Friday, December 31, 2010

Dah berpunya?

Dah berpunya ke?

Wahahaha gelak besar kot.. Ramai yang tanya "Kila, kau ada pakwe baru ke?" "Shakila, awak dah ada pakwe ye?"..

Saya pun jawab, "mana ada lah...", lepas tu mereka tanya lagi "habis siapa gambar lelaki dalam facebook awk tu?"

Jawapannya--> itu Muslim Ahmad la..,pemain bola sepak Malaysia...~~





Only you that can make my heart beating faster..

Only you can make me shivering..

Only you~

My life now filled by you..

Even you're mine in my dream~

Thursday, December 30, 2010

Akhirnya~~

Akhirnya selepas penantian selama 14 tahun, Malaysia menjulang piala AFF Suzuki Cup..
Dapat juga Malaysia menebus kembali kegemilangan bola sepak yang telah lama menyepi (maksud menyepi tu mcm tak gah mcm dlu pnye bola sepak la).. 
Alhamdulillah, mereka semua( pemain bola sepak Malaysia) tidak ada apa-apa,selamat.. Malah mereka diiringi kereta kebal oleh pihak berkuasa Indonesia hingga ke stadium.. Terima kasih kerana mangambil tindakan sebegitu rupa.. Di sini, saya ingin mengucapkan syabas kepada Safee Salee kerana menjaringkan gol, Khairul Fahmi kerana cekap menangkap bola bagaikan ada magnet dan Muslim Ahmad kerana menjadi defender yang bagus serta semua pemain bola sepak Malaysia..

Muslim Ahmad~

Safee Sali~

Khairul Fahmi~


Barisan Skuad Harimau Malaya~


Meraikan kejayaan~

SYABAS~~

gambar-gambar itu saya ambil dari blog kawan saya..

M.C

Medical Check-up~

Yesterday, I attend the Medical Science Club event "HEALS".. I go for medical check-up.., wahh I know a lot about my health condition~~

After register, I go for measure height,weight,BMI and my blood pressure. I don't want told you what is my BMI..hehe.. My blood pressure was below the normal.. Abg Gmie and his friend shocked why my blood pressure is low.. Then, Abg Gmie said " haa...nervous ek?", I replied "tau tak pe.."  I feel nervous because of .....    ^_^
Then they checked for the second time, I tried to calm myself..the result for the second time is normal which is 109/70, it is still consider normal la...

Then, I go for medical history.. Kak Farah record my medical history, she asked about past medical/surgical history, menses duration, family history, allergy history,medication took by me, and so on...

After that, I go for physical examination and then go for ABO grouping and blood glucose checked. At first, they do the blood glucose.. Arghh my blood is hard to bleed, they try to make it bleed more.. And there are more blood go out...,my blood glucose reading is 4.3... It is low~~
Actually I took nasi lemak for my breakfast...why my blood glucose is still low??
And then for the ABO grouping, my blood is actually B+ not B-... haha..

At last, I go for consultation and Kak Atika are the consultant who consult me, she asked me don't eat chocolate often.. Then, she said " Metabolisma kamu ni bagus ye" hehehe.. Plus,she asked me to drink a lot of milk and water, do an exercise often, and many more.. It was fun~~
Oh ya, kak Atika asked me to go to Anlene booth to measure my bone density, unfortunately it was 3.15pm..Dr.Sarah lab session start already.. So, I hurried to the elevator and luckily the elevator opened when I reached there.. And Dr.Sarah haven't start the lab yet..fuhhh...I felt so releived that time..

The conclusion on that day is.., I smile all day long..~~

Bad day ='(

Today was my bad day..

First, I woke up late until I didn't attend microbiology class..

Second, I don't know today have a lot of quiz.. When the biostatistics quiz began, I felt like want to crying because I didn't prepare anything besides the notes also I didn't get..

Disappointed..

