Monday, January 31, 2011

tetamu..

Hari ini, ada tetamu dari Negeri Sembilan.. 

Tetamu itu ialah adik dan ibu kepada kawan adik saya yang datang tempoh hari.. 

Meriah jugalah..agak seronok dengan kunjungan ini..walaupun baru kenal sudah bagaikan bersaudara..

Malam nanti nak pegi Uptown..yeay! nak beli minyak wangi one drop perfume dan nak beli wangian kegemaran... =P







Sunday, January 30, 2011

I love .....

I love studying skeletal system..

Since school I really love skeletal system topic.. When it comes to this topic, I became really excited..

I don't know why..

And I wishes that I want to be an orthopaedicians (is the term correct?) and in subspecialties in scoliosis..hehe..

Get prepared..

Now, hematology syllabus nearly come to a finished...

Then, we need to discussed and do a preparation on our assignment which is "An Exhibition" that educating people about the blood..

I am actually cannot wait to do this assignment.. =)

I hope all this thing we be held without any problem.. and no donuts issue..

Saturday, January 29, 2011

Kids...

Semalam masa dalam bas, nampak ada budak kecik dua orang main depan umah.. Masa tu tengah lampu merah, bas tu stop la kat depan umah budak tu.. Budak kecik tu lambai-lambai tangan..

Teringat masa kecik-kecik dulu..
Bila nampak bas ke, kapal terbang ke, mesti lambai tangan dan cakap "bye!"..
Hahaha kelakar bila teringat balik..

Rasa macam nak je jadi budak kecik balik... =P

Hahaha tape la..mana boleh jadi budak kecik lagi.. Dah besor dah.. haha..


Friday, January 28, 2011

Really disappointed..

I am crying today..

Because my group presentation was worse.. I am not satisfied because I need to pay rm15 for the model and the presentation was not good... Others group model cost just below rm10 and they need to pay less than rm3.. But my group, rm15 each have to pay.. I am gonna pay rm5 because I am really not satisfied with the presentation today..  One of my friend buy things without discuss with me and other member.. Then, she just do it by herself and made a very last minute changed.. And we haven't discussed with each other..

I admit that I am wrong too.. I am not prepared it specifically by my own..

I hope, after this I want made changed from this thing... Learn from mistake..

Thursday, January 27, 2011

Impian Saya?

Seorang teman bertanya pada saya, apabila hendak bertunang bagaimana persiapan? nak buat besar2an ke?

Jawapan saya, tak perlulah besar2an seperti majlis hendak bersanding pula..cukuplah dalam bersederhana sahaja..

Dia bertanya lagi, nanti kau dah kawen apa impian kau?

Jawapan.., setiap orang menginginkan rumah tangganya kekal sampai ke syurga dan begitu juga saya.. Saya ingin  melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dengan sebaik mungkin.. Saya ingin menjadi isteri yang solehah..
Ok, lagi satu kalau dah jadi ibu..saya nak didik anak saya sebaik mungkin..asalkan dia menjadi seorang yang taat kpd Allah, agama, ibu bapa serta pandai hormat orang lain..

Aiyaakkk sulah pikir manyak jaoh ni..hehe..

Akhir kata, apa-apa pun saya cuba menjadi seorang yang benar-benar taat kpd Allah,agama dan suami saya kelak..Insya'Allah, moga-moga begitulah hendaknya nanti..Semuanya akan baik2 saja jika berlandaskan agama Allah S.W.T

^_^

Wednesday, January 26, 2011

Demam...

Oh tidak.. Saya sudah demam.. Mungkin sebab masa dalam kelas biochemistry tadi sejuk sangat tambahan pula masa kat library tadi duduk bawah air cond...huuuu...tak tahan sejuk oh...

Saya dah makan ubat dah..harap-harap esok ok lah..

^_^

Tuesday, January 25, 2011

Student Zone Part 3..

Pagi tadi sangat bengang dengan bas...Sebab dari rumah nak ke Asia Jaya mengambil masa 1 jam setengah..dan hampir lambat ke kelas..Nasib baik sempat..Sangat2 risau kalau lambat.. Allah itu Maha Adil, Dia tahu saya sudah terlambat, saya sampai je Asia Jaya tu dah ada bas yang menghala ke Klang..Alhamdulillah..

