Thursday, December 27, 2012

Aku Ingin MencintaiMu


Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri 
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

Aku ingin mencintaiMU
Setulusnya, sebenar-benar aku cinta
Dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu
DenganMU ya Rabbi..
----------------------------------------------------------------------------

Kata orang, cinta itu buta. Apabila sudah bercinta, bukan sahaja mata malah hati turut menjadi buta. Yang buruk terlihat indah, yang busuk terhidu wangi dan yang jahat terasa baik.

Seseorang akan menjadi hamba kepada apa atau siapa yang dicintainya. Cinta itu umpama remote control diri kita yang kita beri kepada seseorang dan jangan sesekali tersalah beri.

Jadi amatlah penting kita memastikan siapa yang kita cintai didunia ini kerana kita akan bersamanya di akhirat kelak. Bertuahlah jika orang yang kita cintai di dunia ni ialah orang yang baik-baik, terutamanya Rasulullah, para sahabat, wali Allah dan orang yang soleh kerana peluang kita untuk bersama mereka ditempat yang baik [syurga] di akhirat kelak juga sangat cerah.

Malang sekali andai orang yang kita cintai di dunia ialah orang yang jahat, ahli maksiat dan para pendosa krana kita akan bersama mereka di tempat yang buruk di akhirat kelak. Naudzubillah.

Ya, alangkah baiknya jika kita bercinta dengan Allah. Kita akan diperhambakan olehNya. Kita akan buta kepada segala kesusahan untuk memenuhi kehendakNya. Biarlah cinta kita buta, asalkan cinta itu kepada yang Esa. Biarlah kita menjadi hamba kepada Allah Yang Maha Perkasa.

Dan alangkah baiknya selepas itu kita mencintai pula orang yang mencintai Allah. Kita akan cinta kepada kebaikan yang lebih baik. Apabila kita mencintai orang yang mencintai Allah, insyaAllah cinta yang kita serahkan kepadanya itu akan diserahkan kepada Allah. Lalu jadilah kita insan yan saling mencintai kerana Allah. Itulah cinta yang utama.

Petikan teks dari Ustaz Pahrol Mohammad Juoi, Majalah Gen-Q Isu 15 m/s 34

p/s : Ya, cinta. Aku ingin mencintaiMu, Ya Allah dengan setulus hatiku. Aku ingin menjadi hamba kepada cintaMu. Di setiap kesusahan yang ku tempuhi, aku ingin menjadi hamba yang paling dekat denganMu dan tidak melupakanMu diwaktu senang. Aku ingin bersamaMu sentiasa di waktu senang dan susahku. Aku tidak mahu melupakanMu, malah aku ingin sentiasa merindukanMu. Ya Allah, berilah kepadaku rahmatMu.

Sunday, December 23, 2012

[ edited ] Berkenalan Dengan Husnuzon.

Apa itu "Husnuzon" ??

Husnuzon itu dalam bahasa Arab, maksudnya dalam bahasa Melayu adalah bersangka baik. Tidak dinafikan dalam kehidupan seharian kita, kita sering tidak terlepas dalam berprasangka sama ada baik atau buruk. Kita boleh tanya dengan diri kita sendiri, selama ni kita lebih dalam berprasangka baik atau buruk?

Percaya atau tidak, rata-rata diantara kita lebih ramai yang suka berprasangka buruk. Saya beri satu situasi dimana kita lihat seorang remaja yang bajunya ala-ala rock, seluar jean yang koyak-koyak, rambut perang dan punk. Kita mungkin sangka dia seorang yang dah rosak serta jahat. Tetapi telahan kita mungkin salah apabila kita lihat dia membantu seorang makcik atau pakcik yang dah tua melintas jalan atau memberi makan kepada fakir miskin yang datang meminta sedekah.

Selain itu, saya ingin memberi satu lagi situasi dimana ada seorang GRO. Kita sangkakan memang dia murahan dan sebagainya, tetapi kita tidak tahu yang dia telah dijual oleh bapanya kepada bapa ayam sewaktu kecil.

 Buruk sangka merupakan salah satu pintu syaitan yang harus kita jauhi. Allah SWT berfirman,

“Dan jauhilah kebanyakan dari prasangka kerana sebagian prasangka itu adalah dosa” [Al-Hujurat : 12].

