Tuesday, November 24, 2015

Tabur Far East + Tabur Extreme

22 Nov 2015

6.30 Berkumpul di Masjid Hidayah bersebelahan dengan sekolah Taman Melawati
7.00 Bergerak dan berkumpul di starting point (Kemensah)
7.30 Mula mendaki Tabur Far East
9.00 Sampai puncak Tabur Far East
10.30 Turun dari Tabur Far East dan mula bergerak ke Tabur Extreme
11.30 Sampai Puncak Tabur Extreme
12.30 turun dari Puncak Tabur Extreme
1.20 Sampai ke Starting Point


Hari ni aku dan kawan baik aku, Atin akan mendaki ke Bukit Tabur Far East dan Extreme.

Sebelum aku pergi hike kat sini, aku ada jugalah buat research sikit2 macam mana trek dia and so on. Kiranya aku dah prepare dari segi mental dan fizikal kat sini.

Untuk makluman, kami mendaki di sini seramai 56 orang untuk group kami sahaja. Ramaikan? The more the merrier. 

Sebelum mula mendaki, kami membuat senaman ringkas untuk memanaskan badan serta membaca doa dan kami membahagikan tugas kepada beberapa orang untuk menjaga kami. 2 orang sebagai petunjuk arah dan 2 orang sebagai sweeper di belakang.


Posing sat lepas parking kete.


Kami mula berjalan ke suatu tempat yang berpasir sebelum menaiki bukit jalan masuk ke bukit tabur yang sebenar.

Masa ni aku ajet2 dalam citer Hunger Games. 



Mula mendaki untuk melepasi pagar untuk masuk ke Bukit Tabur




Setelah semput menaiki bukit ni..kita amik gambar beramai2 yer.


Yang kat atas tu adalah Tabur Extreme 



Dah sampai dekat persimpangan jalan Tabur Far East dan Extreme kita rehat2 dulu


Lepas je panjat batu kat lereng bukit, dapat view mcm ni mmg awesome! Subhanallah~


Ni adalah trek untuk ke Tabur Far East peak



View KL


Alhamdulillah selamat sampai ke Puncak!
Masa ni aku duduk fikir macam mana nak turun pulak.
Kita rilek dulu layan view~







Panorama view from Tabur Far East

Okay, sekarang kita layan gambar dekat tabur Extreme pulak.

Trek dia boleh tahan mencabar. Jalan kat lereng2 bukit yang memang ngeri la kalau jatuh tu.

Memang banyak turun naik tali, kalau nak pergi tu kena pakai glove. Kalau tak, memang sakit tangan tu.

Serious best and mencabar trek dia, paling best bila rock climbing cuma aku ni manja sikit takut2 kalau tak de orang guide bagai. Hampehh.. Jalan2 sampai puncak, ada orang offer nugget. Wahh bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, tapi kali ni versi orang lapar dapat nugget panas free. Nyum2.


Haa nampak tak betapa tinggi dan curamnya nak kena panjat. Turun pun lalu ikut jalan yang sama jugak.


Wat lek wat peace dulu. Traffic jam nak cross batu untuk ke Extreme peak.


Hoyehh!! Alhamdulillah sampai sudah! Selfie pakai gopro member lu..




We are all Kental Buddies!

Best giler hiking dengan dorang ni. Happening kata ko!!

Thanks jugak untuk Abg Man yang teman aku dan kawan turun Extreme. Kesian abg Man tak dapat pergi tabur Extra sebab nak temankan kitorang turun.

Sorry kat Tabur Extreme tak banyak amik gambar sebab penat + seram sebab lereng2 bukit je masa tu.

Terima kasih sebab sudi baca blog ni! :)





Friday, November 13, 2015

Bukit Tabur - 18/10/2015

Bukit Tabur ( West Tabur )

Beberapa hari yang lepas, kawan hiking ada ajak pergi ke Bukit Tabur tapi sebelah east (timur). Okey, aku bagi nama untuk join dan aku ajak kawan sekolah aku, Fikri, untuk join sekali sebab dia memang nak merasa hiking.