Masa dalam lab biochemistry tadi best... sebab buat eksperimen untuk kenal pasti carbohydrate. Fuhh saya punya tugasan melibatkan Concentrated Sulphuric Acid..Masa tu tak ada glove tau.. Mula-mula saya buat satu test tube dulu, lepas tu saya bagi kawan-kawan lain buat dulu sebab masih takut terkena (belum kena lagi tapi takut terkena) sulphuric acid tu..Yelah, mana taknya bila saya tuang H2SO4 tu tetiba saya rasa macam tuang air panas dalam test tube..Lama kemudian barulah miss tu bagi glove..hehe..nasib baik..trauma..risau juga tengok kawan india sekelas dengan saya tu.,slamber dia jer pegang botol Conc. H2SO4 tu, tuang dengan muka innocent je..kitorang risau jer tengok dia, kalau terkena tangan lah...adoi..tak dapat nak bayangkan..

Lepas lab, ada meeting kat library.. Yang lawaknya ingatkan meeting kat tingkat 7.. =P
Manalah tau bilik meeting kat tingkat 6 tu kat situ.. Malu gilerrr....haha.. Semuanya berjalan lancar, tapi ada sorang budak tak habis2 dgn donut-donut-donut... Apa-apa pun ini event pertama saya, dimana saya terlibat sebagai AJK Publisiti..This is my first time! Terima kasih saya ucapkan kerana beri saya tugasan ini!
^_^

Lepas habis meeting, tugasan menampal memo di semua department IMS..wah..penat juga pusing-pusing, tapi seronok..Selesai tampal menampal ni, pergi makan kat tesco jap. Lepas makan, pergi SCD cop flyers kat En.Azim..Then, pergi tingkat 13, 3, 15, 3, ...tapi banyak kali turun naik pergi tngkat 3..haha..memang pengalaman tak boleh lupa..memang happening la..kitorang enjoy buat kerja ni semua..haha..

Apa-apa pun, hari ni BEST!

Monday, January 24, 2011

Cameron Highland~

Sebenarnya dah lama sangat saya teringin untuk ke Cameron Highland..  Mesti ramai yang lebih gemar ke Genting Highland.. Saya tak pernah jejak lagi ke Genting Highland even tengok gambar nampak macam tak berapa menarik.. Ada tempat mainan jer, it is not fun..

Cameron Highland, keindahan pemandangannya telah memanggil-manggil saya untuk menatapinya... Jika saya mampu, ingin saya jelajahi Cameron Highland itu... I love peace..the view was great.. Subhanallah...
Entah bila agaknya dapat saya jejakkan kaki ke sana..selalu bermimpi sahaja.. =(

Hope one day that I can go and the view is still nice and not polluted..Hah, and the weather is still cold..I hope it so much..


Cameron Highland tunggu saya tau...

Teknik lupa yang menambah ingatan~

Assalamualaikum..


Disini saya ingin berkongsi sebuah teknik untuk menambah ingatan yang baru sahaja saya baca.. 


