabahlah.
Doktor kata pula lepas 2 minggu nanti baru boleh makan ayam cuma kena carik-carik bagi kecil baru boleh makan.
Makan roti pun cecah dengan milo bagi lembut dan senang nak telan.
Jadi pada hari ini, genaplah 6 hari saya pakai braces dan saya mula pakai lilin (wax) yang diberi supaya kurangkan rasa sakit di bibir dan dalam pipi.
Baru 3 hari pakai, dawai sudah ada lebihan dan mencucuk di bahagian dalam pipi sakitnya macam ada ulser.
Saya akan sambung next entri insyaAllah selepas appointment kedua nanti.
Doakan cabut gigi nanti dipermudahkan. #sisseram.