Haa inilah yang saya ingin kongsikan bahawa kita perlu selalu bersangka baik terhadap orang lain. Kita tidak tahu apa yang ada didalam hati seseorang ataupun kisah hidup seseorang.

Ini merupakan kata-kata daripada Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani untuk kita sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
 
Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

Bukan sahaja kita perlu bersangka baik terhadap sesama insan, tetapi kepada pencipta kita, Allah SWT, juga kita perlu sentiasa bersangka baik terhadapNya.

Bila kita ditimpa ujian kesusahan hidup atau musibah, percayalah Allah datangkan sesuatu dalam hidup ini mempunyai banyak hikmah yang tersembunyi. Ujian juga tanda kasih sayang Allah kepada kita semua. Ringan atau berat ujian itu, bergantung kepada kemampuan seseorang seperti dalam firman Allah SWT ;

  “Allah tidak menguji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (Surah al-Baqarah ayat 286)

Dan hadis Nabi SAW;

 Daripada Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebajikan, baginya ditimpakan penderitaan ke atasnya.”

 Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredaan Allah dan siapa yang tidak reda maka dia akan menerima kemurkaan Allah.” (Riwayat Tirmizi)

Ternyata di setiap ujian, ada kemanisan yang tersembunyi. Sebab itu kita perlu bersangka baik dengan Allah SWT. Bukan dengan memarahi serta mengeluh bila ujian datang seperti contoh demam, batuk dan selesema. Saya lihat ramai lagi yang marah serta mengeluarkan kata2 kesat bila tidak sihat. Sakit itu juga sebagai kafarah dosa kita. Allah dah ringankan beban kita untuk tanggung dosa2 dengan beri kita sakit, tapi ramai pula tak berterima kasih malah memarahi.

Tidak dinafikan kita perlu juga berwaspada dalam situasi keselamatan diri tetapi dengan cara itu tidak menghalalkan kita untuk sentiasa berprasangka buruk. Waspada berbeza maksudnya dengan berprasangka buruk. Jangan salah faham yer. :)

Mengenai pengalaman saya, saya pernah berprasangka buruk malah agak kerap masa saya jahil dulu. Sewaktu saya ada scoliosis dulu, saya selalu juga berkata "kenapalah saya yang kena sakit macam ni". Bila saya telah baca mengenai husnuzon dan memahaminya, saya istighfar dan menyesali apa yang telah saya katakan dulu. Alhamdulillah, hidup makin tenang dengan sentiasa bersangka baik. Percayalah, apa yang saya kongsikan ni saya tak nak ada orang yang mengulangi kesilapan yang pernah saya lakukan dulu dengan berburuk sangka dengan takdir atau apa2 je.

Bersangka baik itu lebih menenangkan.

"Mudah menasihati orang lain, namun sukarnya menasihati diri sendiri"

Seringkali apabila melakukan kesilapan, saya rasa macam nak ada sesuatu yang secara automatik akan menegur kesilapan yang saya lakukan.

Ya, kita sebagai manusia kadang-kadang alpa. Kita sendiri tidak sedar dengan kesilapan yang kita lakukan. Seperti contoh, kita macam rasa tak sabar bila beratur kat cashier orang ramai atau orang yang kerja kat cashier tu buat kerja lambat. Bila kita ada perasaan sabar tu, kita akan beratur dengan tenang dan tak merungut. Kita seringkali mendengar "Sabar itu sebahagian daripada iman", "Sabar itu sifat orang mukmin".

Mujahadah itu pahit, tapi ganjaran syurga itu manis.

Sementara hidup ini, bekerja keraslah dalam mengejar ganjaran yang sangat mahal iaitu syurga. Andai kita boleh bekerja keras sampai bersengkang mata untuk hidup mewah di dunia, apalah salahnya kita bekerja keras untuk dapatkan syurga kan? Tetapi haruslah kita melakukannya kerana Allah SWT.

Bagaimana hendak melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah?

Pertama,
Kerana kita cintakan Allah. Apabila dalam diri ada cinta pada Allah barulah kita dapat melakukan sesuatu keranaNya.

Kedua,
Kerana takutkan Allah.  Apabila dalam diri ada rasa takut kepadaNya barulah dapat melakukan sesuatu kerana Allah.

Takut dan cinta, ada 2 hal ini maka kita pun akan dapat melakukan sesuatu keranaNya.

