Friday, September 30, 2011

Perkahwinan Sumber Kekayaan~~


Assalamu’alaikum

Pernah kita terdengar orang tua-tua kata, kahwin nanti murah rezeki. Alasan itu juga kadang-kadang mereka gunakan untuk galakkan golongan muda berkahwin awal. Ada sebahagian dari kita pula ambil endah tak endah akan nasihat, mungkin dah lali telinga. Tertanya pula kita, dari sumber mana pula mereka boleh katakan sebegini? Mungkin dari pengalaman mereka memerhati keluarga sanak-saudara dan jiran tetangga sekeliling sepanjang umur mereka. Agaknya.

Namun sebenarnya sedar atau tidak, ini adalah apa yang Allah sampaikan kepada kita dalam al-Quran. Pada mereka yang membaca al-Quran hanya dalam bahasa Arab mungkin terlepas untuk sedar akan ayat ini. Mereka yang ingin tahu akan maksud pula akan baca juga terjemahan dalam bahasa ibunda, maka untunglah golongan ini.

Dalam surah An-Nur ayat ke 32 terjemahannya:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

And marry the unmarried among you and the righteous among your male slaves and female slaves. If they should be poor, Allah will enrich them from His bounty, and Allah is all-Encompassing and Knowing.

Dalam ayat diatas, Allah bukan sahaja menggalakkan golongan bujang ini berkahwin, malah Allah janjikan pula akan rezeki jika mereka ini miskin. Janji Allah, adakah kita tidak yakin?

Ya, mungkin masih ada yang bersikap was-was. Kita mana tahu apa yang akan berlaku masa hadapan. Mungkin lepas kita kahwin kita akan banyak komitmen, tanggungan isteri seperti makanan dan pakaian, tambahan pula perlu sediakan rumah, tidak lagi boleh berkongsi sewa dengan rakan. Pinjaman kereta sekarang pun sudah membebankan. Banyak yang kita fikir. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.

Bagus pada mereka yang meletakkan sepenuh hati dan keyakinan akan apa yang berlaku pada ketentuan Allah. Mereka ini kuat akan tawakkal mereka pada Allah. Sungguh hebat kuasa tawakkal ini.

Kajian dari Ohio State University

Tujuan artikel ini sebenarnya untuk menunjukkan bukti dari kajian bahawa apa yang Allah nyatakan dalam ayat ke 32 tadi adalah benar. Kajian ini dijalankan oleh saintis Amerika, Professor Jay Zagorsky dari Ohio State University di Columbus, US. Kajian keatas lebih 9000 orang seluruh Amerika dari 1985 hingga 2000 ini mendapati:

Kekayaan mereka yang berkahwin adalah 93% lagi banyak dari mereka yang kekal membujang.

Mereka yang bercerai setelah berkahwin telah berkurang harta kekayaan sebanyak 77%.

Mereka yang bujang dan terus membujang mempunyai kekayaan yang meningkat secara konsisten tetapi perlahan iaitu kurang $2000 dari mula kajian hingga ke $11000 selepas 15 tahun.

Mereka yang telah berkahwin dan kekal berkahwin (tanpa cerai) meningkat kekayaan secara mendadak dengan purata $43000 selepas 10 tahun.

Manakala mereka yang berkahwin dan kemudian bercerai menunjukkan trend kekayaan meningkat secara perlahan semasa kahwin dan kemudian merudum ke angka purata $3500 sebelum bercerai. Kemungkinan pasangan ini telah bercerai terlebih dahulu sebelum secara rasmi mendapat status cerai, ini dapat menerangkan kenapa kekayaan merudum sebelum akhirnya bercerai. Kekayaan kemudian meningkat kembali setelah bercerai tetapi setelah 10 tahun purata kekayaan hanyalah $10000.

Professor Jay Zagorsky akhirnya menyatakan dalam kajian tersebut bahawa beliau tidak pasti kenapa perkahwinan dapat membantu dalam membina harta kekayaan. Tetapi bagi kita orang Islam, kita hanya mampu tersenyum kerana itulah janji Allah, dan Allah telah buktikan.

Syukur Alhamdulillah kerana kita ini hidup sebagai orang Islam.



sumber

Thursday, September 29, 2011

Berapa Nilai Blog Anda?

Sedang saya ber 'blogwalking'..saya terjumpa website yang boleh menilai harga website anda seperti blog anda..

Saya pun try la tadi.. Nak tahu nilai blog saya? Mmm sikit jer..tak banyak.. Kejap yer saya letakkan pic untuk anda tengok..Blog saya ni tak femes..sbb tu sikit jer..

Kan saya dah cakap..sikit jer.. hehe.. Tapi boleh ke dapat duit tu? Hihi.. Bukan pe, nak wat simpanan sikit..heeeee...

Anda nak cuba jugak? Ok, saya bagi link yer.. Click ni -->harga blog anda...

Wednesday, September 28, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #2

for someone~~

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.



sumber


Tuesday, September 27, 2011

Hargailah (Part 1)~~

"Iman, tengok tu ada awek cun ar...lawa siot..." - puji Syakir kepada perempuan yang lalu dihadapannya itu..

