Thursday, March 24, 2016

Happy Married BFF~


Tanggal 19 Mac 2016, Hari Sabtu.
Lokasi : Melaka

 Kami bangun seawal jam 6 pagi untuk bersiap-siap memandangkan rumah pengantin ramai orang, nasib baik rumah pengantin di Melaka ada 3 bilik air untuk mandi.

 Setelah siap-siap, kami menunggu kedatangan mak andam yang telah hadir pada jam 7 pagi. Kami hanya berempat sahaja dalam bilik pengantin tu, Hazimah si pengantin, mak andam, atin dan aku. Aku ditugaskan untuk masukkan gambar dalam instagram Hazimah buat Live Update gituu..

 Masa mak andam tengah mekapkan Hazimah ni, aku pun mekapkan si Atin ni dan aku mekap diri aku sendiri.

 Jam 10.30 pagi, orang-orang masjid dah datang untuk majlis pernikahan dan aku pun turun untuk bersiap sedia ambil gambar dan rombongan pengantin lelaki pun tiba selepas itu.

 Setelah khutbah nikah yang ringkas, Imam Masjid menikahkan Ridzuan dan Hazimah. Dengan sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri. Masa tu, air mata kegembiraan ingin mengalir tapi sempatku tahan. Siapa yang tak happy kan bila tengok kawan baik sendiri happy.

 Aku, atin dan lagi 6 orang kawan adik Hazimah jadi bridesmaid. Aku ambil gambar, beri goodies, pengapit pun haku jugak taw tapi ni jadi pengapit tanpa sengaja. Tengah syok-syok nak buat live update, mak andam bagi kipas kat aku. Mm apa lagi, jadilah pengapit mcm gambar di bawah.




 Perasaan aku bila tengok kawan sendiri dah kawin, mestilah terasa jugak sebab umur 24 ni aku rasa macam dah lewat sangat kalau tak kawin. InsyaAllah aku dah ready nak kawin cuma masih lagi menunggu Mr Right yang ditakdirkan Allah untukku. Kadang-kadang, bila tengok kat facebook banyak masalah rumah tangga, jadi takut pulak aku nak kawin. Semoga Allah temukan aku dengan jodoh yang baik dan beragama.

 Seriously aku excited dan happy sangat bila tengok kawan baik sendiri happy dan seronok bila kita sendiri ambil bahagian dalam kerja kawin ni.

 Apa-apa pun, aku doakan semoga perkahwinan kawan baikku ini diberkati Allah, semoga bahagia selalu dan dimurahkan rezeki. Semoga juga mereka dikurniakan zuriat soleh dan solehah.



Thank you for reading this post. :)

Introduction