Baiklah, selamat membaca yeah! ^_^




Manusia dan Lupa
Dalam setahun ada 365 hari, 8 760 jam, 525 600 minit atau 31 536 000 saat. Dapatkah kita mengingat segala perkara yang berlaku di sekeliling kita setiap saat tanpa lupa? Pastinya kita sebagai manusia tidak mampu untuk mengingat semua perkara kerana pokok pangkal maksud perkataan manusia itu sendiri membawa pengertian lupa. Manusia dan lupa adalah sinonim.
Tingkatkan daya ingatan dengan lupa
Lupa yang berlaku pada manusia tidak semestinya sesuatu yang buruk. Sekiranya kita tidak lupa, minda kita akan bertaburan dengan banyak benda yang tidak penting, yang menyulitkan ia untuk menerima maklumat-maklumat yang penting.
Bayangkan saat-saat di mana anda terpaksa mengecilkan diri sewaktu memasuki transit aliran rendah yang dipenuhi dengan manusia yang berhimpitan di dalamnya. Payah bukan? Bayangkan juga betapa sukarnya seorang pemain bola sepak untuk menjaringkan gol apabila kesemua pemain pertahanan lawan berkubu di depan gawang walhal gol yang hanya dikawal oleh seorang penjaga gol pun terkadang membuatkan penonton hanya mampu melongo melihat bola yang bulat itu tersasar jauh dari sasaran.
Begitulah minda manusia. Maklumat-maklumat baru sukar untuk masuk sekiranya minda dipenuhi dengan banyak perkara yang tidak penting. Pendek kata, lupa perkara yang tidak penting membantu mengingat perkara yang penting!
Teori Frued
Represi merupakan satu faktor yang dapat melupuskan ingatan seorang manusia. Penjelasan faktor ini telah dicadangkan oleh Sigmund Frued dalam teorinya yang berkaitan dengan minda bawah sedar. Menurut beliau, ingatan-ingatan yang tidak gembira atau tidak ingin diterima boleh dilupakan dengan sengaja sekiranya kita berniat berbuat demikian. Ingatan-ingatan tersebut dimasukkan ke dalam minda bawah sedar dengan sengaja supaya seseorang individu tidak perlu lagi hidup bersama dengannya.
Banyak ahli psikologi percaya bahawa lupa yang bermotivasi tersebut boleh berlaku dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, apabila kita balik daripada percutian, kita cenderung untuk mengingat waktu-waktu yang gembira dan lupa waktu-waktu yang sedih sepanjang percutian tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa kita telah mengalami kelupaan kerana kita mahu untuk lupa.
Lupakan segala perkara yang tidak penting dalam hidup anda
Apakah perkara yang perlu dan yang patut anda lupakan?
Lupakan segala komunikasi yang tidak penting yang berlaku antara anda dengan orang-orang di sekeliling anda. Contohnya, perbualan kosong di kaki lima, di kedai makan, di pejabat mahupun di dalam facebook. Sebenarnya, tanpa anda sedari, perbualan-perbualan kosong ini menutup sebahagian pintu minda anda. Oleh yang demikian, lupakannya dengan segera.
Lupakan segala kesalahan yang dilakukan oleh orang lain pada anda. Bukankah memaafkan itu lebih aula bagi seorang muslim? Firman Allah SWT: “Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” – Surah At-Taghabun ayat 14.
Lupakan juga peristiwa-peristiwa aib yang berlaku sama ada melibatkan anda ataupun orang lain. Rasulullah SAW pernah suatu ketika bersabda: “…Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong saudaranya…” – Hadis riwayat Muslim no. 2699.
Lupakan keburukan-keburukan yang ada pada seseorang di sekeliling anda. Almaklumlah, ibarat kata pepatah Melayu: “Kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tak nampak.”
Teknik melupakan ingatan
Teknik melupakan ingatan adalah satu teknik yang mana sesuatu ingatan dapat dilupuskan daripada minda dengan cara mendesaknya keluar.
Dalam teknik melupakan ingatan, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah berfikirkan tentang perkara yang ingin anda lupakan. Seterusnya, pejamkan mata dan berniat dalam hati dengan bersungguh-sungguh bahawa anda akan melupakan perkara tersebut buat selama-lamanya. Lama kelamaan, perkara tersebut akan mulai luput daripada minda anda! Percayalah.
Melupakan sesuatu perkara sebenarnya lebih mudah berbanding untuk mengingat sesuatu perkara. Ini disebabkan, untuk lupa kita hanya perlu gagal dalam salah satu daripada tiga peringkat ingatan iaitu peringkat rakaman, simpanan dan ingat kembali. Manakala, untuk mengingat, kita perlu berjaya dalam ketiga-tiga peringkat tersebut. Peluang mengingat boleh dinisbahkan kepada peluang lupa dengan nisbah satu kepada tiga.
Kesimpulan
Manusia adalah ciptaan Allah sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Hijr ayat 28: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk.”
Begitu juga lupa yang ada pada manusia adalah ciptaan Allah sebagaimana hadis Rasulullah SAW tercinta: “Adam mengingkari, maka anak cucunya pun mengingkari.Adam lupa, maka anak cucunya pun dijadikan lupa.Adam berbuat salah, maka anak cucunya berbuat salah.”
Dan segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah tidak sia-sia. Ingatlah firman Allah SWT: “(iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka.” – Surah An-Nisaa’ ayat 86
Artikel ini ditulis oleh Hafizuddin Taufik Ramli. Merupakan seorang pelajar tahun tiga perubatan di Universiti Malaya


Sunday, January 23, 2011

Insan Bernama Kekasih



Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku jadikan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku katakan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bertemankan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Terukir segala resah di jiwa

Ku ucapkan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz kesyukuran

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihku dalam dirimu
Menghiasi ruang hatimu
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

^_^

Why?

