Thursday, July 28, 2011

Maaf hamba Allah, anda tidak cukup....

Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan.."

(buat la SOS topup. hehe..)

Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan'topup'. Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?

Realiti: Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita,  

"Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga".

(boleh ke nak buat SOS topup?)

Pernah tak kita berfikir seperti itu? Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan seperti itu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu? Apakah kita masih bolehmen'topup' pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung. Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan segalanya. Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita. Tetapi, pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosasilam kita? Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama', dahulu yang menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit? Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata. Tetapi apabila kekasih kita meninggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita.

Konklusi: Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah  menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat, baru kita hendak menyesal. Marilah kita sama-sama mere nung dan menangisi dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah,kerana ti tis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama'topup' yang akan mengisi 'kredit' untuk kita pada hari perhitungan nanti. InsyaAllah. semoga peringatan ringkas ini memberi manfaat yang besar kepada kita semua. 


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang
apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal." (Al-Anfal, 2)..

Mari kita Sebarkan Kebaikan ! semoga Ia dapat men"Topup" pahala kita. insyaAllah. Moga Allah Redha :)


Tuesday, July 26, 2011

Rumah Idaman~~

Sedang duduk-duduk memikirkan konsep rumah idaman.. Tiba-tiba dapat idea konsep Tropical House.. Saya pun search kt google image..dapat la konsep yang macam saya idamkan selama ni..

Rumah ni berkonsepkan ketenangan, ada kayu (mcm ala2 kampung yg saya minat) tapi design ni di modenkan la..

Sila lah menjamu mata anda dengan gambar2 rumah idaman saya..








kalo rumah ni menjadi kenyataan, pasti ta nak kua slalu.. nk dok umah je..hihihi..
source --> google images..

Saturday, July 23, 2011

Februari dan sifat saya.. ^_^

Yang ni memang de byk kene mengena dengan saya..haha..silakan membaca tentang rahsia tarikh lahir bulan februari dan diri saya.. (ala yg application kt fb tu yg Dr. Fadzilah Kamsah pnye tu)

Berfikiran abstrak.

Sukakan benda yang realiti dan abstrak.

Bijak dan pintar

Berpewatakan yang mudah berubah. (mudah berubah yg mcm mne tu, sy sndri pun tak psti)

Mudah menawan orang lain.

Agak pendiam.

Pemalu dan rendah diri.

Jujur dan setia pada segalanya.

Keras hati untuk mencapai matlamat.

Tidak suka dikongkong. (mm not me)

Mudah memberontak apabila dikongkong. (not me..)

Suka kegiatan yang lasak.

Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.

Mudah mempamerkan marahnya. (mm yeke? )

Tidak suka benda yang remeh-temeh.

Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.

Sangat berani dan suka memberontak. (berani tu ye la..memberontak tu tak)

Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.

Pemerhatian yang tajam.

Suka hiburan dan sukan. (hiburan tu kureng la..sukan tu yer, i like sports)

Suka benda yang bersifat seni. (seni fotografi)

Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.

Berkecenderungan pada benda yang tahyul. (haha tgok citer hntu byk)

Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. (tapi saya kdkut skit kdg2 jer..tapi jarang la boros..sy pndai kawal duit)

Belajar untuk mempamerkan emosi

Friday, July 15, 2011

Syukuri Nikmat~

Hari ni saya nak ajak kawan-kawan yang kehidupan dia yang sudah selesa tu bersyukur atas nikmat kurniaanNya..

Sebagai contoh kemudahan untuk ke kelas.. Rumah dekat atau mempunyai kenderaan.. Wooo sangat2 beruntung la korang tau..tak de la penat sangat ke kelas sebab rumah dekat ngn ada kete gi kampus..so, cepat la smpai..

Lain la mcm saya ni, perlu keluar 2jam setengah lebih awal..membazir masa yang sangat banyak duk dalam bas jer weyh..dah la penat.. Kalo kelas cancel tibe2 tak ke membazir duit tambang dan masa yang sangat banyak?