Okey, tiba pada hari nak naik tu. Fikri ni ajak kawan2 dia sekali dalam 15 orang macam tu. Kawan2 dia ni nak naik dulu sebab nak kejar sunrise katanya.

Aku pun join je diorang dengan harapan boleh tunggu kawan2 hiking dekat puncak east.

Kitorang naik semalam dalam pukul 5.30 pagi, mula2 naik tu memang pewaii jugaklah.. Lepas dah muntah, makan n minum sikit, barulah ada tenaga sampai puncak dan sampai bawah.

Masa dalam perjalanan tu, dah sampai puncak pertama tu, aku ingatkan memang betul2 dah sampai la..tapi, kawan fikri ni cakap jauh lagi puncaknya. Okey, aku pun ikutlah jugak. Boleh tahan jugak turun naik treknya.

Aku pun pelik, ni east ke west sebab treknya tak ramai orang dan susah semacam jer.

Jalan punya jalan, aku layankan jela..

Part paling best bila rock climbing tanpa tali..cuma kena extra careful sebab kalau jatuh memang wassalam la jawabnya. Nasib baiklah geng2 aku ni semuanya membantu dan mereka tak tinggalkan kawan2 kat belakang. Mereka sangat supportive jugak.



Pegi masa jerebu memang sedih sebab tak nampak view, kalau masa tu tak ada jerebu memang nice la view dia.

Masa ni kawan yang janji nak tunggu kat puncak east wassap

"Kila kat mana? Kami kat puncak dah ni?"

Hah?? Puncak mana plak aku fikir masa tu.

Pastu aku amik gambar dan hantar kat dia

Dia balas,

"Kila naik west ni, bukan east"

Aku pun tepuk dahi dan gelak sendirian. Haha. Aku naik west rupanya.

Kalau aku tahu dari awal aku naik west memang aku tak proceed agaknya sebab aku dengar macam2 orang kata sebelum ni yang buat aku jadi takut.

Tapi aku gagahkan juga sampai ke puncak Tabur West.

Syukur Alhamdulillah selamat semuanya.







Masa nak balik tu, kitorang macam tak tau jalan..kitorang terus jer sampai la penghujung jalan tu. Tengok2 ni bukan jalan balik ni sebab cerun. So, kitorang patah balik sampai la nampak jalan turun ikut jalan kebun orang.

Mental jugak jalan dia sebab macam tak sampai2 je lagi. Haha. 

Bila dah sampai kat bawah tu, ada la mcm pondok orang jual air yang best nya ada sumber air untuk orang nak mandi. Untungla lelaki boleh mandi macam tu je.

So, turun je west. Diorang pegi mandi kat sungai dekat dengan tabur east punya trek. Jernih tempatnya tapi sedih sebab banyak sampah. :(

Btw, kalau cerita pasal repeat. Memang nak repeat lagi pegi tabur west ni.

Sekian, ini sahaja entry untuk kali ini.

p/s : ni simpan dalam draft je sebelum ni, baru dapat post dan update hari ni. hehe.

Friday, September 4, 2015

Erti Kemerdekaan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada entri kali ini ingin sekali aku meluahkan apa yang terpendam di dalam hati ini. Hanya luahan rasa sahaja. NO OFFENDED!

Pada empat hari yang lepas, kita menyambut hari kemerdekaan yang disambut saban tahun pada tarikh 31 Ogos 2015.

Dahulunya aku begitu bersemangat untuk menyambut hari kemerdekaan dengan penuh bangganya menjadi rakyat Malaysia yang namanya harum dipersada dunia. Tetapi pada hari kemerdekaan kali ini, aku langsung tidak bersemangat untuk menyambutnya seperti tahun-tahun yang lalu.

Kenapa??

Kerana pada aku, kita tidak lagi merdeka sepenuhnya kerana kita masih lagi dijajah.. Bukan lagi dijajah oleh negara luar, tetapi dijajah oleh pemimpin sendiri yang rakus serta gilakan kuasa.

Lihatlah perubahan yang berlaku, ekonomi merudum, Ringgit Malaysia tidak lagi ada nilainya, GST yang menekan rakyat, isu perkauman diperbesarkan, mereka yang berjawatan semakin rendah IQ nya mengeluarkan kenyataan yang budak tadika sendiri boleh klasifikasinya sebagai tidak masuk akal.

