Sunday, March 9, 2014

Misteri Kehilangan Pesawat MH370

Kita semua dikejutkan dengan berita sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi Sabtu.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal. 
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

Kehilangan pesawat tersebut menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi daripada banyak pihak.

Usaha mencari pesawat tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa.

Saya sebagai manusia meletakkan diri ditempat keluarga mangsa. Mereka mungkin risau dengan keadaan ahli keluarga yang menaiki pesawat tersebut. Tidak dapat tengok berita kerana tidak mampu menahan rasa sedih dan sebak.

Semoga Allah permudahkan pencarian pesawat MH370 yang hilang, dan semoga semuanya selamat. 






0 Your opinion:

Introduction