Saturday, February 9, 2013

BOIKOT?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم


Saat Gaza dibedil oleh Zionis, semua pakat ingin memboikot barangan Israel terutama sekali Mekdonals (sje eja salah). Saya ingin bertanya kepada anda semua, adakah anda masih memboikot Mekdi dan sekutu dengannya?

Alhamdulillah sehingga hari ni saya masih memboikot. Mungkin orang akan kata, "ek eleh MekDi je ke yang kau boikot? banyak lagi barang Israel la derr kat Malaysia ni". Tapi pada saya, mungkin agak sukar nak boikot barangan Israel yang lain mungkin kerana tak perasan yang barangan tersebut adalah dari Israel kerana jumlah barangan mereka yang dipasarkan di sini jumlahnya sangat banyak.

Setakat yang paling famous tu boleh la di boikot. Mungkin orang akan kata, "ala boikot bermusim, kejap je tu." , "nanti kau gi makan jugak lama-lama". Saya tak boleh nak janji or pastikan, dan apa yang pasti saat ini saya tak boleh nak makan mekdi sebab terbayang darah saudara kita di Palestine tu.



Kalau kita seorang je yang boikot orang lain tak boikot tak de kesan pun kat Israel tu?

Ye, mungkin takde memberi kesan apa-apa pada mereka sebab banyak lagi cawangan restoran terkenal tu kat dunia ni. Tapi persoalan yang besar perlu kita tanya pada diri kita. Apa sumbangan dan perjuangan kita untuk membantu saudara kita kat sana tu?? Walaupun kecil, tapi inilah yang kita semua patut lakukan. Bukan dengan rakusnya meratah burger tu dan menyumbang pembelian senjata untuk Israel.



Pada saya, burger mekdi tu dah tak sedap lagi kat tekak saya sebab ada lagi burger paling sedap buatan tempatan. Burger bakar!! Nyum3!! Lebih baik majukan orang tempatan kita dalam perniagaan ada jugak faedahnya. Takla semahal burger mekdi tu. :D



0 Your opinion:

Introduction