Aku sebagai rakyat berasa miskin di negara sendiri, bukan kerana aku malas! Aku telah melakukan 2 kerja untuk menampung perbelanjaan untuk keluargaku walaupun aku belum berkahwin.

Dilemma ini membelenggu tatkala aku mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah, namun rumah2 tersebut bukanlah mampu untuk aku miliki malah hanya mampu tengok sahaja.

Bahu ini amat berat bebanannya, aku tidak mempunyai simpanan malah wang gaji yang hanya seberapa hanya mampu bertahan hanya sehari dua dan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pada hari2 berikutnya.

Aku juga melihat, rakyat sendiri miskin malah warga asing hidup lebih kaya di negara ini.

Ada juga berlaku beberapa perkara iaitu peniaga Melayu dirampas barang2nya namun jika kita lihat kini ramai peniaga terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh dan lain2 masih berniaga tanpa sebarang gangguan.

Sedih tatkala melihat situasi begini berlaku dinegara sendiri.

Di manakah tanggungjawab seorang pemimpin yang seharusnya memajukan negara dan rakyat? Malah sebaliknya berlaku.

Pelbagai skandal yang telah disiarkan namun masih jua angkuh ibarat tidak akan mati bertemu Tuhan. Ibarat akan hidup selamanya dengan kemewahan yang ada, seolah2 tidak tahu kewujudan NERAKA JAHANNAM menunggu di akhirat. Apalah ertinya mempunyai kemewahan dunia namun sakit menanggung azab diakhirat. Tidakkah mereka terfikir akan semua itu? Atau sudah butakah hati mereka?

Aku juga melihat institusi2 yang seharusnya membela rakyat berpihak kepada mereka yang sebenarnya menzalimi rakyat sendiri.

Rasulullah SAW pun mengingatkan para pemimpin, “Siapa saja yang dianugerahkan Allah sebagai pemimpin, tetapi dia tidak berbuat sesuatu untuk kebaikan umatnya (malah sebaliknya menipu dan menzalimi umatnya ), allah akan mengharamkan surga untuknya.” (HR. Bukhari). 

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda, “Asyaddunnaasi ‘azaban yaumul qiyamati imamun jair”. (Orang yang paling sakit siksaan di hari kiamat adalah pemimpin yang zalim (curang).” (HR. Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud). 

Rasulullah SAW bersabda, “Sesudahku nanti akan ada pemimpin-pemimpin yang berdusta dan berbuat zalim, siapa yang membenarkan kedustaannya dan membantu kezalimannya, maka ia tidak termasuk golongan dari umatku dan aku juga tidak termasuk darinya dan ia tidak akan datang ketelaga (yang ada di surga).” (HR. Nasa’i dari Ka’ab). 

Seharusnya negara merdeka ini, hidup aman damai serta harmoni walaupun berbilang kaum. Rakyat juga seharusnya hidup senang dan tiada lagi yang miskin.

Berbicara soal demokrasi.

Mereka bilang negara ini mengamalkan demokrasi, akan tetapi demokrasi ini seolah2 dikunci. Siapa yang menentang akan dihukum. Ini demokrasi atau diktator?

Aku masih sayangkan negara ini. Aku tidak mahu tanah ini mengulangi sejarah yang lama di mana akibat masalah dalaman serta perpecahan yang menjadi punca kejatuhan kerajaan Melaka lalu negara asing mengambil kesempatan untuk menjajah tanah ini.

Berikut adalah punca kejatuhan kerajaan melayu melaka ;

Kelemahan Pemimpin

1) Kematian Tun Perak

Selepas kematian Tun Perak, jawatan Bendahara telah diambil alih oleh Tun Mutahir yang berketurunan India Muslim

2) Kelemahan Pentadbiran Tun Mutahir

-Bersikap pilih kasih sehingga timbul perasaan iri hati
-Difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan
-Dijatuhkan hukuman bunuh oleh sultan

3) Kelalaian Pemerintahan Sultan Mahmud

-Melantik Raja Ahmad Shah yang tidak cekap dan lemah
-Melantik Tun Pepatih Putih yang uzur dan tepok sebagai Bendahara
-Amalan rasuah dan fitnah berleluasa
-Kadar Cukai yang tinggi

Sepatutnya kita semakin maju dalam menuju wawasan 2020 seperti yang Tun Dr. Mahathir uar-uarkan dahulu.

