Sunday, November 4, 2012

Tautan Hati


Assalamualaikum sahabat,

Terlebih dahulu ingin ana memohon maaf kerana telah lama menyepi daripada blog ini. Apa khabar iman antunna? Diharap semuanya baik.

Ana ingin berkongsi dengan antunna tentang novel Tautan Hati karya Ustazah Fatimah Syarha yang baru sahaja ana habis baca tadi. Alhamdulillah.



Subhanallah, apa yang ana baca banyak yang member manfaat kepada ana.  Cukuplah ianya telah membuatkan hidup ana berseri kembali dengan sinar Islam.

Dalam cerita ada tarbiyah, dalam cerita banyak ilmu yang boleh digarap. Ana rasa bersyukur sangat kerana ana rasa semakin bersemangat untuk berdakwah.

Novel ini juga mengajar ana bagaimana hendak menjadi mawar agama yang ikhlas, berkasih sayang kerana Allah, mengukuhkan ukhuwwah dengan usrah dan banyak lagi.

Dalam novel ini juga ada mengajar supaya menjaga ikhtilat serta pandangan. Ada juga terselit kisah-kisah cinta yang boleh dijadikan pengajaran serta contoh.

Sungguh, ana ingin menjadi mawar agama yang harum mewangi seperti watak Asiah Yusra dan Elya Khadeeja.

Ana tahu, ana bukan berasal daripada keluarga yang kuat pegangan agama seperti ustaz/ustazah. Ana dalam usaha menjadi seorang yang lebih baik pada hari ini dan hari seterusnya.

Doakan ana agar terus istiqamah, sahabat. Semoga Allah merahmati antunna semua. 



Inginku punya ukhuwah yang kuat,
Yang cintakan Allah dan RasulNya.
Bersama hingga ke syurgaNya,
Dalam menuju jalan Allah.

Aku ingin menjadi mawar agama yang harum mewangi,
Tak lagi mendambakan cinta manusia yang tak pasti,
Aku cuma menagih cinta dan kasih Ilahi yang hakiki.

Introduction