Sebelum tidur atau ada masa yang saya bersendirian, sering kali saya audit serta muhasabah diri ternyata masih banyak yang saya melakukan kesilapan dan banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari kerana diri ini masih lagi jahil.

p/s : maaf, penulisan tidak seindah dulu mungkin diri ini banyak terpalit dengan kotoran dosa yang menghalang diriku untuk mendapat ilham. Tetapi ini yang inginku sampaikan. Semoga sahabat semua faham maksud post saya ni.

Monday, December 17, 2012

Kerja~







Alhamdulillah setakat ni dah empat hari saya mula bekerja di Parkson, 1Utama.

Lagipun ini adalah pengalaman pertama saya bekerja lagipun part time je. Di sana, saya bekerja di bahagian wanita erm faham2lah. Best jugak kerja kat sana sebab takde lelaki. Customer pun memang orang perempuan la kan.

Kerja ni agak mencabar jugak la sebab tak macam pakaian biasa. Kena ingat saiz, kod, cara lipat, cara susun dan banyak lagi. Nak kata tak penat tu tipulah kan. Tapi bila kita ada rasa kerja kerana Allah dan tanggungjawab terhadap keluarga insyaAllah kerja tu rasa seronok dan tak rasa penat pun. Kita nak cari rezeki biarlah ikhlas dan tak merungut dengan kerenah customer sebab kita nakkan keberkatan dalam rezeki yang kita cari dengan titik peluh sendiri ok itu tipu tempat kerja ada aircond so, takde peluh. :P

Oh kenapa saya kerja part time? Dah habis belajar ke? Ke tengah cuti semester?

Mm belum habis belajar lagi sebenarnya patutnya tengah praktikal sekarang ni. Disebabkan takde apa-apa information daripada pihak yang sepatutnya bertanggungjawab even saya sendiri dah pergi cari sendiri tapi tak de rezeki untuk praktikal buat masa ni, saya pun ambil keputusan untuk kerja part time. Daripada duduk rumah banyak benda kena fikir sampai kusut2 kepala, nah gi kerja lagi bagus tolong mak. :)

Tempat kerja sebenarnya sebelah je dengan mak. Bila time free2 takde customer, lepak2 ngan mak, kaco2 mak kerja. hehe.

Setakat ni banyak jugak la saya belajar. Dapat tengok kerenah2 manusia dan banyak lagi.

Tu sahaja nak kongsikan setakat ni. Maaflah dah lama tak post info2 yang bermanfaat buat masa ni. InsyaAllah, jika ada ilmu saya tak kedekut nak share. Pasti akan saya share, tapi semuanya dengan izin Allah. :)




Friday, December 14, 2012

Sambung Belajar Tak?




 Bicara soal masa hadapan aku sendiri tidak mengetahui apa nasibku pada waktu itu.

Apabila ada rakan-rakan yang bertanya "Sambung belajar tak, nanti?", aku sendiri tidak pasti pada saat itu.

Beberapa lama kemudian, aku telah berfikir secara matang mungkin jawapanku adalah TIDAK. Aku memikirkan banyak faktor. Antaranya ;

Pertama ; Hutang. Aku akan menanggung hutang yang banyak di usia yang sangat muda. Sekarang pun dah hampir rm50k hutangku. huhuhu.

Kedua ; Kewangan. Dugaan waktu belajar inilah dia. Aku tidak mahu apa yang telah aku lalui selama ini berulang kembali. Biarlah aku bekerja membantu keluargaku kerana aku bukan berasal dari keluarga yang kaya.

Ketiga ; Rasa tidak mampu. Aku tidak mampu untuk menjadi pelajar yang terbaik, mungkin.

Apa-apa pun, semuanya aku bergantung kepada Allah.

Whatever it is, I still love Medical field. Even though I am not a doctor in future. :)



Sunday, December 9, 2012

CINTA???

Sudah cukup sudah,
Cukup sampai di sini saja,
Dari terseksa cintaku kau balas dengan dusta..

Bila saat ini berbicara soal cinta, bagiku "sudah cukup sudah".
Aku silap dalam soal memberi cinta.
Aku sangka sudah matang dalam soal ini,
Ternyata aku masih belum.

Cinta yang sepatutnya aku simpan dan jaga untuk yang berhak,
Tapi aku telah memberinya sebelum menjadi yang halal untukku.
Ternyata memang silap besar.

