Thursday, February 26, 2015

Sambung Belajar.

ALHAMDULILLAH adik telah pun memulakan pekerjaannya dan ekonomi keluarga mula stabil.

Di kesempatan ini, aku mengambil peluang untuk mencapai sebuah cita-citaku yang tertangguh.

Aku akan kembali sambung belajar di MSU, insyaAllah pada May 2015. Aku membuat keputusan untuk sambung di dalam kursus Bachelor In Medical Sciences.

Aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai sebuah cita2 untuk menjadi seorang doktor yang berkhidmat untuk masyarakat.

InsyaAllah. Aku akan mulakan niat kerana Allah, moga dipermudahkan segalanya.

Mohon doa kalian.



0 Your opinion:

Introduction