Sunday, September 13, 2015

White Coat~


Assalamualaikum w.b.t,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada senior2 saya di MSU dulu kerana telah mencapai cita-cita mereka untuk menjadi seorang doktor.

Ya, bukan mudah untuk merealisasikan cita-cita itu kerana perlu berusaha keras untuk mencapainya.

Saban tahun, di fb..aku sering melihat status rakan2 ku yang telah berjaya menjadi seorang doktor. Dan saat itu juga air mataku mengalir deras seperti malam tadi, kerana aku cemburu dengan mereka.

Aku teramat sangat mencemburui mereka kerana mereka berjaya mencapai cita-cita mereka sedangkan aku tidak.

Bukan kerana akademikku terlalu teruk, namun masalah kewangan yang menjadi kekangan.


Menjadi seorang doktor adalah cita2ku sejak kecil lagi dan aku tetap menanam impian untuk merealisasikannya.

Aku sering ke hospital kerana ada masalah kesihatan, dan aku berazam bahawa aku juga mampu untuk membantu pesakit2 seperti doktor2 yang  ada di sana.

Aku melangkah setapak demi setapak bermula dengan memasuki kelas aliran sains tulen, dan seterusnya peringkat Diploma dalam Sains Perubatan.

Namun langkahku terhenti di situ, tanpa meneruskan ke peringkat Ijazah kerana aku perlu bantu keluargaku bangkit dalam masalah kewangan sehingga sekarang masih belum nampak peluang aku untuk meneruskan pembelajaranku.

Aku sering juga memujuk diriku sendiri bahawa mungkin ada hikmahnya.. Aku sering menasihati diri jangan melawan ketentuanNya yang sudah ditetapkan untukku.

Namun, keinginanku untuk menjadi seorang doktor masih lagi kuat dan aku ingin terus belajar. 

Aku juga akan terus belajar untuk redha andai itu bukan rezekiku.


Untuk mereka yang telah bergelar doktor, jalani tanggungjawab dan amanah anda sebaiknya untuk membantu ummah. Mereka yang masih lagi belajar dalam bidang perubatan, teruskan usaha anda sehingga berjaya kerana anda terpilih untuk menjadi seorang doktor pada masa akan datang. Jangan pernah ada rasa putus asa.


0 Your opinion:

Introduction