Cinta yang sejati dan hakiki untuk Ilahi,
Masih belum sempurna,
Aku pula mengejar cinta yang tak pasti,
Terus disakiti hingga merasa terseksa jiwa dan raga.

Memang silapku kerana mudah percaya,
Aku sangkakan akan berkekalan,
Tetapi hanya separuh jalan.

Sudah cukup sudah untuk aku memberi cinta lagi,
Aku tak rela untuk disakiti,
Aku tak mahu menzalimi diri sendiri.



Akan aku baiki kembali hatiku ini,
Dari cebisan-cebisan yang hancur,
Menjadi hati yang baru tetapi mungkin tidak sempurna, (Maafkan aku wahai bakal suamiku kelak.)
Dan hati dan cinta yang baru akan ku simpan untuk yang berhak.

Buat masa ini,
Biarlah aku dengan kehidupanku,
Memperbaiki diri dan cinta kepada Ilahi,
Menghambakan diri kepada yang satu.

___________________________________________________

Mungkin apa yang terjadi mengandungi hikmah. Ya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Dengan ini saya ingin berpesan kepada kaum Adam;

1. Jangan rapat dengan perempuan dan mengambil berat terhadap dirinya andai bukan dia yang kau inginkan. Perempuan mudah jatuh hati dengan perlakuan sedemikian rupa.

2. Jangan berhubungan dengan seseorang perempuan kerana dicabar.

3. Jangan nak bercinta andai tak pandai nak setia.

4. Bimbing perempuan untuk dekat dengan agama bukan menjauhkannya.

5. Banyak lagi sebenarnya tapi faham2 la yer.

Pesanan untuk kaum Hawa pula ;

1. Jangan terlalu mudah percaya dan jatuh hati dengan lelaki yang rapat dan baik dengan kita.

2. Simpan je la hati dan cinta tu untuk mereka yang benar2 nakkan awak. Dia akan minta izin dengan wali awak sebelum mengambil hati awak.

3. Jangan mudah percaya dengan kata-kata manis daripada seorang lelaki. Sangat bahaya.

4. Hati-hati dalam memberi hati.

5. mm sama la mcm yang lelaki, sebenarnya banyak lagi. Yang penting kena bijak dan matang.

Saya tak kata atau menghukum dengan mengatakan semua lelaki sama. Saya tahu ada ramai lagi lelaki yang baik kat luar sana. Tetapi ini sekadar pesanan sajalah tak kira lelaki atau perempuan. Jangan kejar cinta manusia yang tak pasti dahulu, atau jangan bercinta andai belum bersedia. Kukuhkan cinta kepada Ilahi, baikilah diri sebelum jodoh sampai.

Itu sahaja pesanan dari saya, ambillah mana yang anda rasa baik. Kerana yang baik semuanya datang daripada Allah, yang buruk datangnya daripada saya yang lemah tak berdaya ini.

Sekian sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum wbt.



Thursday, December 6, 2012

Berpakaian labuh~

Assalamualaikum,



Aku melihat labuhnya tudung dan pakaian lambang keperibadian tinggi seorang muslimah,
Aku juga melihat labuhnya tudung dan pakaian lambang kecantikan seorang muslimah.

Diri ditutup rapi tanpa seinci pun aurat kelihatan yang bisa dilihat ajnabi,
Indahnya tertutup rapi tanpa menggugat iman dan nafsu lelaki.

Aku juga ingin melabuhkan tudung dan pakaianku,
Tetapi suasana dan persekitaranku tidak mengizinkan aku berbuat demikian.
Bukan alasan yang aku reka untuk tidak berbuat demikian.

Aku ingin sekali berada dalam persekitaran seperti sahabatku yang sudah mendirikan rumahtangga,
Persekitaran yang membolehkan berpakaian labuh.

Perlukah aku mengambil jurusan agama dan belajar di universiti bernamakan Islam dahulu untuk aku berpakaian sebegitu?
Aku berharap dapat berpakaian mengikut syariat kelak.
Doakan aku~

"Aku perlukan 'kompas' kepada 'peta' untuk selamat sampai ke destinasi terakhir."


p/s : aku tidak mengharapkan ustaz-ustaz untuk menjadi "kompas"ku kelak, cukuplah dia jejaka yang menjaga solat dan agama. 

Monday, December 3, 2012

Walimatul urus~

Assalamualaikum.