Disappointed with friends.., they don't inform me about the notes and the quizzes and also the BIOSTATISTICS ASSIGNMENT it suppose to submitted today BUT I just knew it TODAY!!  Really-really-really disappointed~~~ How could they do this to me.. I can't attend the class last week because I having some problems... I felt like want to cry that time but I just keep it in my heart.. I just said to myself  "be patient..., forgive them....even it is hard.."

I felt so-so-so stress today................

Monday, December 27, 2010

Suasana Baru..

Saya inginkan suasana baru~

Saya sebenarnya merindukan suasana kampung.. Saya rasa sangat tenang bila berada dalam suasana kampung yang ada banyak pokok-pokok dan rumah-rumah kayu..

Saya lebih rela dikatakan budak kampung daripada budak bandar sebenarnya..haha.. Jiwa saya bukan disini tapi berada dalam suasana kampung..

Rumah camni la saya suka..~

Oleh sebab itu, saya memilih untuk mengikuti Community Service pergi rumah orang asli..walaupun pergi Negeri Sembilan, tak apa saya mungkin akan berasa puas hati.. =)


Damai (bukan nama tempat)~

 Pekan Parit, Perak~

Pekan Ipoh, Perak~

Saya suka kawasan sekitar negeri Perak..cantik! Saya harap dapat pergi Perak lagi.. NAK BALIK KAMPUNG!!

emosi~

Malam tadi..

Kegembiraan menguasai diri kerana berasa bangga Malaysia dapat menewaskan Indonesia sebanyak 3 gol berbalas 0.. Selain kegembiraan,ternyata tidak lagi dapatku mengawal emosi kemarahan walaupun sudah lama ku tahan dan sabar..

Sebelum ini mereka kutuk maki Malaysia saya rasa sabar.,.kali ini lagi teruk mereka kutuk maki.. Maruah Malaysia senang-senang sahaja mereka perlekehkan.. Mereka mengatakan Malaysia sebagai "Malingsial", anjing dan sebagainya.. Memang panas berasap berapi.. Walaupun mengetahui bahawa mereka ni bukan sekolah pun tak ada pelajaran,kampungan, tak ada sivik memang kesian betul kat mereka ni..Sebab tu mereka cakap macam tu.. (Laugh)..

 Tapi hati tetap marah.. Biarlah orang lain tak marah, tetapi sebagai orang Malaysia saya tak suka orang cakap semua rakyat Malaysia anjing dan kuli apa lagi entah..huhu..

Apa-apa pun ku tetap berharap MALAYSIA MENANG PIALA AFF SUZUKI..
PENJAGA GOL KENA PAKAI SPEK MATA HITAM NANTI MEREKA LASER LAGI..HUHU


Sebenarnya saya tak suka diri saya bila saya marah..Saya memang tak suka marah sangat-sangat..

Sunday, December 26, 2010

Soalan Bocor!

Inilah soalan bocor dalam kubur apabila ditanya malaikat yang ditugaskan..

1. Siapa Tuhanmu?

2. Siapa Nabi kamu?

3. Apa kiblatmu?

4. Siapa imammu?

5. Siapa saudara kamu?

Jawapannya juga telah diberi kepada kita semua..;

1. Allah, Tuhanku..

2. Muhammad SAW, nabiku..

3. Islam agamaku..

4. Al-Quran adalah imamku dan ikutanku

5. Muslimin dan muslimat..

5 Perkara Aneh...

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.





Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu.




Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.

Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "

Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."




Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari.

Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

Dalam Islam, kita diwajibkan menyebut keburukan seseorang semata-mata untuk menyedarkan orang lain betapa jahatnya dia, dan untuk mengelakkan seseorang daripada mengikuti jejak langkah dia agar tidak tergolong sama dengan kejahatannya atau kezalimannya. Janganlah kita selewengkan akan maksud-maksud ayat dalam al-Quran semata-mata untuk kepentingan peribadi.

Imam Jalaluddin rahimahullahu taala pernah menyebut: "Mengaibkan orang yang beriman adalah berdosa manakala mengaibkan orang yang jahat adalah tidak berdosa".