In the late night I wrote this,
I just thinking why I'm not like other people..
Just get jealous looking at them..
Why I'm not like them?
I just imagine that I was like them..
They are happy..
But me?
Why all this happen to me???
I know that I'm not perfect....
I just an ordinary people who have feeling..
Who wanna touch the sky..but at last I fall down..
Why??
Am I not reserved to get happy?

Saturday, January 22, 2011

Cerita Sedih..bacalah..

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...."Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macam mana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?"
Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?








"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi mandi!"emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia
tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!


p/s:Jangan tidur selepas Asar dan bila matahari hendak berlabuh kerana syaitan berkeliaran ketika itu. Tabahkan hati anda selepas membaca cerita sedih ni..

Manusia semakin hilang pertimbangan akal....

Risau saya dibuatnya apabila membaca isi surat khabar, manusia sekarang ni semakin hilang pertimbangan akal fikiran yang dianugerah Allah..

Pertama sekali, saya membaca kisah bayi dalam beg diletakkan di depan sebuah klinik dan di sekitar kawasan itu ada banyak anjing liar... Saya menitiskan air mata kesedihan apabila membaca “Dia tidur dengan nyenyak dan hanya menangis setengah jam kemudian kerana lapar,”  

Bayi yang masih bertali pusat itu, ditinggalkan dalam beg...sedihnya saya memikirkan nasib bayi tersebut kalau tiada orang menjumpainya.....  

Kedua, kisah penyamun geram dan menetak kepala wanita kerana emas tiruan..Yang nak pergi rompak buat apa? sekarang ni mana ada orang perempuan berani nak pakai emas tulen..sekarang ni memang ramai dah berjaga-jaga untuk tidak memakai emas tulen bagi elak dirompak diragut dan sebagainya.. "kesian" betul penyamun tu... Tapi nasib perempuan tu tak ada apa-apa..cuma cedera ringan..

Kisah ini pula tentang 3 penyamun menoreh muka anak orang yang dirompak..Ya Allah, sakitnya tidak terhingga....... "selepas meminta bantuan, dia pulang semula ke rumah untuk melihat keadaan anaknya sebelum menemuinya dalam keadaan separuh sedar dan berlumuran darah di muka."
Kasihan sungguh mangsa rompak ini, sudah jatuh ditimpa tangga..Moga tabah menghadapi ujian..

Persoalannya disini, kenapa banyak berlaku perkara sebegini rupa? Dimana akal waras yang dikurniakan Allah bagi membezakan manusia dengan makhluk lain? Sesungguhnya manusia yang paling istimewa kerana dikurniakan akal berbanding dengan makhluk-makhluk lain.. Seharusnya, manusia perlu menggunakan akal itu sebaik mungkin... 


Didalam surah At-Tinn ayat 4 ;


“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “


Dalam surah As-Sajdah, juz keduapuluh satu ayat 7, 8 & 9, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud: Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (AKAL fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.

Akhir kata, semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka-mereka yang membuang anak serta mereka-mereka yang melakukan kekejaman sesama manusia.. Amin~







Tak Selesa~

Arghhh part ni paling benci...

Malam tadi, kawan adik datang dari Negeri Sembilan.. Nak tidur kat rumah ni.., datang tak bagitahu apa pun.. Mak pun terkejut + agak marah... Mak balik kerja penat, sampai nak berehat pun macam susah..