Alahai dah berhabuk bersawang dah blog ni lama sangat tak update. Alhamdulillah internet dah ada balik. :))

Hari ni saya nak kongsikan pengalaman pertama saya menghadiri walimatul urus kawan sekelas saya di MSU Shah Alam. Walimah dibuat dirumahnya di Ulu Tiram, Johor.

Apa yang saya nak kongsikan adalah tentang walimahnya yang mengikut syariat Islam. Subhanallah, ibu pengantin perempuan memakai purdah, begitu juga saudara mara dia, mereka memakai pakaian agama. Tetamu2 majlis juga tidak ada yang memakai pakaian menjolok mata, semuanya mengikut syariat.

Khemah untuk tetamu menjamu selera pula diasingkan, saya sebagai perempuan rasa sangat selesa untuk makan kerana tidak bercampur2 dengan lelaki. Ini adalah pengalaman saya menghadiri walimah seperti ini. :)

Saya rasa saya pun nak buat walimah macam ni jugak lah suatu hari nanti InsyaAllah. Harap-harap tidak ada tentangan daripada keluarga.






Sunday, November 4, 2012

Tautan Hati


Assalamualaikum sahabat,

Terlebih dahulu ingin ana memohon maaf kerana telah lama menyepi daripada blog ini. Apa khabar iman antunna? Diharap semuanya baik.

Ana ingin berkongsi dengan antunna tentang novel Tautan Hati karya Ustazah Fatimah Syarha yang baru sahaja ana habis baca tadi. Alhamdulillah.



Subhanallah, apa yang ana baca banyak yang member manfaat kepada ana.  Cukuplah ianya telah membuatkan hidup ana berseri kembali dengan sinar Islam.

Dalam cerita ada tarbiyah, dalam cerita banyak ilmu yang boleh digarap. Ana rasa bersyukur sangat kerana ana rasa semakin bersemangat untuk berdakwah.

Novel ini juga mengajar ana bagaimana hendak menjadi mawar agama yang ikhlas, berkasih sayang kerana Allah, mengukuhkan ukhuwwah dengan usrah dan banyak lagi.

Dalam novel ini juga ada mengajar supaya menjaga ikhtilat serta pandangan. Ada juga terselit kisah-kisah cinta yang boleh dijadikan pengajaran serta contoh.

Sungguh, ana ingin menjadi mawar agama yang harum mewangi seperti watak Asiah Yusra dan Elya Khadeeja.

Ana tahu, ana bukan berasal daripada keluarga yang kuat pegangan agama seperti ustaz/ustazah. Ana dalam usaha menjadi seorang yang lebih baik pada hari ini dan hari seterusnya.

Doakan ana agar terus istiqamah, sahabat. Semoga Allah merahmati antunna semua. 



Inginku punya ukhuwah yang kuat,
Yang cintakan Allah dan RasulNya.
Bersama hingga ke syurgaNya,
Dalam menuju jalan Allah.

Aku ingin menjadi mawar agama yang harum mewangi,
Tak lagi mendambakan cinta manusia yang tak pasti,
Aku cuma menagih cinta dan kasih Ilahi yang hakiki.

Wednesday, October 10, 2012

Kemanisan Iman yang hilang.

Kepada sahabat2,
Pilihlah orang yang mampu dekatkan dirimu pada Allah,
Segera tinggalkan mereka yang bokeh menjauh serta menghanyutkan kamu dalam lautan dunia ini.

Jagalah kemanisan iman,
Jangan biarkan rasa itu hilang,
Kerana bila rasa itu pergi,
Sukar untuk digapai kembali.

P/s aku masih dalam usaha mencari kemanisan iman itu kembali. Dan aku amat rindukan rasa itu. Bantulah aku mendapatkannya kembali. T.T

Tuesday, July 10, 2012

AKU CEMBURU

Assalamualaikum. Wah dah lama sangat saya tak update blog kan? Dah berhabuk blog ni. Bukan tak nak update, ada je entry yang nak saya update tapi nak huraikan apa yang dalam pemikiran saya ni dalam bentuk yang mudah difahami ramai tu macam susah sikit. :)

_______________________________________________________

Aku insan yang banyak melakukan dosa,
Ternyata aku telah menzalimi diri aku sendiri.

Jiwaku terseksa meronta-ronta,
Rohku sakit dan menderita.