Firman Allah Taala bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka buruk. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain….” (Al-Hujurat: 12).

Biasa la tu.... ( Muhasabah )

Untuk orang yang beriman, jahiliyyah tidak pernah normal. ~

“Tak pelik ke tengok orang sekarang pakai dedah-dedah macam tak ada masalah?”

“Biasalah tu.”

“Eh, ramai ya orang tak puasa dalam Ramadhan sekarang?”

“Biasalah tu.”

“Ana dengar, ramai pelajar universiti sekarang tak solat. Betul ke?”

“Biasalah tu.”

Mungkin perbualan ini pernah kita lalui dalam kehidupan kita. Ya, biasa. Situasi-situasi yang dinyatakan, termasuklah 1001 lagi situasi yang tidak dinyatakan, boleh dijawab dengan satu jawapan yang sama - biasalah tu.

Saya teringat semasa saya menjawab dengan jawapan yang sama satu ketika dahulu, apabila ditanya oleh seseorang. Dan apa yang orang itu kemudiannya memberitahu saya, adalah perkara yang tidak mampu saya lupakan hingga ke hari ini.

Enta kata biasa?

“Enta kata biasa?”

“Yalah, memang macam itu orang sekarang. Biasalah tu.”

“Hati enta ada masalah ni.”

“Eh, kenapa ana plak yang ada masalah? Orang yang buat dosalah masalah.”

“Enta anggap jahiliyyah itu perkara biasa dalam kehidupan masyarakat.”

Saya terdiam. Secara tidak langsung, saya bersetuju dengan yang berbicara kepada saya itu. Saya sendiri, tanpa sedar telah menganggap bahawa jahiliyyah itu adalah normal, biasa.

Dan daripada perbualan ringkas itu, saya dapat mengekstrak banyak perkara.




Mengiktiraf jahiliyyah

Apabila kita melihat bahawa jahiliyyah adalah biasa, satu norma masyarakat yang pada kita memang telah berakar umbi lantas kita tidak merasakannya ‘luar biasa’, maka hakikatnya hati kita telah mengiktiraf jahiliyyah yang wujud di sekeliling kita.

Biasa. Kita rasa itu biasa. Maka, ada masalahkah? Bukankah benda itu biasa sahaja?

Seperti kita lihat orang berjalan pakai kaki. Adakah kita akan menegurnya: “Eh, kenapa jalan pakai kaki?”

Pastinya tidak bukan? Kita tidak akan menegurnya. Bahkan, kita tidak akan tergerak pun, terlintas pun dalam hati kita untuk menegurnya. Kerana apa? Kerana itu adalah biasa. Lainlah kalau dia berjalan dengan tangan. Barulah kita akan risau dengannya, dan menegur: “Kenapa buat macam ini? Jalan pakai kakilah.”

Begitulah hakikatnya apabila kita melihat jahiliyyah satu perkara yang biasa.

Hati jadi mangli dengan jahiliyyah, lantas lembik terhadapnya, akhirnya membiarkannya sahaja bergerak bebas tanpa menghalangnya.

Jahiliyyah menyelimuti kita.

Tanpa sedar juga, kita secara tidak langsung redha dengan jahiliyyah. Kita mampu menerima jahiliyyah itu hidup beriringan dengan kita. Walaupun kita kelihatan masih berpegang pada jalan yang haq, namun keredhaan pada jahiliyyah telah wujud di dalam jiwa. Dua cinta yang tidak boleh bersatu dalam satu waktu adalah cinta kepada Allah, dan cinta kepada jahiliyyah. Sekiranya kita tidak memerangi jahiliyyah, maka jahiliyyah akan memerangi kita.

