Thursday, February 24, 2011

Presentations...

Yeah, today got biochemistry presentation.. The presentations are poster and model..

My friends and I was shocked when our presentation was judged by other lecturers.. Wow.., nervous..

Actually, I am not prepared for the presentation..that's why I was the person who talk a little on poster presentation only..but for model presentation I talked a lot.. ^_^

Btw, overall our presentation was good because our model nice..(cz many people say so)...

Ok, gtg now.. will be updated after final maybe..

GOOD LUCK MY MSU FRIENDS ON YOUR FINAL..TOGETHER WE STUDY AND ANSWER WELL ON THE FINAL..CHAIYOK! CHAIYOK!

Monday, February 21, 2011

Plan after final...

While "lepaking" at level 10.., my friend ask me whether I wanna follow her to Negeri Sembilan or not..
And I asked for what? She said accompany her to her brother house.. Then, the 3 days there we gonna have a lot of activities such as going to the waterfall, lake, etc... 

It sounds interesting..and I really-really want to follow her..

Besides, I need a vacation too..hehe.. love it..

Hope it will be a reality...

Thursday, February 17, 2011


Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki
Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri
Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu 'tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti
Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Lagu : Sofea Jane
Penyanyi : Black..

Tuesday, February 15, 2011

Feel special...

Yesterday was my birthday.. In the morning itself, I forgot about my birthday for a while.. After getting bus ticket  and look at the date.. Then, oh yeah today is my birthday..

At first, nobody remember this.. Yeah I know I am not special.. Nobody remember my birthday.. But it's okay, this is not important toO to remember,, they have a lot of things to remember.. Then, after talking about February, one of my friends asked me.. "Kila, birthday kamu bila? Bulan ni kan? Bila ek?".., I replied " Mmm ntah..agak-agak?".., "Esok ek? Ke 17hb?".., "Sebenarnya ongoing".., Then, she said to other friends " Weyh korang hari ni birthday kila la".. Others wishes me.. Thank you a BILLION.. Actually I'm not hoping that everyone wishes me..

But what I want to tell you is my friends yesterday make me feel special.. They treat me a lunch and give me a gifts.. Actually I feel awkward and not used being treated like this.. Well, never being treated like them treat me yesterday..

THANKS A TRILLION and I'll remember this forever..





p/s--> actually i'm waiting for somebody to wish me... I'll be glad if somebody wish me..

Monday, February 14, 2011

Mamat Lawak Kering..

First jumpe video mamat ni kat FB salah seorang rakan..

First tengok video pasal mercun bola bukan bola.. ni video dia kalo nak tengok.. Memang gelak terbahak-bahak..

Lepas tu, beralih pulak ke video seterusnya,seterusnya dan seterusnya sampai habis..

Dia ada buat pasal ucapan selamat hari ibu kat dia..memang comel sangat..so sweet..Dan ada pulak video dia dengan adik dia..video tu pasal macam mana nak habiskan cuti sekolah bersama adik..dia dengan adik dia pun memang sempoi dan tersangat-sangat comel!!!

Apa-apa pun, kalau dia masuk raja lawak..confirm dia juara..memang sangat3x kelakar..tapi ada sikit jer video dia..kalau banyak best jugak..hehe..

Dia sangat comel dan kelakar..!! Sori lar tak letak videonya kat sini, niat memang nak letak tapi tak reti..hik3..

Sunday, February 13, 2011

To-Do-List..

Uwaaaaa.......

Final is just around the corner and I have another 2 weeks to study while complete all my task..

I have a lot of work to do.. And I always keep on facebuku-ing..

This is the list ;

1. Lab reportssssss... (so many s means lab reports have a lot to be done)
2. Presentationss...
3. Assignmentss...
4. Poster..
5. Model..
6. Flyer..

So many works right?? -sigh-

Alright.., need to go now..to complete all my task.. I don't want to do last minute work or last minute study for FINAL..hohoho..

To all my friends, Happy Study and Happy Working.. ^_^

Friday, February 11, 2011

Salahkah Bercinta??

Sumber --> Ketulusan Cinta Hati


Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia Ingin cinta dan dicintai adalah naluri setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya. Jika salah, masakan Tuhan mengurniakan rasa cinta? Allah Maha Mengetahui. Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakan-Nya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuaan.

Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Justeru, DIA juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan Inilah yang kerap dilanggar oleh manusia, khusus para remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya "cinta terlarang" - yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari Allah.

