Tuesday, August 23, 2011


Wahai kekasihku, calon suamiku…
Jika kamu menjadi suamiku kelak…
Pimpinlah rumah tangga kita dengan sebaik-baiknya
Jadikan diriku teman sejatimu,
tempat kamu bersandar
Terbukalah padaku,
kan kujaga semua rahsiamu

Jika kamu menjadi suamiku kelak…
Jadilah kamu teladan yang baik bagi keluarga
Sempatkanlah untuk menjadi imam dalam solat
Akan ku menjadi makmummu di tiap solat
Hiasilah rumah kita dengan ketakwaan kepada Allah
Amalkan sunnah Rasul sekuat yang kau mampu
Bimbinglah anak-anak kita
menjadi peribadi Muslim yang cerdas dan berakhlak mulia


♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Jika kamu menjadi suamiku kelak…
Bergaullah dengan ma’ruf terhadapku
Jadilah engkau suami yang penyayang dan sabar
Janganlah kamu bertindak aniaya terhadapku
Jika diriku berbuat kesalahan dan kemungkaran…
Jangan kamu hukum diriku dengan memukulku
Tapi, ajarilah diriku dengan hati dan lisanmu
Ingatkanlah diriku dengan cara yang ihsan
Tahan amarahmu dan bersikaplah pemaaf

Wahai kekasihku, calon suamiku…
Jika kamu menjadi suamiku kelak
Jadilah kamu suami yang bertanggung jawab
Berilah nafkah sesuai kemampuanmu
Pasti kuterima dengan qona’ah
Bersikaplah penyantun
dan jangan kamu kikir terhadapku

Jika kamu menjadi suamiku kelak
Bersikaplah bijaksana dalam segala hal
Bermusyarahlah denganku sebelum mengambil keputusan
Dengarkan pemikiranku
dan jangan kamu remehkan diriku

Tunjukkan kasih sayangmu terhadapku
Jangan kamu biarkan diriku dalam kecemburuan dan prasangka
Jagalah hatiku,
lapangkanlah dadaku, dengan cintamu


♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Wahai kekasihku, calon suamiku…
Jika kamu menjadi suamiku kelak
Jadikan rumah tangga kita sebagai syurga dunia bagimu
Jagalah diriku dan jadilah pelindung bagi anak-anak kita
Jagalah rahsia rumah tangga dimanapun kamu berada
Jadikan ia baju putihmu, jagalah ia jangan sampai ternoda

Wahai kekasihku, 
Akan ku menjadi isteri yang terbaik untukmu 
Akan ku menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak kita
Akan ku didik mereka dengan sebaiknya
Agar mereka menjadi seorang yang soleh dan solehah



Wahai kekasihku,
Akan ku jaga rumah tangga kita sebaik-baiknya,
Akan ku jadikan rumah kita ibarat syurga..


Jika kamu mempunyai sebarang masalah,
Ceritakan padaku kelak
Kerana diriku akan menjadi pendamping dan pendengar setia untukmu..


Wahai kekasihku, bakal suamiku
Diriku ingin menjadi seperti Fatimah Az Zahra puteri Rasulullah
Kerana ketaatan kepada suami..
Diriku ingin menjadi seperti Khadijah a.s dan Aisyah, isteri Rasulullah..


Jika diriku menjadi isterimu kelak,
Akan ku jaga kebajikanmu dengan sebaiknya..



Wahai kekasihku, bakal suamiku..
Jika diriku menjadi isterimu kelak akan ku bahagiakan dirimu
Seperti kamu merasakan seperti berada di syurga
diriku ingin menjadi bidadarimu di dunia dan ingin menjadi bidadarimu di syurga kelak..




0 Your opinion:

Introduction