Lama kelamaan, jahiliyyah yang kita biarkan tadi, yang kita anggap biasa tadi, meluas dan merebak. Oleh kerana kita nampak jahiliyyah itu biasa, nanti kita akan ambil sedikit jahiliyyah masuk dalam diri kita. Jahiliyyah yang kita rasa ‘biasa’. Dan lama kelamaan, banyak lagi jahiliyyah lain pun kita pandang ‘biasa’. Dan akhir sekali, kita terserap ke dalamnya. Pada ketika itu, jadilah jahiliyyah itu biasa, dan kebaikan itu yang luar biasa.

Dan perkara ini, kita boleh lihat dalam kehidupan kita.

Ya. Siapakah yang dipandang luar biasa sekarang?

Kebaikan, atau Jahiliyyah?

Hinggakan hari ini, sistem Islam tidak tertegak pun tidak dirasakan besar untuk kita bukan? Ketiadaan khilafah Islam dalam menguruskan hal ehwal muslimin pun tidak dirasakan besar untuk kita bukan? Sampaikan, ada kalangan kita yang menganggap mujahidin itu pengganas, dan tentera amerika+israel itulah penyelamat.

Tidakkah kita lihat ini?




Jahiliyyah tidak pernah ‘biasa’

Apakah biasa, normal untuk manusia yang sebenarnya?

Islam. Taat pada Allah. Saya sudah nyatakan dalam beberapa post yang lepas akan hal ini. Fitrah kita adalah Islam. Kita semenjak azali memang telah mengangkat Allah sebagai ILAH dan RABB. Itulah yang biasa. Itulah normal.

Maka apabila ada ism lain selain itu, yakni jahiliyyah, datang, tidakkah sepatutnya kita memandang dengan pandangan:

“Apakah ini?”

Sebab jahiliyyah adalah luar biasa untuk kita. Pelik. Bagaimana benda itu boleh hidup bersama aku? Eh, kenapa aku boleh biarkan benda ini tersebar begini? Apa aku dah buat untuk sekat dan hapuskan benda ini dalam hidup aku dan masyarakat?

Persoalan itu patut keluar pada diri kita. Sekiranya kita adalah yang tidak menganggap jahiliyyah sebagai satu kebiasaan.

Akan tersingkap selimut kekeliruan ini, pada hari itu.

Nanti, ada satu hari yang kita sama-sama akan lihat bahawa kekeliruan yang menyebabkan jahiliyyah nampak normal pada kita hari ini, tersingkap.

Hari akhirat. Hari yang mata-mata manusia lalai tersembul keluar kerana melihat hakikat. Hari yang bicara-bicara pemalas dan yang tidak mahu percaya terkunci kerana kelu dan ketakutan melihat kebenaran. Hari yang kala itu ramai berkata:

” Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.” Surah As-Sajdah ayat 12.

“Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman.” Surah Asy-Syuara ayat 102.

Hari itu, kita akan lihat apakah yang sepatutnya kita anggap biasa, apakah yang sepatutnya kita anggap luar biasa.
Maka apakah kita hanya akan tersedar daripada hal ini ketika itu?

Kita yang memilih.


Kelebihan Kita Sebagai Umat Muhammad...

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

· Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

· Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

· Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

· Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam Syurga dan aku dikeluarkan dari Syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam Syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.




Firman Allah Kepada Jibrail ( Semasa Penciptaan Jibrail )

Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu  dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat
mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarakperjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang me reka kerjakan....."





Jika kita meneliti akan kelebihan yang diberikan kepada kita selaku umat Nabi Muhammad SAW, maka jelaslah bahawa kita adalah hamba Allah yang dipilih untuk sama-sama memperjuangkan apa yang Nabi Muhammad SAW perjuangkan semasa dalam hayat Baginda SAW.

Dengan keistimewaan yang diberikankan kepada kita, sama-sama bersyukur dan manfaatkannya. Jangan sekali-kali mensia-siakannya. Buktilah bahawa kita adalah umat yang terbaik. Umat yang terbaik berbanding dengan umat-umat para Nabi Alaihi Solatu Wasalam yang terdahulu.