Ketika itu fitrah akan bertukar menjadi fitnah. Bila kehendak tabi'e tidak disalurkan atau disi mengikut peraturan Allah, Maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Jadi janganlah kita hanya mengakui cinta itu dari Allah, tetapi akuilah juga adaNYA peraturan cinta yang juga datang dari Allah.

Tuesday, February 8, 2011

Tak Ok.....

Hari ni ternyata hari yang saya rasa paling penat dan sakit-sakit kaki dan tangan....

Sudah hampir 3 bulan berulang alik, baru sekarang terasa sakit kaki..jalan pergi kedai tadi pun tak larat sangat, lutut sakit...uwaaa......

Tangan sakit tadi sebab nak turun bas terkehel...sakit woo..

Kenapa tak duduk rumah sewa??

Rumah sewa deposit sangat mahal dan sewa bulanan juga mahal..macam menghentam pelajar jugaklah..
Lainlah kalau orang dah kerja, boleh la bayar sewa mahal camtu..daripada sewa, bayar sewa bulanan tu dah boleh bayar loan rumah kat bank(utk rumah kos rendah la)..

Sungguh..,rasa macam dah putus asa jer nak ulang alik,tak larat.... uwaaaa..... T_T

Sunday, February 6, 2011

Kenapalah mereka .....

Mengulas apa yang ditulis dalam akhbar hari ni, saya rasa sangat sedih...

Mereka adalah graduan lepasan universiti, tetapi akibat persaingan dalam mendapatkan pekerjaan serta mengejar wang yang banyak mereka sanggup menjual diri mereka.. Lebih menyayatkan hati, mereka adalah orang Islam..

Situasi pada masa ini adalah persaingan untuk mendapatkan pekerjaan.. Persaingan adalah sangat tinggi kerana banyak kerja-kerja diisi oleh warga asing.. Almaklumlah, warga asing boleh bayar gaji sikit.. Sekarang pun ada agensi yang menawarkan khidmat untuk mengambil pekerja asing.. Saya rasa itu tak patut.. Warga Malaysia ni nak kerja apa? Barang-barang pun dah naik harga.. Gaji rm1000 sebulan mana nak cukup bagi orang yang dah berkeluarga..Nak bayar bil, bayar rumah, beli barang dapur, belanja anak sekolah dll...

Saya tengok sekarang ni, ramai warga asing dah pakai motor dan kereta.. Orang Malaysia sendiri pun ada yang tak mampu nak pakai kereta lagi.. Perghhh... Memang tak boleh blah kot...

Okay, ni pasal pendapatan mereka bila mereka jual diri... Memanglah 5 angka..tapi berkat ke? Nak kejar kemewahan sangat buat apa.. Penat-penat belajar, kerja yang macam tu jugak nak buat..Kesianlah kat mak ayah yang susah-susah cari duit nak tanggung mereka belajar.. Nak buat sesuatu benda tu tak nak pikir dulu.. Kalau mak ayah mereka tahu yang kerja mereka seperti yang bukan mereka sangkakan....alangkah kecil hati dan sedihnya mak ayah..

Anak-anak kena pikir.. Mak ayah kerja cari duit bagi belajar, untuk dapat kerja elok pada masa akan datang.. Bukan kerja yang merosakkan serta kerja yang mendapat penyakit..

Memanglah mak ayah kerja siang malam tak ada masa untuk anak..tapi anak ada otak dan akal boleh pikir sendiri..Jangan nak salahkan mak ayah..

Lainlah kalau budaya dalam rumah tersebut dah menggalakkan anak berbuat demikian..

Ye, saya tahu semua manusia melakukan kesilapan..tapi, kalau kita tahu perkara itu salah janganlah kita lakukannya..Manusia juga punya peluang untuk kembali ke pangkuan jalan atau jalan yang lurus andai tersedar kekhilafan yang dilakukan sekiranya masih sempat.. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Kesimpulannya, berbalik pada hati masing-masing untuk berubah..mendalami ilmu agama agar kita sentiasa takutkan-Nya..

Saturday, February 5, 2011

25 Perkara Wanita Perlu Tahu..

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam surga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki surga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahwa surga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki surga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan :
Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc….
Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.
Hadis Nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
wallahua’lam..


p/s --> fuhh..sangat hebat... Sangat ingin jadi seorang yang solehah.. Agar dapat apa yang Allah akan beri..