"Weyh, kenapa dengan kau ni? Kau dah kira untung dapat si Zahra.. Kau tahu kan si dia seorang yang baik dan agamanya pun diredhai.. Cantik pun cantik..kira pakej dah.. Insya'Allah boleh membahagiakan hidup kau..apa lagi yang kau rasa tak cukup dalam diri dia??"

" Alaa kan aku baru jer berapa bulan kenal dengan dia.. Aku tahu dia baik, agama pun pandai.. Tapiii...." jawab Syakir kepada pertanyaan Iman..

" Tapi apanya?? Sedangkan Rasulullah sendiri pernah bersabda, antara keturunan, kecantikan, harta dan agama..Pilihlah yang beragama..Nescaya berbahagialah kamu.. Kau kena bersyukur kerana Allah dah mempertemukan Zahra dengan kau.. Sedarlah!! Kalau kau curang dengan dia, sakiti hati dia..kau akan menyesal satu hari nanti.."

"Yelah, yelah.. Aku cuba.. ", jawab Syakir..

"Kau renung2kan balik, dan aku nak kau bayangkan..Kalau kau dapat awek cun mana sekali pun, adakah dia sebaik Zahra? Tu jer aku nak cakap dengan kau..." pesan Iman kepada Syakir lalu meninggalkan Syakir keseorangan.

Zahra, walaupun seorang gadis biasa.. Akhlaknya cukup terpuji.. Auratnya dijaga rapi walaupun kelihatan berfesyen.. Berfesyen yang benar-benar menutupi aurat.. Melihat tudungnya menutupi dada, pakaian yang longgar, dan memakai stokin.. Benar-benar teliti Zahra menjaga auratnya.. Sedangkan gadis-gadis lain, menutupi aurat tetapi tidak lengkap.. Mungkin mereka tidak tahu bagaimana tutup aurat dengan cara yang betul..




Zahra juga turut menjaga akhlaknya serta dirinya dengan baik.. Walaupun dahulu Zahra seperti gadis-gadis biasa yang tidak menutup aurat.. Namun Allah telah memberi peringatan serta hidayahNya kepada Zahra.. Alhamdulillah..Zahra kelihatan manis dalam keadaan menutup aurat dengan rapi serta pandai memperhias akhlaknya..


to be continued~~~


Pernikahan Itu~





Pernikahan itu ibarat membina sebuah masjid..
Perlu dibina secantik mungkin..
Seteguh batu karang dilautan bila mana badai ombak datang, masih teguh berdiri tanpa sedikit kerosakan..

Apabila masjid sudah siap dibina,
Maka perlulah dalamannya dihiasi dengan nama-nama Allah dan Rasul..
Al-Quran dijadikan panduan..dibaca setiap hari..
Suasana mestilah dihiasi dengan suasana Islamik..

"Penghuni" masjid mestilah melakukan sesuatu hanya kerana Allah SWT,
Patuh serta tunduk sujud ke hadrat Illahi,
Membimbing jemaah masjid menuju JannahNya..

Selalu mengadakan aktiviti yang merapatkan hubungan sesama ahli masjid,
Mewujud serta menambah kasih sayang sesama ahli..
Hanya keranaNya..

Marilah jadikan masjid yang bakal dibina, dihiasi dengan hiasan indah agar kita dapat redhaNya..Malah bersama menuju ke JannahNya berpaksikan Al-Quran dan Hadis..

p/s --> ni semua saya reka sendiri.. walaupun tak berapa nak sastera sangat, tapi harap faham akan maksud yang ingin saya sampaikan.. terima kasih..



Sunday, September 25, 2011

Bukan Salah Saya

maaf atas gambar post sebentar tadi..

bukan salah saya.. saya cuma nak letak gambar orang tengah amik wuduk..ntah macam mana boleh kuar gambar tutttt..tuttt...

Ya Allah....jangan anda semua salah faham dengan saya yer...


Seistimewa Manakah Wuduk Itu?



