Friday, October 21, 2016

PEREMPUAN : Natural atau Make up?


Kelmarin di facebook, ada sebuah video memaparkan pendapat tiga orang lelaki bahawa mereka lebih suka dengan perempuan tanpa mekap atau dengan mekap.

Di bawah ini adalah link kepada video tersebut untuk tontonan.

Apa kata lelaki : Natural atau Mekap?

Pada permulaannya ketiga-tiga lelaki ini mengatakan mereka suka perempuan tidak mekap kononnya natural look tanpa mekap itu lagi cantik. Tetapi, apabila ditunjukkan gambar wanita tanpa mekap, air muka terus berubah dan mengatakan wanita tersebut perlu mengenakan sedikit foundation, blusher, bedak dan eyeliner.

Semasa menonton video tersebut, aku rasa macam bengang dengan lelaki macam ni punya perangai. Hang kata lebih suka perempuan tak mekap siap cakap macam ni "Read my lip, tak make up". Lepas tu, nak perempuan tu mekap pulak.

Nampak sangat lelaki macam ni tidak ada pendirian. Hang tau dak perempuan natural look yang hang maksudkan tu muka jenis flawless, putih gebu gebas macam Neelofa dan Nora Danish tu..

Aku pernah jumpa dan kenal "lelaki" yang pernah cakap kat aku, dia lebih suka tengok aku tak mekap. Tapi pantang tengok perempuan mekap lawa tu lalu sama ada kat depan mata, facebook atau instagram. Laju je mata memandang, jari jemari menekan butang like dan love. Sejak tu aku memang langsung tak percaya apabila lelaki kata dia tak suka perempuan mekap. Memang itu fitrah manusia untuk lihat sesuatu yang cantik, aku tahu itu.

Kaum lelaki kena tahu yang perempuan ni mekap bukan untuk tatapan mereka (Lelaki). Perempuan mekap ni hanya untuk meningkatkan keyakinan diri sahaja. Ya, memang tidak semua perempuan suka mekap. Tapi sekurang-kurangnya ada juga yang memakai bedak untuk tidak tampak terlalu pucat.



Kan senang je kalau cakap, perempuan perlu mekap tapi mekap nipis dan natural tidak terlalu tebal. Sangat ringkas.


Antara komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen.


Jadi, lelaki kena tahu kalau perempuan tu cantik muka licin, putih gebu gebas, barang-barang penjagaan kulit muka itu MAHAL bukannya murah.

Tak dinafikan banyak spa-spa atau klinik-klinik menawarkan servis untuk kecantikan wajah, tapi dengan bayaran yang boleh dikatakan mahal juga. Perempuan yang biasa macam aku ni, belum mampu lagi untuk buat rawatan muka di spa dan klinik lagi.

Selain itu, tak dinafikan juga ada sahaja lelaki yang tidak memandang paras rupa tapi lebih mementingkan aspek hati dan akhlak dan aku jamin tidak ramai lelaki seperti ini.

Nasihat ini untuk diri sendiri juga,

Wajah akan tampak lebih cantik dan bersinar andai kerap dibasahi dengan wuduk, dahi yang sujud mencecah sejadah dan dihiasi dengan akhlak yang baik. 


0 Your opinion:

Introduction