Monday, February 11, 2013

PELIK.

 

السلام عليكم

 

Hari ni saya nak cerita suatu kepelikan yang berlaku di tempat kerja. Dan ini adalah kali pertama saya melalui kejadian pelik macam ni. 

Saya tengah susun-susun barang kat tempat kerja, then ada akak permanent tu panggil saya suruh serve sorang customer ni. Okay, saya pun serve la customer yang merupakan seorang lelaki. Ini belum pelik lagi sebab firstly saya ingatkan dia nak belikan "baju" untuk isteri atau anak perempuan dia.

Bila dia dok tanya macam-macam, dan belek-belek "baju" tersebut saya mulai pelik dan bertanya kepada diri sendiri. Dia ni pakai ke "baju" ni? Then, mata saya mulai nakal sebab terlalu curious. Ha ha. Saya tengok la di tempat tersebut. Dan saya nampak memang dia pakai "baju" tu.

Perkara pelik yang seterusnya bila dia masuk fitting room dan cuba "baju" tersebut.  

Tertanya-tanya macam mana customer tu berpakaian? 

Mula-mula dia datang memang macam lelaki betul. Bila dia dah habis cuba "baju" tu, dia tukar baju pulak. Memang cutting baju tu macam perempuan dah. Dia datang tanya saya, kalau saya pakai baju tshirt ni, "baju" tu nampak tak? Saya jawablah, kalau dekat nampak sikit tapi kalau jauh tak nampak sangat.

 Masa customer ni tengah cuba "baju" tu dalam fitting room, akak yang senior saya ni tanya saya, "ni first time ke kau serve customer ni?". Saya pun jawab "haah, kak. kenapa?" Akak tu jawab balik "hmm kitorang semua dah pernah serve customer ni, kitorang dah malas dah nak layan dia ni". Dalam hati saya katalah, oh customer tetap rupanya.


Bukan niat nak aibkan dia, point utama saya sebenarnya saya rasa kesian sangat dekat dia. Seriously! Hampir jugak menitis air mata sebab kesiankan dia. Saya tak tau nak explain macam mana saya rasa kesiankan dia tu. Nasib baik dia seorang chinese.

Untuk muslim ketahuilah bahawa,


Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita 

(HR al Bukhari) 

 Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.

 (HR Abu Daud)  

 

0 Your opinion:

Introduction