Aku ingin menjadi seorang hambaNya yang taat.
Aku ingin menjadi seorang hambaNya yang sempurna.

Aku cemburu...

Aku cemburu melihat orang yang mampu berISTIQAMAH,
Aku cemburu melihat orang yang mampu berMUHAJADAH,
Aku cemburu melihat orang yang mantap imannya.

Ya Allah,
Sesungguhnya aku ingin menjadi seperti mereka yang beriman, taat akan perintahMu, mampu istiqamah dan bermuhajadah.

Ya Allah,
Kau telah jadikan aku sebaik-baik manusia.

Hanya sedikit yang aku pinta,
Ampuni daku dan golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit.

Saturday, May 5, 2012

Mengenal Islam Sebenar.

Assalamualaikum, setelah sekian lama tidak mengemaskini blog kini saya punya ruang dan masa untuk berkongsi sedikit daripada pandangan saya. Jika ada apa-apa yang salah, jangan malu jangan segan sila tegur saya. :)



Apa itu Islam? Dari kecil kita diajar untuk solat, mengaji, puasa dan lain-lain perkara lagi sebagai umat Islam. Tapi kita tidak tahu kenapa kita perlu melakukan perkara2 tersebut sebagai seorang Islam.

Dalam prospek di negara kita sendiri, percampuran antara budaya/adat dan agama menjadi salah satu punca kekeliruan dimana ada sesuatu adat yang biasa orang kita lakukan sebenarnya ada yang salah di sisi agama.

Selain itu, punca kekurangan ilmu dan persekitaran juga menjadi salah satu faktor kenapa ramai umat Islam negara ini ramai yang tidak mengamalkan perintah Allah itu sendiri. Kebanyakan orang sekarang menganggap dosa itu seperti tiada apa-apa. Sedangkan dosa kecil juga, Masya'Allah berat rasanya. Ya, saya juga manusia biasa. Manusia yang melakukan dosa., anggap sahaja ini nasihat bersama agar kita berubah menjadi hamba Allah yang disayangi.

Maksud Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya.


Islam sebagai “Ad-Dinn” mengajar dan menyuruh umatnya berpandangan jauh dengan mengambil kira kepentingan dunia dan akhirat secara seimbang dan seiring. Islam memberi perhatian kepada kepentingan jasmani sama diberi kepada kepentingan rohani, agama dan kemajuan di dunia dan akhirat.

Untuk memahami Islam lebih mendalam lagi dan meneroka keindahannya, perlulah kita semua membaca buku-buku agama, menghadiri kuliah-kuliah di masjid, menonton video di youtube merupakan salah satu alternatif juga dan membaca artikel-artikel mengenai Islam secara online.

Jangan sempitkan pandangan tentang Islam, luaskan pandangan dengan hati yang terbuka serta ikhlas. Insya'Allah, cahaya hidayah bakal menerangi hati.

Dengan ini saya mengakhiri post saya untuk hari ni, andai ada salah silap harap tegur. Saya tinggalkan anda dengan video ini, insya'Allah membantu. :)

http://www.youtube.com/watch?v=gUxJkeLiIo8&feature=youtu.be

Tuesday, March 27, 2012

Photography Zone : Kuala Lumpur~

Source : Handphone Samsung GT-S5560 + Photoscape
Camera megapixel : 5 megapixel
Location : Kuala Lumpur + Inside the LRT











Wednesday, March 14, 2012

Photography Zone : Flowers

No editing in this pictures except the words on it.
I am using my handphone camera ( Samsung GT-S5560)
Camera 5 mega pixel, mode Landscape.

Enjoy the pics.





Comment are needed. Thank you! :)

Wednesday, February 15, 2012

Dah 20 Tahun!

Alhamdulillah, rasa macam tak percaya dah berumur 20 tahun pada 14 Februari 2012.

Meninggalkan usia remaja, melangkah ke alam dewasa. Semakin berat amanah dalam hidup perlu ditanggung dan perlu menjalankan amanah dengan sebaik mungkin.

Semakin melonjaknya usia, semakin dekat dengan kematian. Tapi, bagi saya setiap hari itu adalah hari peningkatan usia juga yang semakin mendekatkan diri dengan kematian.