Pergaulan utamakan ilmu, ibadah

PERGAULAN baik akan mencetuskan rasa kasih sayang dan perasaan baik sangka sesama Muslim, terutama remaja sementara pergaulan yang terlalu bebas dan kurang baik akan menimbulkan kebencian dan prasangka yang kurang baik antara satu sama lain.
Secara umumnya, pergaulan dapat diertikan sebagai perihal bergaul, percampuran dan persahabatan yang baik antara seseorang dengan yang lain. Malah, lebih daripada itu, matlamatnya untuk mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni, bekerjasama dan meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat. 
Kajian menunjukkan pergaulan baik di kalangan remaja akan membentuk sahsiah remaja ke arah kecemerlangan, sementara corak pergaulan yang kurang sihat boleh mencetuskan dan menjerumuskan remaja ke lembah kehinaan. Pergaulan kurang sihat juga boleh menyumbang ke arah penyalahgunaan dadah, lari dari rumah, seks bebas dan pelbagai gejala sosial.

Kalangan ahli psikologi berpendapat, pengaruh pembentukan personaliti remaja berkembang dipengaruhi tiga faktor iaitu pewarisan, pengalaman (pembelajaran) dan budaya. Personaliti keseluruhan seseorang remaja hasil daripada gabungan ketiga-tiga faktor ini.


Melalui pergaulan baik di kalangan remaja akan mewujudkan remaja Malaysia berilmu, berakhlak mulia, berbudaya luhur dan berketerampilan berasaskan pembangunan belia dan remaja yang seimbang dalam semua bidang kehidupan. Di samping itu, mereka akan memiliki semangat patriotik dan budaya kerja cemerlang demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Pergaulan bebas tanpa batas boleh menjerumuskan ke arah gejala sosial dan jenayah yang akhirnya menyusahkan ibu bapa dan mencemarkan nama baik keluarga. Etika pergaulan mesti diutamakan. Berfikir dulu sebelum melakukan perkara tidak baik yang boleh merosakkan masa depan diri sendiri.

Remaja yang bergaul dengan baik dapat memperbaharui azam dan iltizam sebagai pewaris dan pengisi pembangunan negara serta hala tuju negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi. Remaja digalakkan menjalin hubungan silaturahim sesama mereka dengan batas aurat dan menjaga nilai keagamaan. Ini penting bagi menjadikan mereka remaja berdaya tahan serta dapat mengelakkan musuh dan anasir yang kurang sihat mengancam kehidupan sosial mereka.

Justeru, pergaulan baik di kalangan remaja juga akan mempergiat usaha ke arah pembentukan generasi muda yang dinamik, kreatif, berwawasan, mempunyai semangat keusahawanan dan berbudaya tinggi berasaskan penguasaan ilmu, kemahiran dan teknologi maklumat (IT).

Melalui pergaulan baik dan terancang dapat menyemarakkan aktiviti remaja melalui latihan tidak formal, gaya hidup sihat dengan menekankan kesedaran pendidikan sepanjang hayat sejajar tuntutan menuju ke arah negara maju bertunjangkan kekuatan agama, moral dengan ciri ketimuran.

Imam al-Ghazali menyatakan pergaulan baik itu mesti ramah dan bahagia dalam bergaul dan sentiasa ingatkan Allah. Selain itu, ilmu dan ibadah mesti diutamakan, kerana tiada yang lebih baik selain daripada dua perkara berkenaan.

Menurutnya lagi, ada tiga jalan yang dapat ditempuh untuk berbudi luhur, iaitu berbudi luhur kerana tabiat, kerana latihan dan kerana pelajaran. Dalam pergaulan juga tunjukkan budi luhur yang baik.

Lantaran itu, Drs Sidi Ghazalba menyatakan pergaulan terpuji mesti selari dengan kebudayaan Islam iaitu meliputi cara berfikir dan cara menghayati takwa yang menyatakan diri dalam seluruh aspek kehidupan sekelompok manusia, membentuk masyarakat dalam suatu ruang dan waktu. Oleh itu, pergaulan terpuji mesti mengikut peraturan digariskan Islam serta tidak melanggar batas tatasusila.

