Monday, January 11, 2016

Breastfeed Issue?

Assalamualaikum,

Mungkin baru2 ni, para pembaca pun ada membaca isu breastfeed ni dekat timeline facebook kan? Tambah2 sekarang ni tengah panas kat fanpage Amran Fans.

Saya dapat tahu pun lepas ada nampak orang share perkara ni.


Saya berpendapat yang Amran Fans share ni ada betulnya juga.

Kaum ibu sekalian, memang tidak salah anda breastfeed bayi anda. Tetapi yang jadi salahnya anda selfie dan post gambar tu di facebook.

Bukan apa, malu dan jatuh air muka suami kalian kerana ada isteri yang tonjolkan diri di laman sosial ketika menyusukan anak.

Memang tak nampak kulit atau apa, cumanya memang tidak manis. Orang zaman dahulu kalau boleh menyusukan anak ditempat tersorok supaya tak ada orang nampak. Sebab apa? Sebab Malu.

Zaman dah berubah, makin moden, makin hilang rasa malu pula. 

Memang benar sekarang ni ada baju yang memudahkan kaum2 ibu menyusukan anak, boleh menyusukan anak dimana2 sahaja. Cuba fikir secara logik akal, bukankah perbuatan mengambil gambar dan postkan nya di facebook boleh mengundang perkara negatif juga?

Sebagai contoh, kaum2 adam yang ada di dalam facebook tersebut membayangkan yang bukan2 dan ada yang bernafsu tengok gambar tersebut.

Saya ada juga baca komen2 yang mengatakan kaum hawa ni akalnya ada 1 sahaja, sebab tu buat perkara yang bukan2 macam ni.

Saya juga ingin tegur bahawa lelaki yang ada 9 Akal tu mohon tunjuk ajar kaum hawa mengikut landasan syariat supaya anda tidak berkongsi dosa bersama isteri anda.

Maaf andai tulisan ini ayatnya ada yang tidak kena, mohon para pembaca faham point2 yang penting yang ingin saya sampaikan. 

Berikut adalah respon dari Pencetus Ummah Rahmat mengenai isu ini.




0 Your opinion:

Introduction