Tuesday, March 29, 2016

Isu Hantaran


    Sejak semalam, kat facebook penuh dengan cerita pergaduhan besar akibat wang hantaran tak cukup dan agak memalukan juga apabila insiden tersebut berlaku dalam kawasan masjid yang mana kita sebagai umat Islam perlu menghormati tempat ibadah.

    Agak memalukan jugalah bila video tersebar dan 1 Malaysia semua tahu pasal ni. Terfikir juga macam manalah dengan maruah kedua-dua belah pihak tersebut.



    Sebenarnya kalau ikutkan, kita tak perlu nak wajibkan hantaran sebab yang wajib dalam Islam adalah mas kahwin. 

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari )

    Hantaran itu, boleh dikategorikan sebagai hadiah atau sumbangan daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan jika pihak lelaki tersebut dengan ikhlas menghadiahkan hantaran atau pihak lelaki tersebut mampu untuk memberikan hantaran dengan sejumlah wang.

    Ibubapa pihak perempuan janganlah terlalu demanding meminta itu dan ini atau terlalu mengikut adat. Maksudnya di sini, ibubapa pihak perempuan perlu bertolak ansur. Kalau kata lelaki tersebut gaji tak tinggi, permudahkanlah perkahwinan tersebut tanpa meminta wang hantaran yang tinggi. Andai kata lelaki tersebut gaji lebih daripada RM3000 kena juga tengok komitmen lelaki tersebut kiranya ada win-win situation kat sini.

   Saya sendiri sedih, apabila majlis akad nikah hendak dimulakan tetapi pergaduhan besar pula yang berlaku antara kedua-dua belah pihak yang mana sepatutnya sudah mula rapat seperti keluarga sendiri. Di sini saya tidak salahkan mana-mana pihak kerana saya tidak tahu hujung pangkal cerita mengenai pergaduhan tersebut, saya cuma doakan agar mereka dapat berbaik semula.

   Saya sendiri berazam untuk tidak meminta wang hantaran, cukup sahaja dengan mas kahwin. Sebab saya lebih kepada kehidupan selepas kahwin, bukan hanya pada majlis yang hanya berlangsung sehari. Tapi sampai sekarang tak dak calon lagi. haha. 

                        Prepare for the marriage, not the wedding - Yasmin Mohaged


   Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi membaca pandangan saya. Terpulang kepada pihak anda semua bagaimana untuk menilai dan masing-masing punya pandangan tersendiri.

   Akhir kata, permudahkan perkahwinan untuk mengelakkan masalah sosial yang berlaku.

0 Your opinion:

Introduction