Thursday, February 21, 2013

Maafkan saya.




Assalamualaikum..

Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua jika ada salah dan silap.

Sebagai manusia yang tak lari daripada kesilapan,

Dengan sepenuh hati saya ingin memohon maaf.

Maafkan saya.

 
 


Saturday, February 16, 2013

Secara Rasmi 21 Tahun Dah!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم



Alhamdulillah 2 hari lepas merupakan hari lahir saya. Sempena hari lahir, saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada mak saya kerana telah bersusah payah mengandungkan saya, melahirkan saya, membesarkan saya dan mendidik saya.

Ye, orang yang patut kita hargai sebenarnya adalah ibu kita sendiri pada hari istimewa(hari lahir) kita.

Cara untuk membalas jasa ibu kita adalah dengan menjadi anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan untuk ibu kita. Walaupun sebenarnya kita takkan mampu untuk membalas segala jasa ibu kita. Tapi itu adalah cara yang terbaik.

Ya, umur semakin meningkat semakin dekat dengan kematian. Kematian mengejar dibelakang dan tidak boleh melengahkan masa dalam memperbaiki dan menambah amalan.

Saya berterima kasih atas segala ucapan dan doa yang diterima daripada sahabat-sahabat sekalian. Semoga Allah membalas dengan kebaikan.

Semalam, waktu keluar dengan sahabat-sahabat sekolah menengah, saya agak terkejut dan terharu apabila mereka membawa saya ke Secret Recipe dan belanja saya makan kek. Percayalah memang saya tengah craving nak makan kek sepanjang minggu tu. Saya rasa sangat bertuah dan bersyukur sangat2.



Tak lupa juga tahun lepas saya dapat kek daripada seorang sahabat yang daripada kecil dan kami membesar bersama-sama.

Dan dua tahun lepas, classmates saya di MSU belanja saya makan dan beri hadiah teddy bear.

Percayalah, saya tak pernah lupa pemberian daripada sahabat2 saya walaupun ada yang saya tak mention kat sini.

Maaf untuk sahabat-sahabat saya, kerana tibanya hari lahir kalian saya tak mampu memberi hadiah kepada kalian. Tapi tak apa, tunggu saya dah ada kerja tetap nanti boleh la belanja kalian pula yer. InsyaAllah. :D

Hadiah daripada Meksis (mxs) pula, telefon percuma, kredit rm5 percuma dan pass internet 100mb percuma.

Alhamdulillah, saya rasa istimewa sangat. Bersyukur ke hadrat Illahi. Semoga saya juga istimewa di sisiNya dan semoga persahabatan saya dengan sahabat-sahabat dipanjangkan sampai Jannah. ♥

Introduction