Monday, May 6, 2013

Pasca PRU

Assalamualaikum wbt.

Pertama sekali, syukur Alhamdulillah kerana Pakatan Rakyat masih kekal kukuh di Selangor. Semoga terus kekal, insyaAllah.

Tahniah dan takziah diucapkan kepada pemimpin yang menang. Ingatlah rakyat dilantai tatkala anda berada dikerusi empuk itu. Jangan riak bila menang dan jangan lupakan janji manismu terhadap rakyat, jalankan tanggungjawab dan amanah yang berat dibahu. Bagi yang Islam, kelak akan disoal jika tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah itu (begitu juga kita sebagai rakyat dan manusia biasa).

Ada juga beberapa isu timbul seperti "blackout" di tempat pengiraan undi, bagaimana perkara tersebut boleh berlaku di beberapa tempat? Jika hanya satu tempat yang blackout secara tiba-tiba masih boleh diterima lagi, tapi berlaku dibeberapa tempat menimbulkan tanda tanya yang besar dalam masyarakat Malaysia yang mahukan ketelusan dan keadilan.

Isu lain adalah seperti media di stesen tv perdana yang menyiarkan tentang kemenangan pihak "dacing" dan mengutamakan perbincang tentang kemenangan parti "roket". Kenapa itu perlu berlaku untuk menimbulkan keraguan serta ketakutan masyarakat di Malaysia? Kenapa mereka tidak menghebahkan kemenangan "bulan" dan juga "keadilan" ? Ini menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat melayu terutamanya dengan khabar angin orang cina akan memerintah negara ini suatu hari nanti. Ini akan memupuk semangat racist dalam kalangan masyarakat, sepatutnya yang perlu dielakkan.

Minda kebanyakan masyarakat kita masih terpenjara..

Tidak mengapalah, ada hikmahnya Allah menangguhkan kemenangan bagi pihak "keadilan". Mereka kalah bermaruah. Lebih baik kalah dalam redhaNya berbanding menang dalam kemurkaanNya.

Buat yang menang menerajui kerajaan Malaysia, jika kemenangan ini telus, saya ucapkan Tahniah.
Jika dengan penyelewengan, saya ingatkan dengan satu firman Allah:

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)


Buat yang tidak menang, ingatlah Allah sentiasa bersama kita dan ini adalah ujian dariNya. Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha. Hasbunallahu wani'mal wakil. :)

Biar kalah di dunia, asal tidak kalah di akhirat kelak. InsyaAllah.

0 Your opinion:

Introduction