Namun kita semakin berundur kebelakang, bukan mudah untuk menaikkan kembali negara yang semakin jatuh kini.

Aku berdoa supaya negara ini terus dilindungi oleh Allah daripada pemimpin yang zalim dan dilindungi daripada sebarang musibah.

Aku masih sayangkan tanah air ini tempat tumpahnya darahku. Aku mahu nama Malaysia berdiri teguh dan disegani seperti waktu dahulu.




Wednesday, June 17, 2015

Hobi Terbaru : Hiking + Photography


Assalamualaikum,

Dah lama rasanya tak update blog ni sebab sibuk dengan kerja dan aktiviti mingguan.

Actually dah lama sebenarnya nak buat aktiviti lasak2 ni daripada sekolah lagi, tapi masa tu mak tak bagi join.

Macam mana boleh join hiking ni?

Mulanya jadi comittee masak memasak je masa camping kat Gunung Ledang. Masa dorang sume turun dari hiking tu, dengar cerita daripada dorang mcm best je hiking ni.

Aku masa tu takut nak join sebabkan ada besi kat tulang belakang ni. Tapi disebabkan keinginan dan minat yang membuak masa tu, aku join next hiking ke Gunung Irau, Cameron Highland.

Masa tu memang mental koyak beb..sebab newbies kubis lagi. Tapi satu je kepuasannya bila kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama saudara seIslam dan dapat melihat keindahan alam ciptaanNya.. Subhanallah..

Balik daripada Irau tu rasa macam tak nak dah naik gunung ni..rasa serik.. Tapi selang beberapa hari, aku rasa rindu nak hiking.

So, sampai sekarang aku follow setiap activiti yg group hiking ni buat..

1. Gunung Irau
2. Bukit Kutu
3. Bukit Saga (climb4cancer)
4. Gunung Besar Hantu

Kalo ikut perancangan memang nak pegi Kinabalu bulan 10 ni, tapi tengok keadaan Kinabalu masih belum sembuh sepenuhnya..aku rasa kena tangguh dulu la..

Ada beberapa keping gambar pemandangan di ambil tetapi tidak banyak kerana selebihnya penat hiking ni.. hehe.

Akan di update dalam next entry.. terima kasih.

Monday, April 20, 2015

Gunung Irau~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaf tinggalkan blog ni lama dan dah berhabuk dan bersawang.. Bukan taknak update, Cuma kesibukan masa sahaja membuatkan blog ini ditinggalkan padahal byk idea dan pandangan yang ingin ditulis.

Pada sesi kali ini, saya nak cerita pengalaman saya mendaki Gunung Irau organized by Abg Dsham under vads #jomdaki.



Pertama sekali saya nak cerita yang mana ini adalah kali pertama dalam seumur hidup saya ikut mendaki gunung. Sebelum ini hanya follow ke Gunung Ledang menjadi committee.

Saya berminat untuk mendaki kerana saya baca kat blog2 yang kata irau ni cantik viewnya dan saya pun google gambar2 yang ada kat irau ni. Lagi satu, semangat mendaki daripada hikers2 otai #jomdaki menyerap dalam jiwa saya.

Pagi 18 April 2015 kami bertolak daripada homestay kg sedia dalam jam 7 pagi mcm tu la dengan menaiki 4x4, saya ikut group pertama yang bertolak. Nampak tak semangatnya saya. Hahaha.
Bila group pertama sampai dulu, kami tengok banyak tent kat situ dan ramai orang tengah nak naik gunung tu dan kami pun apa lagi pergi bergambar dlu.



Bila semua dah sampai, kami memulakan sesi memanaskan badan yang diketuai oleh Kak Onie.
Selepas itu, kami memulakan pendakian dengan menaiki tangga. Bukan nak cakap ape, sejuknya tu bukan main..