Berwuduk merupakan syarat wajib untuk mendirikan solat yang disebut dengan mengambil wuduk atau dalam bahasa Melayu, mengambil air sembahyang.Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.
Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh kenapa mesti telinga. Banyak rahsia dalam kandungan wuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Apa keistimewaan air wuduk?
- Air wuduk dapat menyejukkan hujung-hujung urat saraf pusat, jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Wuduk dengan air sejuk, juga membantu merangsang dan mengefektifkan sistem kerja saraf. Rangsangan tadi, akan memberi kesan positif pada prestasi saraf pusat yang berada di otak. Tidak hairanlah jika selepas wuduk kita selalu merasakan suasana segar, yang tak dirasakan sebelum wuduk.
- Air wuduk dapat mengurangkan ketegangan jiwa, stress, mengurangkan rasa sedih, rasa khuatir dan rasa marah
Dengan keistimewaan inilah kenapa Rasulullah SAW selalu menganjurkan kita untuk segera berwuduk jika kita sedang marah dan beremosi.
- Air wuduk dapat melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh dengan baik
Ketika air mengalir pada anggota wuduk, maka secara automatik pembuluh darah bertindak-balas untuk bekerja lebih cepat mengalirkan darah ke seluruh tubuh sebagai untuk menormalkan suhu tubuh, kerana bertemu suhu panas dalam tubuh dengan air sejuk air wuduk. Samasa itu juga darah mengalir ke kawasan muka, kedua tangan dan tapak kaki dengan sangat lancar.
- Air wuduk dapat menyedut darah-darah kotor dan membuangnya keluar tubuh melalui bulu-bulu halus yang tumbuh di sekitar kulit.
Ketika aliran darah mengalir ke seluruh tubuh, termasuk pada bahagian kulit, maka kelenjar peluh langsung bekerja menyedut darah-darah kotor dan membuangnya keluar tubuh melalui bulu-bulu halus yang tumbuh dni sekitar kulit.Walau tidak nampak pada pandangan mata, mungkin inilah rahsianya kenapa kita disunahkan membasuh tiga kali pada setiap anggota wuduk. Kelihatan kulit sekitar wajah dan lain anggota wuduk nampak cantik dan putih berseri sehingga penuaan boleh dihindarkan.
- Air wuduk dapat menyegarkan berbagai organ yang ada di wajah dan menjadi cerah.
Berkumur juga akan menyegarkan. Membasuh wajah dan kedua tangan sampai siku, serta kedua kaki memberikan manfaat untuk menghilangkan debu-debu dan pelbagai bakteria, apalagi dengan membersihkan badan dari peluh dan kotoran lainnya yang keluar melalui kulit.

Alangkah ruginya mereka yang tak mau amik wuduk...

sumber


Thursday, September 22, 2011

Anak Yatim..

Entah mengapa hari ni tiba-tiba terfikir nak pergi melawat rumah anak yatim pada masa akan datang.. Oo mungkin disebabkan saya terfikir, kenapa community service tak beratkan ke arah rumah anak-anak yatim.. Kalau ada U-Community yang pergi rumah anak-anak yatim, memang confirm saya akan pergi...


Mungkin ramai yang tak tahu kelebihan-kelebihannya.. Mari saya ceritakan kelebihannya..


1. Allah juga menyebut dlm Al-Quran, Dia menjanjikan sepohon pokok di syurga bg tiap2 rambut yg disapu atau diusap di kepala anak yatim.


2. Suatu ketika, Rasulullah saw bertemu beberapa anak yatim yg sedang bermain dan Baginda mengusap kepala anak yatim berkenaan dan berkata, "Aku juga anak yatim, siapa yg mengasihi anak yatim bererti dia mengasihi diriku. Aku dan orang yg mengasuh anak yatim berada di syurga seperti ini (Rasulullah memberi isyarat jari telunjuk dan jari tengah yg direnggangkan sdkt antara kedua2 jari itu )," Hadis riwayat Bukhari.


3. Nabi Muhammad bersabda, maksudnya:" Rumah yg terbaik adalah rumah yg didalamnya terdapat ramai anak yatim yg dihormati dan diperlakukan dgn baik. Rumah yg terburuk adalah rumah yg di dalamnya terdapat anak yatim yg dizalimi dan diperlakukan dgn buruk."


ini adalah antara kelebihannya.. Betapa besarnya ganjaran kita dapat sekiranya melayani anak-anak yatim dengan baik.. Subahanallah... Marilah bersama-sama kita berbakti atau melayani mereka dengan baik..Insya'Allah..


Friday, September 16, 2011

Mari Belajar Quran ( Part 1)

Assalamualaikum ya sahabat..,


Ye, hari ini saya hendak berkongsikan ilmu yang saya pelajari bersama-sama.. Hari ini, kita belajar tajwid ( Waqaf )


Semoga kita dapat mengetahui lebih lanjut tentang waqaf yang ada di dalam Al-Quran justeru mempertingkatkan lagi kualiti bacaan kita kelak.. InsyaAllah..



Waqaf dari sudut bahasa ialah berhenti atau menahan manakala dari sudut istilah tajwid pula ialah menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan. Terdapat empat jenis waqaf:
  • Taamm (ﺗﺂﻡّ - wakaf sempurna) - apabila berhenti pada satu ayat yang putus, tidak berkaitan atau kena-mengena lagi dengan mana-mana kalimah atau perkataan sesudah ayat tersebut atau di hadapannya sama ada berkenaan lafaz atau makna.
  • Kaaf (ﻛﺎﻒ - wakaf memadai) - apabila berhenti pada satu ayat yang putus tidak ada kena-mengena dengan satu-satu kalimah atau perkataan sesudah ayat tersebut atau di hadapannya pada lafaz sahaja tetapi ada kena-mengena dalam maknanya.
  • Hasan (ﺣﺴﻦ - wakaf baik) - apabila berhenti pada satu ayat yang ada kena mengena dengan yang sesudah dan sebelumnya pada lafaz sahaja, dengan syarat yang diberhentikan itu telah memenuhi maknanya.
  • Qabiih (ﻗﺒﻴﺢ - wakaf buruk) - apabila berhenti pada satu-satu ayat tidak sempurna maknanya yang kadang-kala ayat itu ada berkaitan dengan ayat-ayat yang sebelum dan sesudahnya sama ada pada lafaz atau pada makna.