13 Wasiat Rasulullah kepada Saiyidina Ali

by Abu Hanifah on Friday, December 24, 2010 at 2:50pm



IBNU ABBAS ra meriwayatkan bahawa Ali Abu Talib berkata : "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Hai Ali , takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat.

2. Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin dijari telunjuk dan dijari tengah . Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Hai Ali sesungguhnya Allah mengkagumi hambanya yang melafazkan istighfar; "Rabighfirli fainahu Iayaghfirul-zunuba illa Anta"( Tuhanku ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau). Allah lalu berfirman ,"Hai malaikat Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Ku. Hai malaikat-Ku ,jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia".

4. Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq (benar) itu berkat dan kazzab(dusta) itu celaka.




5. Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajikan ke atasnya siksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Hai Ali, Janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan dharurah, dan janganlah jadikan Allah permainna sumpah engkau, Sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Hai Ali, Takutilah engkau daripada berbantah bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah.. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Hai Ali, senantiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi. Bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala keatas hamba-Nya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukan daripada Allah.

12. Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau , maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau , yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Hai Ali, perbaikanlah perhubungan diantara penduduk (jiran) sekampung dan diantara ahli rumahmu. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

14. Hai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan perolehi kemenangan dan kelepasan. Insya Allah.

A visit~

After being alone for so many hours.., my aunt and her family came to my house.. As my mom just came back from work..

Nothing much, I just asked my cousin how her preparation to UiTM on Monday.. Then, she asked me about the dorm at UiTM.. I just told her what I know.. I just know that, the dorm near the "Medan Selera" at Section 2, Shah Alam..

Then, I talked about I found a house which need a housemate at Brunsfield.. Then, my aunt offered me to stay with her at Taman Sri Muda,Section 25, Shah Alam.. I don't know about it.. I think its better if I just stay at Brunsfield.. Huhu...

Anyway, I thanked them for the visit which is cheering my day..

Friday, December 24, 2010

Student Zone Part 1..


Revision..

Today I'm not attend biostatistics class as I had some problem.. So, I decided to study or do revision at home.
When the day that I've class, I don't have time to do revision because I felt exhausted travel from campus to my house for many hours.. When arrived at home, I spend my time for a while to online then, I go to sleep.. The next day, I need to woke up early and travel to campus again..

Okay, what I'm study today is about Antibodies and Ag-Ab reactions and selected test. Quite hard to make it easy to understand.. I took a lot of time on 1 slide to understand it.. I hope it worth..

As exam is just around the corner, and with bundle of works to-be-done I felt so stress.. I really hope this semester I'll be a good student.. My aim for this semester is I want to get a Dean's List....!!!

Alright, that's all for today.. I want do revision again.. I want to get a good result for this Mid Semester Exam.. =)

Ingin memohon cinta Allah~





Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)


Dari Nabi shollallahu ’alaih wa sallam beliau bersabda: “Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.” Jibrilpun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ”Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.” Penghuni langitpun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni bumi kepadanya.” (HR Bukhary 5580)


Cinta Allah kekal selamanya..
 Ingin sekali aku menjadi hamba yang dicintaiNya~




Semaikan Islam dalam hati
Tanamkan Iman nan suci
Bajai Taqwa setiap hari,
Berbuahlah bahagia yang hakiki..


Kalau kita mencari cinta pada manusia,
Belum tentu kita temui cinta sejati,
Kalau kita mencari cinta Ilahi,
Dia pasti menerima cinta kita,
Walaupun banyak kesilapan yang kita lakukan,
Allah tetap mengampuni dan sayang pada hambaNya,
Cinta Allah yang hakiki..


Ya Allah..
kuatkanlah hatiku,
peliharalah cintaku padaMu agar tidak berpaling dariMu..
peliharalah hambaMu ini dari melakukan dosa..,
agar syurgaMu kudiami dan jauhilah hambaMu ini dari neraka yang menyeksakan itu..
Amin~




Jiwaku kosong tanpa cinta dariMu, Ya Rabbi~

Introduction