Masa tu semangat lagi nak naik, ikut group pertama lak yang naik. Terima kasih kat Miss Nisa dengan Abg Syafiq yang tolong masa tu.



Sampai pertengahan jalan nak ke mini irau, jumpa satu group ni dari KL jgk. Dorang ada guidance, saja ikut dorang sampai abg tu ingat saya ni group dorang jgk. Haha. Tapi syok naik ngn abg tu n group tu jgk..

Lega bila dah sampai kat mini irau, lepak makan and baring2 kejap sampai group Kak Sarimah datang. Tak lama lepas tu, kaki tiba2 cramp pulak.. Nasib baik ada sorang akak ni (lupa nak Tanya nama) dia bagi krim melegakan muscle. Kak Aida urut kaki saya sebab masa tu memang urat bersimpul, tahan sakit jugak masa kak Aida urut sampai okey.





Masa dah sampai mini irau ni, rasa macam dah give up tak nak sampai puncak. Tapi bila fikir2 balik rasa rugi tak sampai puncak. So, gagahkan diri jugak ke puncak.

Lepas tu mulakan perjalanan dengan group kak Sarimah sampai puncak.

Dalam perjalanan tu dok tanya orang, berapa jauh lagi ada uncle tu cakap lagi 10 minit tapi jauhnya alahai macam sejam punya seksa rasa nak sampai ke puncak tu haa.. sambil2 dalam perjalanan tu amik ler gambor sekali. Memang fun ikut group kak Sarimah.







Bila dah sampai puncak pulak, hujan lebat. Memang gigil la, cakap pun kuar asap kat mulut. Rasa cam oversea lak. Haha. Masa tu semangat sebab group yang sampai awal ada lagi kat puncak, sambil2 tu posing la ramai2 time ujan tu. Sebenarnya saya bangga dengan diri saya yang boleh sampai ke puncak tu walaupun saya adalah beginner dan first timer. Apa2 persediaan pun x buat, jogging pun sekali dan last minit. Haha poyo je kan puji diri sendiri? :P





Masa tengah berehat tu dok pikir macam mana nak turun ikut trail masa nak naik puncak tu sebab memang mencabar. Masa turun tu kiranya agak laju la nk sampai ke mini irau. Bila sampai ke mini irau rehat lagi sekali sampai la Zarul ajak turun. Kami pun ikut Zarul turun sekali and Hassan jadi sweeper.

Mental dan fizikal dah mula lost..kaki pun dah mula gigil sampai ada sorang abang ni bagi snickers. Terima kasih kat abg tu. Dalam perjalanan tu banyak kali berhenti jgk sebab kaki dah sakit sangat. Saya sangat berterima kasih kat Kak Sarimah, Kak Nelly, Kak Rosa, Kak Azizah, Kak Jazz, Kak Akma, anak saudara Kak Akma (maaf sngt lupa nama), Zarul dan Hassan. Mereka sangat bersabar dan sangat membantu beri kata2 semangat untuk sampai ke tangga dan Kak Sarimah urut kaki menggunakan gel Kak Jazz.



Tak lupa nak berterima kasih jugak kepada cikgu yang muka cam ustaz kazim sbb tlg bwakkan beg saya sampai tangga.

Ya Allah..bersyukur sangat bila dah sampai tangga. Tu pun dah gigil dan longlai kaki, tak larat dah nak sampai ke jeep tu.. Namun, ku gagahi jua~~

Pengalaman ni adalah yang takkan aku lupakan sepanjang hayat, rasa seronok sangat berkenalan dengan kawan2 baru.

Terima kasih kepada Abg Dsham (penganjur) kerana buat program ni. InsyaAllah panjang umur boleh join lagi.

Pengajaran yang saya boleh dapat dan beri pandangan, hidup ni jalannya penuh ranjau umpama mendaki gunung. Bila kita nak naik memang sakit sampai menangis, adakala rasa macam nak putus asa. Kita akan selesa bila jalan tersebut landai.Bila dah sampai puncak, segala penat lelah semua hilang bila kita menikmati pemandangan yang cantik .

Buat semua yang terlibat, andai ada salah silap yang tanpa saya sedar, saya mohon beribu kemaafan. YOU GUYS MEMANG AWESOME!!





Introduction