Friday, September 4, 2015

Erti Kemerdekaan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada entri kali ini ingin sekali aku meluahkan apa yang terpendam di dalam hati ini. Hanya luahan rasa sahaja. NO OFFENDED!

Pada empat hari yang lepas, kita menyambut hari kemerdekaan yang disambut saban tahun pada tarikh 31 Ogos 2015.

Dahulunya aku begitu bersemangat untuk menyambut hari kemerdekaan dengan penuh bangganya menjadi rakyat Malaysia yang namanya harum dipersada dunia. Tetapi pada hari kemerdekaan kali ini, aku langsung tidak bersemangat untuk menyambutnya seperti tahun-tahun yang lalu.

Kenapa??

Kerana pada aku, kita tidak lagi merdeka sepenuhnya kerana kita masih lagi dijajah.. Bukan lagi dijajah oleh negara luar, tetapi dijajah oleh pemimpin sendiri yang rakus serta gilakan kuasa.

Lihatlah perubahan yang berlaku, ekonomi merudum, Ringgit Malaysia tidak lagi ada nilainya, GST yang menekan rakyat, isu perkauman diperbesarkan, mereka yang berjawatan semakin rendah IQ nya mengeluarkan kenyataan yang budak tadika sendiri boleh klasifikasinya sebagai tidak masuk akal.

Aku sebagai rakyat berasa miskin di negara sendiri, bukan kerana aku malas! Aku telah melakukan 2 kerja untuk menampung perbelanjaan untuk keluargaku walaupun aku belum berkahwin.

Dilemma ini membelenggu tatkala aku mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah, namun rumah2 tersebut bukanlah mampu untuk aku miliki malah hanya mampu tengok sahaja.

Bahu ini amat berat bebanannya, aku tidak mempunyai simpanan malah wang gaji yang hanya seberapa hanya mampu bertahan hanya sehari dua dan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pada hari2 berikutnya.

Aku juga melihat, rakyat sendiri miskin malah warga asing hidup lebih kaya di negara ini.

Ada juga berlaku beberapa perkara iaitu peniaga Melayu dirampas barang2nya namun jika kita lihat kini ramai peniaga terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh dan lain2 masih berniaga tanpa sebarang gangguan.

Sedih tatkala melihat situasi begini berlaku dinegara sendiri.

Di manakah tanggungjawab seorang pemimpin yang seharusnya memajukan negara dan rakyat? Malah sebaliknya berlaku.

Pelbagai skandal yang telah disiarkan namun masih jua angkuh ibarat tidak akan mati bertemu Tuhan. Ibarat akan hidup selamanya dengan kemewahan yang ada, seolah2 tidak tahu kewujudan NERAKA JAHANNAM menunggu di akhirat. Apalah ertinya mempunyai kemewahan dunia namun sakit menanggung azab diakhirat. Tidakkah mereka terfikir akan semua itu? Atau sudah butakah hati mereka?

Aku juga melihat institusi2 yang seharusnya membela rakyat berpihak kepada mereka yang sebenarnya menzalimi rakyat sendiri.

Rasulullah SAW pun mengingatkan para pemimpin, “Siapa saja yang dianugerahkan Allah sebagai pemimpin, tetapi dia tidak berbuat sesuatu untuk kebaikan umatnya (malah sebaliknya menipu dan menzalimi umatnya ), allah akan mengharamkan surga untuknya.” (HR. Bukhari). 

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda, “Asyaddunnaasi ‘azaban yaumul qiyamati imamun jair”. (Orang yang paling sakit siksaan di hari kiamat adalah pemimpin yang zalim (curang).” (HR. Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud). 

Rasulullah SAW bersabda, “Sesudahku nanti akan ada pemimpin-pemimpin yang berdusta dan berbuat zalim, siapa yang membenarkan kedustaannya dan membantu kezalimannya, maka ia tidak termasuk golongan dari umatku dan aku juga tidak termasuk darinya dan ia tidak akan datang ketelaga (yang ada di surga).” (HR. Nasa’i dari Ka’ab). 

Seharusnya negara merdeka ini, hidup aman damai serta harmoni walaupun berbilang kaum. Rakyat juga seharusnya hidup senang dan tiada lagi yang miskin.

Berbicara soal demokrasi.

Mereka bilang negara ini mengamalkan demokrasi, akan tetapi demokrasi ini seolah2 dikunci. Siapa yang menentang akan dihukum. Ini demokrasi atau diktator?

Aku masih sayangkan negara ini. Aku tidak mahu tanah ini mengulangi sejarah yang lama di mana akibat masalah dalaman serta perpecahan yang menjadi punca kejatuhan kerajaan Melaka lalu negara asing mengambil kesempatan untuk menjajah tanah ini.

Berikut adalah punca kejatuhan kerajaan melayu melaka ;

Kelemahan Pemimpin

1) Kematian Tun Perak

Selepas kematian Tun Perak, jawatan Bendahara telah diambil alih oleh Tun Mutahir yang berketurunan India Muslim

2) Kelemahan Pentadbiran Tun Mutahir

-Bersikap pilih kasih sehingga timbul perasaan iri hati
-Difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan
-Dijatuhkan hukuman bunuh oleh sultan

3) Kelalaian Pemerintahan Sultan Mahmud

-Melantik Raja Ahmad Shah yang tidak cekap dan lemah
-Melantik Tun Pepatih Putih yang uzur dan tepok sebagai Bendahara
-Amalan rasuah dan fitnah berleluasa
-Kadar Cukai yang tinggi

Sepatutnya kita semakin maju dalam menuju wawasan 2020 seperti yang Tun Dr. Mahathir uar-uarkan dahulu.

Namun kita semakin berundur kebelakang, bukan mudah untuk menaikkan kembali negara yang semakin jatuh kini.

Aku berdoa supaya negara ini terus dilindungi oleh Allah daripada pemimpin yang zalim dan dilindungi daripada sebarang musibah.

Aku masih sayangkan tanah air ini tempat tumpahnya darahku. Aku mahu nama Malaysia berdiri teguh dan disegani seperti waktu dahulu.




Introduction