Tanda-tanda waqaf

  1. Tanda mim (  ) dikenali sebagai Waqaf Lazim. Adalah dikehendaki berhenti seketika apabila mim muncul. Jika tidak berhenti, kebarangkalian yang maknanya berubah.
  2. Tanda tho (  ) adalah tanda Waqaf Mutlaq dan haruslah berhenti seketika. Ia menunjukkan yang makna belum lagi dinyatakan sepenuhnya..
  3. Tanda jim (  ) adalah Waqaf Jaiz. Lebih elok berhenti seketika di sini walaupun tidak berhenti adalah dibenarkan.
  4. Tanda zha (  ) bermaksud lebih elok TIDAK berhenti.
  5. Tanda sod (  ) dikenali sebagai Waqaf Murakhkhas, menunjukkan yang tidak digalakkan berhenti walaupun berhenti dibenarkan. Perbezaan antara hukum tanda zha dan sod adalah kegunaannya, dalam kata lain, keinginan untuk berhenti adalah lebih pada tanda sod
  6. Tanda sad-lam-ya' ( ﺻﻠﮯ ) merupakan singkatan kepada "Al-wasl Awlaa" yang bermaksud "Sambung lebih elok". Pembaca haruslah meneruskan bacaan kerana itu lebih elok.
  7. Tanda qaf (  ) merupakan singkatan kepada "Qeela alayhil waqf" yang bermakna "telah dinyatakan yang berhenti harus dilakukan ke atasnya". Tidak perlu berhenti di sini.
  8. Tanda sod-lam ( ﺼﻞ ) merupakan singkatan kepadan "Qad yoosalu" yang membawa maksud "akan bersambung kadang-kala". Kadang-kala seseorang akan berhenti manakala ada yang tidak walaupun berhenti lebih diutamakan.
  9. Tanda perkataan Qif ( ﻗﻴﻒ ) bermaksud berhenti! Ia muncul pada tempat yang kebarangkalian pembaca akan meneruskan bacaan tanpa henti.
  10. Tanda sin ( س ) atau perkataan Saktah ( ﺳﮑﺘﻪ ) menandakan berhenti seketika tanpa mengambil nafas. Dalam kata lain, pembaca haruslah berhenti seketika tanpa mengambil nafas baru untuk meneruskan ayat.
  11. Tanda Waqfah ( ﻭﻗﻔﻪ ) serupa dengan Saktah tetapi bezanya ialah waqaf pada Waqjah lebih lama berbanding Saktah.
  12. Tanda Laa (  ) bermaksud "Jangan!". Tanda ini muncul kadang-kala pada penghujung mahupun pertengahan ayat. Jika ia muncul di pertengahan ayat, tidak dibenarkan berhenti dan jika berada di penghujung ayat, pembaca tersebut boleh berhenti atau tidak.
  13. Tanda kaf (  ) merupakan singkatan kepada "Kathaalik" yang bermaksud "serupa". Dalam kata lain, tanda yang sama sebelumnya digunakan di sini.
  14. Tanda bertitik tiga ( ... ...) yang dikenali Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian) atau Waqaf Ta'anuq (Terikat). Tanda ini kadang-kala diletakkan sekali huruf jim yang turut menjadi simbol bagi Mu'aanaqah ini. Ia akan muncul sebanyak dua kali di mana-mana saja dan cara membaca adalah Harus berhenti di salah satu tanda tersebut. Jika sudah berhenti pada tanda pertama, tidak perlu berhenti pada tanda kedua dan sebaliknya.

Alhamdulillah.., mudah-mudahan apa yang kita pelajari pada hari ini merupakan ilmu yang patut kita amalkan..Apalah ilmu jika tidak diamalkan.. Sekiranya ada kesilapan, mohon diperbetulkan.. :)

sumber --> wikipedia..


Pre-Registration for Semester 4

Semalam merupakan hari terakhir pre-registration untuk semester depan.. Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk semester 4 dah bulan November nanti..


Sebelum turun tingkat 4, saya dan kawan ( Iffah) naik office IMS (International Medical School) nak tengok apa subjek untuk kami nanti..


Sesampai je di sana, ada kertas untuk course kami.. Kami tengok lah subjeknya.. waahhhh...subjek yang best3..tapi agak tough ooo... Nak tau? Ni haa ce baca ce baca..


1. Clinical Biochemistry (semangat nak belajar ni)
2. Phlebotomy (best la subjek ni, pasal cara-cara cam mana nak amik darah, tak sabar nak blaja)
3. Medical Parasitology ( ni pasal pe ek? )
4. Alternative and Complementary Medicine (macam menarik)
5. Immunohaematology I (alahai....cmne la agaknya subjek ni kn? )
6. English for Science ( =_= )  <-- sangat tak suka subjek english...


Fuhh masa turun tingkat 4, ramai betul student nak pre-reg.. Beratur panjang oo.. Tapi disebabkan sambil-sambil tunggu tu duduk bersembang dengan best friends..citer pasal filem Hantu Bonceng..hehehe...Sedar tak sedar dah sampai pintu masuk untuk pre-reg.. Alhamdulillah, dah selesai pun pre-registration kami..