Remaja disarankan mengekalkan pergaulan terpuji dengan mengamalkan akhlak mulia, beradab ketika berbicara, sering memberi salam, jujur, memelihara amanat, sabar, toleransi, suci hati, merendah diri, menepati janji dan sentiasa memuliakan rakan. 


Akhlak seorang Muslim mesti dijaga setiap masa. Ia sifat terpuji yang terpancar dalam kehidupan seharian. Dalam pergaulan menjaga tutur kata sangat diutamakan. Pendidikan akhlak dapat meningkatkan sifat kasih sayang sesama manusia dan mengajar menjauhi sifat menghina orang lain, sombong, dusta dan jahat yang boleh menjatuhkan nama baik, kesopanan diri dan maruah.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Belum sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga mengasihi saudaranya sebagaimana mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bagi remaja yang sudah jauh terpesong daripada nilai murni perlu sedar bahawa mereka sepatutnya mengamalkan nilai yang baik ini dalam pergaulan serta mencari arah dan tujuan hidup yang lurus. Dalam pergaulan, apa yang paling penting mengenali siapa rakan kita. Pilihlah kawan yang mempunyai sifat yang baik.

Akal dianugerahkan Allah dapat membantu ke arah kebaikan dalam pergaulan. Hanya dengan akal dan iman, pergaulan di kalangan remaja dapat memandu remaja ke arah akhlak dan berbudi bahasa terpuji. Elak mengeluarkan kata-kata kotor seperti mencarut, memaki hamun ketika bergaul.

Tidak dinafikan pergaulan banyak menyumbang ke arah gejala sosial. Remaja yang tidak bergaul mungkin akan menyebabkan mereka antisosial dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat. Hubungan baik sesama rakan sebaya sentiasa mementingkan silaturahim berpandukan akhlak dan budi bahasa dapat mengawal perkara tidak diingini.

Ironinya, kejayaan seseorang remaja dalam hidup banyak bergantung pada ilmu dan kemahiran serta luasnya pergaulan di sekolah, di luar sekolah, dalam masyarakat dan dengan orang yang baru dikenalinya. Bagi orang yang pandai bergaul pintu masyarakat sentiasa terbuka baginya.
  • Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu







  • http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Pergaulanutamakanilmu_ibadah/Article/index_html

    Wednesday, February 2, 2011

    Cincin~

    Malam isnin kelmarin, kami sekeluarga beserta tetamu mengunjungi uptown d'kota pukul 11 malam..

    Sedang berjalan-jalan, ada dua gerai menjual aksesori silver.. Saya ajak mak saya untuk singgah sebentar, saya nak cari cincin sebenarnya yang muat dengan jari saya yang sangat "besar" ni.. Dah lama saya cari cincin yang betul-betul muat dengan jari saya.. Akhirnya jumpa jugak..

    Tapi cincin biasa jer, bukan yang cantik-cantik macam yang ada ala-ala diamond tu.. Ada yang harga puluh-puluh ringgit.. Tapi saya hanya memilih cincin yang berharga rm8 jer..hoho.. Jadilah buat masa ni..  

    Rasa gembira betul bila dapat pakai cincin..
    =P


    Tuesday, February 1, 2011

    Just for today..

    Today...

    We did something interesting on microbiology lab today morning.. What is it??

    Ohh we goes to the U-cafe, then we took a sample by using peptone water and something like cotton bud.. I don't remember what is the specific name..hohoho.. The sample actually to look at the nutrient agar whether the sample we took at U-cafe have microorganism or not.. We go to U-cafe by wearing a lab coat, gloves and bring a test tube rack which have a test tube in it..
    =P
    It was reaaaaalllllllyyyyyyyyy interesting+fun!!!

    After that, we didn't nothing..just "lepaking" at U-cafe and ate fried mee..because I'm starving..hahaha..
    Then, go to tesco and accompany my friend shopping.. I didn't buy anything..

    At 12pm.., we go to the KFC at extreme park, sec 13.. Got a post mortem meeting on the robotic surgery that held last thursday.. Ermm..., then we have a meal..hohoho..

    Then, something make me having a conflicts of emotion.. I try to calmed myself...but it make me a little bit upset and a bit angry.. I tried to get rid this emotions.., and slowly I became calmed..

    When going home, I took a bus and made a decision wanna go to KL..hahaha.. Then, I just window shopping at Central Market..Look at peoples there.. It was quite fun..

    I'm totally tired and fall asleep in the bus..

    That's all for today..

    Introduction