Bekalan amalan untuk di bawa ke akhirat masih belum cukup, perlu banyak pengamalan dalam ibadah lagi. Sukarnya untuk istiqamah, tapi akan saya gagahi juga melangkah untuk menjadi seorang mujahadah, seorang hambaNya yang diredhai.

Ramai rakan-rakan saya memberi ucapan dengan iringan doa.

Antara doa yang saya terima;


"Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
Aminnnnnnnn......."


Ada lagi ucapan yang mendoakan yang baik2, supaya iman bertambah, jadi seorang yang solehah, dan banyak lagi lah.

Apa-apa pun terima kasih atas ucapan dan doa2 dari sahabat-sahabat sekalian. Mudah2an doa kalian dimakbulkan oleh Allah SWT. Walaupun hari ni saya tak berapa nak ceria, terima kasih kerana doa dan ucapan kalian sedikit sebanyak menceriakan hari saya. :)



Saturday, February 4, 2012

Sanah Helwah Ya Rasulullah~

Rasulullah,
Lahirmu pada tanggal 12 Rabiulawal Tahun Gajah,
Menyinari dunia dengan cahaya kerasulanmu,
Ajaranmu menjadi ikutan semua umat Islam dulu, kini dan selamanya.


Ya Habiballah,
Sememangnya kau seorang yang sungguh mengagumkan,
Kekasih Allah yang disayangi oleh semua umatmu.


Ya Rasulullah,
Andai kau masih ada di dunia ini,
Aku ingin mengikuti perjuanganmu,
Aku ingin menjadi mujahidah di medan dakwah,
Dan syahidah di medan menegakkan agama Islam.

Mendalami sirahmu,
Buatkan aku semakin cintakanmu,
Semakin membuatkan aku untuk terus berjuang menegakkan agama melalui jalan dakwah,
Aku ingin menjadi penyambung tugasmu dimuka bumi ini.

Rasulullah,
Aku tahu aku seorang umatmu yang sering melakukan kesilapan,
Di sudut hatiku,
Kaulah yang aku cintai setelah Allah.

Aku ingin sekali berjumpa denganmu......
Tetapi aku rasa seperti tidak layak berjumpa denganmu,
Aku tahu,
Seburuk mana pun umatmu kau masih tetap sayangkan umatmu ini.

Besar sungguh cintamu kepada kami semua, umatmu;
Di saat nyawamu diambil,
Kau rela untuk menanggung sakitnya mati umat-umatmu,
Agar umat-umatmu tidak menanggung sakitnya mati itu.
Subhanallah~

Ketahuilah Ya Rasulullah,
Aku menulis ini dengan berlinang air mata,
Mengenangkan perjuanganmu dan jasamu.,
InsyaAllah aku akan terus menjadi umatmu yang akan kau bangga diakhirat kelak.
Moga aku menjadi salah seorang umatmu yang mendapat syafaatmu..

Sanah helwah dariku Ya Rasulullah~

Sahabatku,
Marilah bersama kita berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW,
Baginda sayangkan kita, umatnya;
Seringkali kita terlupakan baginda,
Sedangkan syafaat bagindalah yang kita perlukan di akhirat nanti.

"Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad wa'ala ali Sayyidina Muhammad.."

Semoga sunnahnya menjadi amalan kita semua,
InsyaAllah..



Saturday, January 28, 2012

Blogger Yang Menjadi Idolaku~

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menaip entri baru pada hari ini.

Setelah saya menjumpai blognya dan saya baca isi-isi di dalam blognya saya rasa kagum dengan blogger ini, dan saya jadikan beliau sebagai contoh dan saya pasti mencontohi beliau. InsyaAllah.

Beliau adalah Nurfarahin Ramli atau dikenali ramai sebagai Farah Lee, blog beliau adalah KunfayakuN.

Saya berasa mempunyai suatu semangat tatkala membaca blog beliau dan semakin banyak saya sedar. Bukanlah baru saya menjadi followers beliau, hari ini tergerak hati saya untuk berkongsikan cerita ini.

Setakat ini sahaja yang ingin saya kongsikan bersama, silalah berkunjung ke blog beliau. InsyaAllah segala ilmu yang berada di sana, sedikit sebanyak dapat membantu diri kita. :)

Berkecamuk~

Berkecamuk, buntu, keliru ....