Apa-apa pun harapan saya pada Semester 4 ni nanti jangan jadi macam Semester 3 ni , kelas macam biskut..kejap ada kejap tak ada..


Rebut Keistimewaan Jumaat





SETIAP minggu kita bertemu hari Jumaat. Hari yang sepatutnya dinanti-nantikan setiap umat Islam agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
Hari Jumaat melambangkan keutuhan dan kesepaduan umat Islam. Seluruh umat berhimpun di rumah Allah bagi meraih keredaan dan kerahmatan-Nya.

Sesungguhnya kemuliaan hari Jumaat yang juga digelar ‘Saiyyidul ayyam’ terpahat dalam banyak hadis Rasulullah. Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat”. (Hadis riwayat Muslim) Pada hari Jumaat juga perlu melakukan banyak kebajikan dan berdoa. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Pada hari itu (hari Jumaat) tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim) Rasulullah menyatakan bahawa antara waktu yang mustajab doa adalah ketika imam duduk di antara dua khutbah. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud) Setiap individu Muslim dianjurkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.
Amalan membaca surah al-Kahfi menyelamatkan daripada fitnah Dajal. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, akan terpelihara daripada fitnah Dajal.” (Hadis riwayat Ahmad) Kita dikehendaki bersegera menghadirkan diri ke masjid untuk bersolat. Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu’ah ayat 9) Namun, selepas selesai solat Jumaat, umat Islam digalakkan untuk meneruskan aktiviti dan urusan mereka kembali. Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah al-Jumu’ah ayat 10) Begitulah keindahan Islam yang diatur dengan sebaik-baiknya mengikut aturan Allah.
Perkara itu dapat difahami menerusi maksud sabda Rasulullah: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan al-Hakim) Walaupun besar ganjaran yang dihamparkan Allah kepada kita pada hari Jumaat, ramai masih alpa beberapa perkara. Terdapat individu Muslim yang sanggup meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan. Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Barang siapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik.” (Hadis riwayat Baihaqi) Namun, bagi mereka yang hadir solat Jumaat, pastikan anda menjaga tertib, antaranya berbual ketika khatib membaca khutbah.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Jika kamu berkata-kata kepada teman kamu (dengan perkataan) ‘diam’ sementara imam sedang berkhutbah, maka kamu melakukan laghw (perkara sia-sia).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Mendengar khutbah Jumaat dengan teliti serta mengambil peringatan daripadanya ialah sesuatu yang dituntut. Firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raf, ayat 204) Hal berkenaan bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya ini adalah umat kamu, umat yang satu. Dan Aku (Allah) adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku (Allah).” (Surah al-Mu’minun ayat 52)
Source: Harian Metro



Wednesday, September 14, 2011

Remaja Eropah vs Remaja Malaysia

Di Eropah, pemuda pemudi di sana berlumba-lumba memeluk Islam setiap tahun dan mengenal Islam lebih mendalam malah mereka sangat berbangga dengan agama Islam ini.. Hal ini sangat berbeza di benua yang telah Islam.. Malaysia khususnya, ramai di kalangan pemuda pemudinya berlumba-lumba beramal dengan budaya barat..


Masya'Allah.. Bagaimana yang kita dapat lihat perbezaan dalam menghayati agama Islam itu sendiri.. Orang Eropah yang bukan Islam, memeluk Islam dan bangga dengan agama ini.. Kenapa mereka yang lahir-lahir sudah Islam tapi tidak mahu berbangga dengannya dan kenapa tidak mahu menghayati keindahan Islam itu sendiri?


Sedih...sedih memikirkan nasib mereka.. Janganlah menyalahkan ibu bapa kerana kurang memberi perhatian pada mereka.. Ibu bapa mencari rezeki, kita sebagai anaklah yang seharusnya pandai menggunakan akal fikiran serta hati.. Mungkin kadang kala ada salah ibu bapa itu sendiri, kerana kurang menerapkan ilmu agama atau penghayatan Islam dalam keluarga serta jiwa.. Maaf kerana berkata begini yer..


Saya terbaca di sebuah laman web semalam, cerita tersebut mengenai seorang remaja Amerika yang berketurunan yahudi-kristen memeluk agama Islam sejak 15 tahun.. Dia pada merasakan ada yang tidak kena dengan agama yang dianutinya sebelum ini..


Ketika dia belajar tentang Islam dia berkata " Ini dia. Inilah agama itu"..Malah dia tidak takut dengan ancaman yang bakal menimpanya..dia tidak segan untuk solat di depan Starbucks..


Untuk cerita lebih lanjut sila buka link ini

Jadi, saya ingin menyeru sahabat-sahabat serta diri saya sendiri juga agar hayatilah Islam itu sendiri.. Anda pasti berasa tenang.. Insyaallah..



Monday, September 12, 2011

Komen tentang drama Islamik..

Yer, di laman muka buku tengah hangat membahaskan mengenai drama-drama atau filem yang seolah-olah mempersendakan agama Islam..


Pada pendapat saya, saya ambil side positive.. Mungkin pengarahnya hendak berdakwah, tapi berkemungkinan caranya tidak sesuai.. 