Pagi ni pulak, adik pergi main futsal tapi kawannya ada kat rumah,,, Arghhhh!!!!!!  Sekarang ni pulak mak dah pergi kerja, adik tak balik-balik lagi dari main futsalnya... Tak suka ar..even buka pintu pun orang blok ni boleh cakap macam-macam.. Dah tau kawan ada kat rumah pergi main futsal lagi buat apa? Dah la mak dah pergi kerja....

Nak solat pun susah dan semua barang saya ada dalam bilik tu, mak dah nasihat dah kat adik...tapi...tu la kalo  dah ada kawan...terikut perangai kawan, tang tu yang teman tak berape nak gemor..duduk dalam bilik yang banyak barang teman dalamnye..haa kan udoh teman cakap perak dah..haish...

akhir sekali, saya tau nak cakap dah...memang amat sangat tak selesa...!!!!

Friday, January 21, 2011

People and Money Part 2..

I would like to story about "Don't let the money be our master, but we are the master of the money"..

But, before I proceed..I wanna write this entry in malay..

Baiklah, maksudnya di sini jangan hanya kerana duit kita sanggup berbuat apa saja walaupun mendapatkannya dengan cara haram (nauzubillah)..

Saya telah banyak melihat, ramai orang sanggup menjadi hamba kepada duit..Almaklumlah, dengan duit apa saja yang dikehendaki dapat dipenuhi termasuk menjadi orang-orang berpengaruh..kononnya..

Seharusnya kitalah yang menjadi tuan kepada duit... Dimana kita mengawalnya dengan cara memberi zakat, bersedekah dan apa-apa yang menuju ke arah kebaikan disertakan niat kerana Allah..

Akhir sekali, ingatlah bahawa jangan sesekali anda membiarkan diri anda menjadi hamba kepada duit..

Just for fun~

Took a quiz at fb..




Actually, the answer is similar to me..

Thursday, January 20, 2011

Senyum~


Mungkin hari esok tidak seindah hari ini,
Ukirkan senyuman walaupun hati anda sedih,
Biar orang lain tidak mengetahui rahsia hati kita,
Biar diri kita dan Allah sahaja yang mengetahui..
Laluilah hari esok walaupun perit dengan sekuntum senyuman yang ikhlas..
Cara sedekah paling mudah dan tidak perlu mengeluarkan modal adalah dengan sekuntum senyuman..



What a good news...

Oh quite releived yesterday.. No one in my class are failed in biochemistry subject..
My lecturer said, there are 4 student who failed..on that time, i was worried..really-really worried..

Then, she said 3 are from DMLT and 1 from DTCM... Feeeewwww.....What a releived.......  She will showed to us the marks for midsem before final exam..cannot wait to know my midsem result...hoho..

I want to study hard again, i want to get flying colors... (my sentence correct or not? my english was not so good but I try)


Saturday, January 15, 2011

Student Zone Part 2..

At last...

At last, the mid sem exam for semester 2 ends today... I feel relieved and at the same time I feel worried about my result..

This semester 2, I feel really-really-really pressure and sometimes blank...! I hate this.. I don't want this thing would interrupt my results..

Last semester was great, nothing makes me pressure.. Oh maybe the number of subject.. -_-"
All subject this semester were tough.. Actually, I understand all the lecture but it's hard for me to remember all the lecture notes.

What are the hardest subject in the exam?
--> immunology and serology (seriously blank at that time, i do read but.....blank)

What subject do you answer well?
--> biostatistics

What subject do you think 50-50??
--> biochemistry ( stress and dizzy at that time)
--> organization of the human body ( hentam je banyak )
--> basic microbiology ( adoiyai, I'm not read properly at microscopy laa...)
--> basic hematology ( huh..,i read it but in the exam hall..all those thing fly away)

By the way, I already try my best and do the exam all my best... I just hoping getting a good result and none of the subject will failed.. Tawakkal~~








Stress during exam week..




I try all my best to answer all the question in the exam..




Just wait for the result..

Sunday, January 9, 2011

Perang~

Siren berbunyi menandakan musuh datang bertandang. Barisan pertahanan pertama dan kedua sudah siap menghadapi musuh yang masuk secara haram..

(Mereka berperang dan barisan pertahanan pertama dan kedua sudah lemah)

Datang pula barisan pertahanan yang ketiga yang terdiri daripada B dan T.. Askar kumpulan B boleh mengenali musuh dan tangkap musuh itu lalu dibawa ke askar kumpulan T.. Askar kumpulan T menyelongkar barang-barang musuh dan membunuh musuh-musuh..