Saya sedih, sebab hari ni saya datang kelas awal pukul 8..tapi dapat tau macam2 masalah..tggu smpai petang..ingatkan ada kelas..tapi tak de...sedih sangat...naik bas sampai kene tukar naik bas lain lak..sampai rumah kul 8..blk kul 5 smpai umah kul 8..cbe kira brp lama?

sebab tu saya nasihat kat korang yang mne senang tu, bersyukur la.. Saya bukan nak mengeluh ke apa..just nk bukak mata korang jer..

Thursday, July 14, 2011

Mcm Serupa Je Situasi ni~~

Rasa macam serupa je situasi ni dengan saya..saya baca kat blog ilmi-islam.com.. =)
Sila lah baca..saya kopipes jap yer..


Baru-baru ini...
"Yong tak de ke 'kawan special' ?" tanya ummi.
"Erk, 'kawan special' ?" terkejut.
Aku faham..'kawan special' yang dimaksudkan oleh ummi adalah seorang lelaki yang istimewa dalam hidup.

"Belum ada lagi la ummi.." jawabku ringkas.
Pernah suatu hari, ummi berpesan, jika ada seseorang 'kawan special' terus kenalkan padanya. Kata ummi, nak kenal siapa orangnya.

"Belum ada lagi la ummi..." jawapanku sama."Ummi tak nak carikan suami untuk yong. Ummi benarkan kalau yong buat pilihan sendiri.." kata ummi.

Aku hanya terdiam.." InsyaAllah.." jawabku ringkas.

Tidak terbayang siapakah si dia nanti...dia yang akan bergelar suamiku...
"Ummi nak kalau yong nak cari, cari yang jelas agamanya..itu semestinya.. dan yang ada ilmunya dunia mahupun akhirat dan yang paling penting suami yang bertanggungjawab.."...pesan ummi.

"Siapalah lelaki tu nanti?...yang paling penting dia tidak menghalangku untuk 'berjuang' malah kami 'berjuang' bersama.."  hati berbisik sendiri.
Masih awal untukku memikirkan tentang hal ini. Aku masih belajar. Namun, siapa tahu jodoh hadir lebih awal dari yang dijangkakan. Segalanya ketentuan yang tertulis oleh Allah di Luh Mahfuz. Aku hanya berserah dan harus sentiasa bersedia. Namun, perjuangan tidak harus dilupakan. Kerana itu, aku bertekad, mahukan seorang suami yang turut sama cintakan 'perjuangan'.
Bila hati berbicara tentang jodoh...
Aku mahukan dia seorang yang jelas agamanya,
kerana itu akan membawa kami ke syurga...
Aku mahukan dia seorang yang mencintai Allah dan Rasul,
kerana itu akan menambahkan lagi cintaku kepada Allah dan Rasul...
Aku mahukan dia seorang yang 'berjuang' di jalanNya (fi sabilillah),
kerana itu akan menjadikan aku sebagai sayap kiri kepada seorang pejuang Islam...
Aku mahukan dia seorang yang ada kepimpinannya,
kerana itu aku akan melahirkan seorang ulama', hafiz mahupun hafizah...
Aku mahukan dia yang sentiasa mencintai dan menyayangiku,
kerana itu aku akan sedaya upaya menjadi bidadari terbaik dalam hidupnya...
~Mencintai dan dicintai kerana Allah~

Wednesday, July 13, 2011

Aku Hanya Seorang Perempuan..

Aku hanya seorang perempuan yang biasa, yang hanya mampu mencoretkan bait – baitkan kata kepada bakal suamiku, yang aku sendiri masih dalam menunggunya.
Dengarlah luahan hatiku, seorang perempuan biasa..
.
Tak terasa sudah demikian lama kita hidup di dunia ini. Bergelut dengan kefanaan yang seolah tanpa hujung. Padahal, kelak akan kita punah menjadi tanah. Kita terseret, lalu terbawa hingga kadangkala lupa jalan pulang pada kematian. Andai terus saja kita ingat akan itu semua, tak mungkin diri resah akan dunia setelah kematian.