Komen saya, rasanya pengarah serta penulis skrip perlu mengkaji semula jalan cerita malah kalau boleh hendaklah disemak oleh ulama-ulama di mana nanti akan ada perubahan yang diperbetulkan agar menepati konsep Islamik atau dakwah yang hendak dipertontonkan.. Selain itu, pengarah serta penulis skrip perlu belajar bagaimana orang dari seberang membuat drama atau filem yang berkonsepkan Islamik ini yang betul-betul bertepatan..


Kejayaan filem Ketika Cinta Bertasbih, perlu jadi contoh serta ikutan.. Yang penting, mendalami ilmu agama terlebih dahulu jika niat kita hendak berdakwah.. 


Saya tak kata saya dah cukup bagus, tetapi ini adalah sekadar pendapat.. Kalau boleh renung-renungkan lah.. Dan kalau boleh, masyarakat janganlah hanya tahu menghukum serta beri komen negative..apalah salahnya sekiranya kita beri pendapat yang membina.. 







Sunday, September 11, 2011

HAMBAMU


Lagu yang penuh makna.. I love this song.. ^_^



Saturday, September 10, 2011

Redha

Redha,
Hati ini redha kerana ....


kalau Allah sudah takdirkan SESUATU itu untuk kita, walau seluruh isi ALAM ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita TETAP akan DAPAT jua. Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, walau seluruh isi alam ini MEMBANTU kita untuk mendapatkannya, tetap kita TIDAK AKAN DAPAT..


Kita perlu ikhlas dengan ujian serta ketentuanNya..bersabarlah dalam menempuh ujian ini..


‎"TULISKAN rancanganmu dengan pensil kemudian serahkan pemadamnya kepada Allah SWT. Izinkan Allah memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu dan menggantikannya dengan rancangan yang lebih baik. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Yang lebih baik untuk kita, mungkin bukan seperti yang manusia sangka. Selalu ada hikmah di sebalik rancangan yang Allah siapkan khas untuk kita, hambaNya yang beriman."

"Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik.."

Peringatan hati, 


Jangan mendahului-Nya dgn menetapkan seseorg itu adalah jodohmu,sebelum ijab kabul dia bukan siapa2 bagimu blm halal utkmu.

Andai dialah jodohmu yg tertulis di Lauh Mahfuzh,Allah pasti akan menanamkn rasa kasih dlm hatimu & hatinya,itu Janji Allah.

Akan tetapi,selagi kalian tdk diikat oleh ikatan yg Halal,slama itu jgn mubazirkan perasaanmu.Juga jangan melampaui batas yg telah Allah tetapkan...



Ya ALLAH,
hanya kau yang tahu apa yang aku rasa saat ini..
Aku tidak jemu berdoa kepadamu meminta petunjuk..
Andai rasa kasih ini dapat menenangkan jiwa kau berkatilah ia,
Andai rasa rindu ini yg kau kehendaki,
kau teruskanlah titip rasa rindu itu dalam hati ini,
akan setia menunggu andai itu yang tertulis
.

Namun, seringkali aku BERDOA agar namamu lah yang tertulis di Luh Mahfuz untukku~~
.....akan setia menunggu andai itu yang tertulis

Thursday, September 8, 2011

Berapa Hantaran Anda?

Hari ni saya nak cerita pasal hantaran..orang sekarang lebih memandang ke arah kelulusan.. Dah alang-alang minggu ni orang dok cerita pasai kawen ja, saya pun nak la kongsi dengan hangpa semua..Saya pun tak pasti awatnya mereka dok cerita pasai kawen ja minggu ni.. Dan yang paling pelik apasal saya dok cakap utara pulak ni? ahaha


Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran diSeluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000

SPM : RM3,000-RM8,000

STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000

DEGREE : RM12,000-RM15,000


2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000

PHD : RM20,000-RM30,000


ni la post yang tengah hangat kat fb sekarang ni..  Nilai di atas, kadang-kadang tak tepat juga..Kadang-kadang ada yang mintak lebih.. Saya tak pasti kenapa mereka mintak lebih-lebih sedangkan nanti kemungkinan pihak lelaki akan membuat pinjaman peribadi semata-mata nak berkahwin..


Come on.. Takkan kamu semua lepas kahwin then tiap-tiap bulan dok pikir jer hutang majlis kahwin nak bayar kat bank..Bahagia ke bila asik dok pikir dan cakap pasal hutang kahwin? Bimbang nanti ada kes ungkit mengungkit.. Macam mana nak bahagiakan?

Sedangkan Islam itu mudah, wahai sahabatku sayang..kenapa memilih jalan sukar? Malu dengan masyarakat? Takut orang dok mengata? Memfitnah ke? Tak perlulah risau semua tu, rahsiakanlah hantaran atau mas kahwin anda.. Islam telah memudahkan jalan pernikahan, namun kerana adat budaya kat negara ni yang menjadikan pernikahan itu sukar.. 