Musuh itu ada 2 ciri;
1.  Immunogenicity- dimana dia boleh provokasi tindak balas barisan pertahanan
2. Reactivity - ibaratnya dia boleh bunuh askar yang ada kuasa tertinggi ( antibodi)

Ini cerita tentang sistem pertahanan dalam badan..Saja buat untuk pemahaman diri ini untuk menghadapi exam esok.. ^_~

Saturday, January 1, 2011

1.1.11

First blog on 1 January of 2011~

Welcome 2011.. I'm hoping this year will bring all of us prosperity and happiness..

Nothing much, today I just completed all of my work on 2010 which is lab reports, assignments and homeworks!

Be happy and Happy New Year 2011 to all~

Isi masa lapang dengan ibu~

Hari ini cuti, mak saya pun kebetulan cuti~

Saya mengambil kesempatan ini untuk menghabiskan waktu bersama emak dengan berjalan-jalan di One Utama.. Pada mulanya tidak terfikir pun hendak ke One Utama, misi utama kami sebenarnya ke Taman Tun Dr. Ismail untuk menggantikan simcard lama emak saya yang hilang.. Kami agak kecewa kerana Celcom Centre kt TTDI tu tutup..Kami fikir centre tu buka, kami terlupa bahawa hari ini public holiday..

Selepas itu, kami singgah di restoran Briyani Ismail di kawasan itu. Saya makan nasi briyani berlaukkan sambal ayam untuk makan tengah hari.. Alhamdulillah, nasi briyani tu sedap dan saya makan banyak.. Kalau ada sesiapa yang nak makan nasi briyani saya rekomenkan anda untuk ke restoran ini..harganya sangat berpatutan,tak mahal pun..Dekat depan bangunan IBM lama~

Usai santap tengah hari, kami pun mengambil teksi ke One Utama.. Kenapa tak balik rumah terus?? Sebabnya jalan sesak sangat-sangat..Kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar, mencuci mata (window shopping) di One Utama~

Persinggahan pertama di situ, adalah di Jusco.. Mak nak beli kasut baru bagi menggantikan kasut lamanya malangnya di sana tiada yang dapat menambat hatinya.. Jadi di sana kami hanya mencuba kasut-kasut mahal yang tak mampu untuk dibeli..haha.. Dapat merasa untuk memakainya pun sudah memadai.. Semua yang di display saiz kaki saya..hehe..seronok pula dapat pakai..

Kemudian kami singgah di kedai Levi's and Giordano..sekadar nak usha-usha je.. Niat nak beli seluar, tapi tak mengapa..Seluar tak penting, yang penting nak pergi belajar.. Duit beli seluar tu boleh belanja untuk 2 minggu..Batalkan niat dan ubah niat..

Lepas tu, kami pergi KFC pula..dah makan nasi briyani banyak, makan KFC lagi?? haha.. Kuat makan pula saya pada hari ni...

Banyak pula saya membebel.. Teruskan lagi~

Kami jalan-jalan lagi sampai kedai bata.. Mak pula berkenan akan sepasang kasut yang berharga RM49.99..
Semasa membayar, kami terkejut yang harganya rm23.00.. Orang cashier tu cakap kasut tu dah discount 30+20% = 50%.. Mak tersenyum gembira..hehe..

Semasa dalam perjalanan pulang, saya singgah di booth samsung..Di situ ada dijual handphone.. Saya dah berkenan dengan sebuah handphone....!!! Phone tu sangat cantik..Harganya rm720 + free memory card 2GB.. Wahhh tak sabarnya nak tunggu bulan 3...~ Nak telefon bimbit tu!!!

Waktu menunggu bas untuk pulang, nasib baik cuaca mendung..Kerana, tiada bus stop di One Utama~
Lama juga menunggu bas..penat berdiri lama-lama~ Jalan memang penuh dengan kereta-kereta yang menuju ke Ikea, The Curve~~

Balik rumah, mengadap facebuku..hehehe..

Last blog for 2010~

Introduction