Wahai bakal suamiku, lelaki yang tak pernah kuketahui siapa engkau,

Kadangkala aku merasa resah. Jika malam kian gelisah, kerana tak jua aku mampu menemukanmu. Selimut tidurku tak cukup untuk mengusir dinginya malam. Solat wajibku terasa tak sempurna jika tiada seseorang mendampingi di sisi. Ingin rasanya ku laungkan ayat-ayat cinta Allah dalam setiap  solatku bersama dengan mu dan anak-anak kita kelak. Aku ingin kau menjadi imamku dan aku makmummu.
.
Wahai bakal suamiku, yang Allah ciptakan untuk mendampingiku,

Setelah solat Maghrib mahupun waktu-waktu seperti biasanya, kau membacakan ayat-ayat Alquran untuk dirimu dan Tuhanmu. Ingin, rasanya ku dengar suara syahdumu, ingin rasanya kita alunkan bersama ayat-ayat cinta-Nya. Kita baca dengan suara yang mengalun dalam hati penuh kerinduan pada Allah dan RasulNya.  Satu ayat pun cukup. Kerana, setelahnya ada keimanan yang terpancar di rumah kita. Rumah tanpa kata, rumah sederhana yang hanya ada tawa dan gurauan bahagia penuh cinta.
.
Tahukah kau bahawa setiap kali aku memulai aktiviti seperti ada yang kurang jika ku toleh ke kiri ke kanan. Alangkah indah rasanya bangun sepertiga malam, mengerjakan dua Rakaat dan bermunajat pada Rabb Allah SWT Tuhan kita. Kita mengadu bersama padaNya. Bersama menaruhkan kerinduan padaNya. Menguntai kata berselimutkan iman, hingga tak terasa air mata berlinang di pipi kita. Kau memandang ku, lalu ku usap air matamu. Subhanallah, pipimu merona merah kala kita berpadang mata. Duhai indahnya.
.
Wahai bakal suamiku,

Sekelumit inginku, keinginan sederhana keinginanku sebagai perempuan yang biasa-biasa sahaja. Hari-hariku memang sangat biasa-biasa saja. Hidupku dipenuhi hanya dengan hal-hal yang sederhana. Jika kau kelak dipertemukan denganku secara nyata, ku mohon kau terima aku kerana Dia, kerana Allah dalam setiap do’a panjangmu dan istikharahmu. Ku mohon agar kita mampu membuang sifat tamak dan kesombongan. Agar, kita boleh menjalani  rumah tangga dengan kesyukuran kelak.

Kau cerminku, aku pun cermin mu. Maka ku usahakan dalam diri ini selalu setia pada jalan-Nya. Kadangkala memang jalanku tak sempurna, belok kesana ke sini. Aku pun bukan perempuan dicintai syurga, tetapi aku berusaha menjadi yang terbaik dengan caraku. Aku usahakan agar seirama mungkin pada kebenaran. Maka, do’akanlah aku agar dapat sebanding imanku dengan imanmu. Kebaikanku dengan kebaikanmu
.
Wahai bakal suamiku, yang ku rindukan dan tak ku ketahui engkau siapa,

letih rasanya penantian ini, seperti keletihanmu untuk mencari menemuiku. Tetapi, aku selalu menyimpan harapan yang suci, dan berusaha menjadikan akhlak ini boleh dan mampu kau pandang dengan sesederhananya. Memang tak sebaik perempuan yang kau kenal kesolehahannya tetapi aku akan berusaha semampu yang aku boleh.
Namun, jika tiba waktunya aku memang tak seperti yang kau inginkan, aku harap pandanglah aku kerana ketulusanku.
.
Wahai bakal suamiku,

Mari kita timbang kita susun dalam doa – doa padaNya. Kita jadikan doa sebagai senjata yang paling ampuh. Senjata untuk saling menemukan juga senjata untuk mengimbangi hiruk – pikuk dunia yang melenakan. Semoga kita saling menemukan.

Sampai disini sementara coretan ini buatmu. Luahan dariku perempuan yang biasa sahaja, dengan hidup yang sederhana. Tunggu coretan selanjutnya dariku hingga kita saling bertemu dalam munakahat. Semoga kamu masih bertahan dan aku pun tetap pada jalan-Nya.


Sumber: akuislam.com




Introduction