Aku masih seorang hamba yang sangat lemah,

Status-status page Islamik di muka buku,

Membuatkan aku rasa sebegini,

Biarlah aku pendam sendiri,

Hanya mampu memohon agar diberikan petunjuk dari Illahi..

p/s --> jangan salah tafsir apa2 tentang entry saya ni yer. hanya Allah dan saya je yang tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran saya. sukar untuk saya menerangkannya.

Thursday, January 26, 2012

10 Sebab Kenapa Perlu Kahwin Muda~

✿✿..10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU KAWEN MUDA..✿✿


‘Kahwin muda’, satu topik yang sudah menjadi klise kepada mana-mana si teruna dan dara. Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

1 – Tuntutan Agama

Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?

KELEBIHAN NIKAH

saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
cium isteri ~ dapat PAHALA!
renung isteri ~ dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!
suami imamkan isteri ~ dapat PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
main kenyit-kenyit mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!
Allahurabbi..SERONOKNYA..

2 – Mengelak Daripada Zina

Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengan 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

3 – Menjadi Lebih Bertanggungjawab

Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekejra atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

4 – Menimbulkan Ketenangan Jiwa

Jika bertanya kepada mereka yang sudah bersiteri atau bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang karenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina.

5 – Fikiran Lebih Matang

Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

6 – Membaiki Diri

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah anda ada kelapangan masa.

7 – Plan Jangka Panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggunggjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.

8 – Seks Yang Lebih Berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat uur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

9 – Rezeki Bertambah

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana keperluan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang boleh ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelan anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan berpegang kepada rahmat-Nya.

10 – Jangan Tunggu Lama-lama

Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayangi dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. andai itu berlaku, gigit jari sajalah.

* * *
Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,

yang bersama anda di kala panas atau hujan, 
yang sudi melengkapi kekurangan anda, 
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda, 
yang akan melahirkan zuriat anda, 
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya..

Apa ditunggu lagi?




sumber--> kopipes dr fb

Tuesday, January 24, 2012

Saya dan Aurat (2)~~

Assalamualaikum..,

Alhamdulillah, hari ni saya berkesempatan untuk menaip entry baru. Seperti tajuk di atas, saya ingin menceritakan tentang saya dan aurat bahagian 2. Tapi ini lebih kepada cerita saya.

Seperti dalam entry "Kenapa Awak Bertudung?" dan "Kenapa Saya Berubah".., kali ini saya nak katakan di saat ramai gadis-gadis kat luar sana mengenakan tudung tapi tudung itu singkat, saya lebih selesa mengenakan tudung yang labuh dan menutupi bahagian yang sepatutnya walaupun mengenakan selendang.

Kenapa?

Kerana saya rasa sangat selamat, tidak ada mata-mata nakal memandang ke arah saya memerhati sesuatu yang sangat berharga dalam diri saya. Lagipun dalam al-Quran kata,

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…"
                                                                                                                  Surah An-Nur ayat 31



Saya tidak merasa panas atau tidak selesa mengenakan tudung/selendang yang labuh, malah saya sangat selesa. Benar, sangat selesa.

Jadi, saya ingin mengajak sahabat perempuan saya agar mengenakan tudung dengan mengikut apa yang dah diperintahkan. Saya juga masih sedang memperbaiki penutupan aurat saya dan saya amat sangat bertegas soal ini dengan diri saya. Walaupun ada salah seorang dari ahli keluarga saya menyuruh saya membuka tudung, tapi saya tetap ingin bertudung! Saya yang menanggung dosa sekiranya saya membuka tudung dan membiarkan bahagian aurat saya terlihat.

Akhir kata, jangan balut aurat tetapi tutuplah aurat.  =)


Sunday, January 22, 2012

Couple Yang Halal~

Assalamualaikum,

Maaf lama tak update blog disebabkan sedikit sibuk menghadapi minggu peperiksaan pertengahan semester. =)

__________________________________________________________________

‎'Couple' Yang Halal...

Indah kan kita bercinta?

Indah kan bila kita saling merindu?

Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?

Indah kan bila kita saling meluangkan masa?

Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).

Cinta tu fitrah,

Cinta tu indah.

Dan lagi indahnya cinta itu,

Bila 'i love you'

Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!

Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!

Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.

'Couple' lain semua bercinta

Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah

'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa

Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.

Seonok kan??

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).

Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal.

Indah kan?





Sumber --> page jom berdakwah di fb.

Wednesday, January 11, 2012

Doa~



Introduction