Ada seorang sahabat baik  bertanya kepada saya, dan saya memberikan jawapan.. (click pic tu utk bagi besar dan jelas)


Pendapat ustaz pula,


Pendapat saya, saya lebih memandang ke arah kesan yang akan datang.. Tidak mengapalah sekiranya diberi mas kawin yang rendah..asalkan kehidupan nanti InsyaAllah bahagia..
Saya jenis yang mengikut kemampuan pihak lelaki itu sendiri, saya tidak mahu membebankan bakal suami saya.. 

Ustaz cakap lagi,

So, kepada kaum hawa..apa pendapat kalian? Adakah anda bersependapat dengan saya? Berapa hantaran anda? 


Wednesday, September 7, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #1



Tak Sihat~

Hari ni saya tak sihat... Tiba-tiba jer sakit leher , sakit bahu , dan susah nak bernafas.. Bila bernafas , automatik leher sakit... 


Kenapa yer? Sakit sangat ni.. sampai kepala pun dah naik sakit..

Doakan supaya tak ada apa-apa yang bahaya yer.. ( mood risau ni )


Andai kita memang dijodohkan ..
Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dalam pernikahan ..
Namun andai memang kita tidakdijodohkan apa pun usaha pastikan tiada hasilnya..

Ya Allah ,
Ajarkan aku mencintai dengan sederhana..
Ajarkan aku agar lebih pandai memendam cinta..
Ajarkan aku untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu
Ya Allah,
jagalah aku dari dosa dunia..
Jagalah dia dari dosa cinta..
Aku mencintainya kerana Mu
Aku akan rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki..




Tuesday, September 6, 2011

Untuk masa akan datang --> Saya nak jadi isteri solehah.. ^_^


Berikut adalah ciri-ciri isteri solehah..saya nk jadi cam ni bila dah kahwin nanti.. >_<

* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

peringatan untuk kaum adam -->  Jangan pernah memberi harapan / masuk ke kehidupan wanita jika kalian tidak berniat untuk mengkhitbahnya.



kopipes dari

Ada Hikmahnya...

Kebanyakan orang selalu merungut tentang kesulitan atau ujian hidup yang dihadapi.. Tapi jarang yang sedar bahawa Allah memberikan kesulitan sebelum memberi kesenangan atau kebahagiaan.. Sebenarnya itu adalah nikmat yang Allah beri pada kita.. Berapa ramai yang ucap "Alhamdulillah" apabila ada ujian datang? Tak ramai.. Saya juga manusia biasa pernah juga merungut..namun saya sedar, bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya..


Allah Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk untuk kita.. Ujian hidup ni, Allah takkan beri ujian melebihi kemampuan hambaNya..setiap ujian yang kita terima tu, Allah tahu kita mampu hadapinya.. Dan Allah nak kita lebih dekat denganNya.. Kadang-kadang kita sebagai manusia mudah leka..Allah datangkan ujian supaya kita ingat padaNya..


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.” (al-Ankabut, ayat 2-3)


(Apabila seseorang bertanya kepada saidina Ali (as), "Bagaimanakah kita tahu bahawa masalah yang datang kepada kita adalah hukuman atau ujian?"

Saidina Ali (as) menjawab, "hukuman akan membawa kita jauh dari Allah manakala ujian akan membawa kita kepada Allah.")





Apa yang perlu kita lakukan, sentiasalah ingat pada Allah..Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Allah sayangkan hamba-hambaNya, kita sebagai hambaNya perlu lah sentiasa ingat pada Yang Esa.. Sentiasa beristiqamah dan bertawakkal kepadaNya..

INGAT BAHAWA SETIAP APA YANG BERLAKU ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA..









BELAJAR BAHASA..

Nak cakap pasal bahasa baru, dulu saya tau banyak bahasa macam Filipina, Japan, Hindi dan Mexico..dulu jer..sekarang banyak lupa..sebab dulu masa sekolah suka tengok cerita luar..


Saya minat belajar bahasa.. Ada 2 bahasa yang paling saya minat nak belajar, pertama bahasa Perancis dan kedua bahasa Mandarin..


First, saya minat belajar French ni sejak form 2.. Ada satu novel ni, saya baca dia selitkan French yang banyak jugak..sejak dari situ, saya berminat untuk belajar lebih banyak lagi words.. French ni perkataan lain, sebutannya lain..tapi lagi senang ler.. Dulu banyak perkataan yang saya belajar, sekarang banyak dah lupa..

Saya minat belajar mandarin pulak masa saya form 3.. Tapi belajarnya agak susah la..sebab sebutan kena betul..kalau salah sebut, nanti maksud jadi lain.. Memang terbelit-belit lidah nak sebutnye.. 



Kedua-dua bahasa ni, saya belajar sendiri..pandai2 lah cari alternative..kat internetkan banyak free course..just sign up jer le.. Walaupun tersangat simple apa yg dia ajar tu..jadi ler..asalkan ada jugak perkataan yang kita tau.. Kalau mandarin tu kadang-kadang tanya kawan..hehe.. 


Sekarang ni pulak saya tengah belajar bahasa Korea..hehehe.. Ni bukan disebabkan K-Pop okey.. Ni disebabkan saya gatai pegi tengok cerita boys over flower lagi sekali.. Seronok pulak tengok dorang cakap..rasa macam nak cakap bahasa dorang sekali.. Korea ni pun susah jugak..sebab ada gaya bahasa yang banyak..  Masa dulu masuk tae kwan do, tau nombor je la dalam bahasa korea.. dari nombor 1-10 jer.. :P


Lepas ni nak belajar lebih banyak bahasa Al-Quran pulak.. ^_^






MARI BELAJAR BAHASA BARU..

Cerita Pasal Perkahwinan~

Sejak kebelakangan ni, banyak orang post pasal perkahwinan kat facebook.. Apa yang mereka post tu macam penerangan sebenar perkahwinan, hukum2 dan tanggungjawab.. 


Bagus juga, sebab berguna untuk masa akan datang.. :-)


Nak tak saya letakkan kat sini? Mesti nak tau jugak kan? hehehe.. Ok, saya letak yer..

Saad bin Abi Waqas r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk makanan isteri kamu (perbelajaan rumahtangga) akan diberi pahala juga oleh Allah.” (H.R. Bukhari)

Huraian,

Perkahwinan dalam Islam bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan biologi terhadap satu sama lain, malah satu daripada tanda kekuasaan dan kebesaran Allah Yang Maha Esa (ar-Rum, ayat 21). Iaitu kekuasaan-Nya menyatukan dua makhluk yang berlainan jantina serta mempertautkan hati kedua-duanya dengan ikatan kasih mesra. Maka, suami yang baik ialah yang menyayangi serta melindungi isterinya dari perkara berbahaya atau memudaratkannya. Suami ialah ketua keluarga yang bertanggungjawab memastikan isterinya memperoleh keperluan hidup seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian yang secukupnya. Suami juga hendaklah membimbingnya agar selamat daripada api neraka. Firman Allah bermaksud: "Kaum lelaki itu ialah pemimpin dan pengawal yang bertanggunjawab terhadap kaum perempuan, oleh sebab Allah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain, dan juga kerana orang lelaki telah memberi nafkah daripada harta mereka..." (an-Nisa: 34)



Ada banyak lagi, tapi itu nanti2 lah saya update..hehe.. Oh by the way, ada gempa ek? Mm pukul 1 pagi tadi saya dah tidur..kalau belum tidur kemungkinan saya boleh rasa gegaran tu..selalunya kalau ada gempa kat negara jiran, kat umah saya ni boleh rasa gegarannya..boleh tahan kuat juga la..dah banyak kali rasa gegaran kat umah ni.. Pernah sekali tu, sampai macam blok ni kena tiup angin.. Haa sudah..lari topik pulak saya ni.. Ok lah, nanti kalau ada apa-apa yang saya nak cerita lagi, saya update yer.. 


Terima kasih kerana sudi membaca.. Selalu-selalu la jenguk blog saya ni.. ^_^

Monday, September 5, 2011

I LOVE ISLAM MORE!

Islam itu indah.. Islam itu mudah namun jangan dipermudahkan Islam..


Apa yang telah saya baca dan saya pelajari tentang Islam lebih banyak lagi, saya rasa cinta akan Islam ini makin mendalam..


Terasa seperti muallaf pula.. Sedangkan para muallaf mungkin ilmunya lebih banyak lagi dari diri ini walaupun mereka baru sahaja memeluk Islam.. Malunya saya...


Wahai sahabat-sahabat, pelajarilah serta carilah ilmu agama.. Ini sangat penting akan kehidupan kita di sana nanti.. 

”Dari Abu Dzar, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda:

”Wahai Abu Dzar. Hendaklah engkau pergi, lalu engkau mempelajari satu ayat dari kitab Allah, lebih baik bagimu daripada kamu shalat 100 rakaat. Dan hendaklah engkau pergi, lalu engkau mempelajari suatu bab ilmu yang dapat diamalkan ataupun belum dapat diamalkan, adalah lebih baik daripada kamu shalat 1.000 rakaat.”

(HR Ibnu Majah dengan sanad hasan)


"Apabila kamu ditegur tentang kebaikan oleh rakan sebayamu, anggaplah mereka ini kasihkan kamu, bukannya tunjuk baik. Apabila kau ditegur oleh orang muda dari kamu, anggaplah itu kata-kata orang yang masih sedikit dosanya berbanding kamu. Apabila kau ditegur oleh orang yang lebih tua dari kamu, anggaplah mereka ini telah banyak beramal daripada kamu."



Namun bukanlah saya terlalu pandai sedangkan ilmu saya masih sedikit.. Oleh itu, saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian.. Hayatilah Islam itu.. Kerana jika betul-betul kita hayati Islam itu, kita berasa sangat tenang.. Percayalah.. Marilah bersama menuju ke JannahNya.. 







Sunday, September 4, 2011

Are You Challenging Me?

Urghhh I can't see my group members post at fb... They are just like challenging me and I am freaking jealous with them!


You know what? They post about want to book a drive test for peugeot and mazda car, you know... They are near to achieve their dream.. They almost be a young successful man/woman in this field... 


I feel challenged!! 


After this, I will work harder and show you the result..and I can beat you my group members!!! 





 I WILL PROVE IT!!

Introduction