Tuesday, November 30, 2010

LAUNCHING EVENT U-COMMUNITY MSU..

Hari ni adalah hari yang paling best kerana event yang dianjurkan pun tak pernah saya lihat sehebat ini..Dan tetamu VVIP ialah Dato Seri Khalid Nordin,Menteri Pengajian Tinggi.

Memang terbaik..Persembahan pertama, adalah persembahan martial arts yang terdiri daripada silat, tae kwan do dan silambam..Lihat video yang sempat dirakam..


Selepas itu, kami semua naik ke Chancellor Hall.. Masuk sahaja ke Chancellor Hall, kami menyanyikan lagu Negaraku, dan lagu Universiti Pilihan..

Setelah duduk, semua orang dalam dewan dipersembahkan pelbagai jenis tarian..Memang best la terutama tarian zapin, terasa macam nak ikut menari sama jer..hehe..

Ucapan pertama dari Presiden MSU, Dato Wira.. Semasa ucapan kedua yang disampaikan oleh Dato Seri Khalid Nordin, saya rasa macam marah dan geram..Sebab budak-budak dari fakulti FBMP memekak jer dah la cara cakap tu kurang sopan..mencarut pulak tu.. Saya nak dengar apa Dato Seri tu tengah cakap..

Apa-apa pun Dato Seri Khalid sangat berpuas hati dengan MSU..Beliau cakap MSU lebih bagus dari IPTA.. Semasa beliau mula melangkah keluar dari kereta, beliau kata tak dapat bezakan MSU ni IPTS atau IPTA..Beliau memang suka dengan apa yang MSU buat dan beliau berpuas hati dengan pencapaian MSU dan pelajar-pelajarnya..

Setelah beliau merasmikan U-Community "Dari Universiti ke Komuniti".., dewan tiba-tiba bertukar gelap.. Dan ada video kapal induk di angkasa, kapal kecil keluar dari kapal induk dan jatuh ke bumi (Shah Alam) lalu bertukar jadi lambang MSU.. Terkejut betul saya bila ada mercun tiba-tiba..mercun tu dia buat ala-ala kapal tu jatuh ke bumi..

Selepas itu, keluarlah slide keratan akhbar tentang pelajar MSU melakukan khidmat masyarakat..Slide tu ada lagu english, saya tak tahu tajuk lagunya.. Mereka buka lampu telefon bimbit dan melambai seperti dalam konsert..Saya rasa macam kelakar pula..hahaha..

Selepas semua acara dalam Chancellor Hall tu selesai, kami semua diminta bergambar di U-square..Tapi saya dan kawan tak pergi pun sebab tak pasti boleh nampak atau tidak muka kami ni..hehe..Saya dan kawan pergi  ke library pulangkan buku..

Saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya ambil sebelum bateri habis..







Monday, November 29, 2010

TERINGIN..

Tadi tengok mereka buat rehearsal martial arts, rasa macam jeles je.. Sebab dah lama tak buat latihan tae kwan do..

Lagipun...., memang terasa sangat nak buat persembahan macam tu..tapi apakan daya...

Sedih,sedih,sedih....


Gambar masa mereka tengah buat rehearsal martial arts..
Maaflah sebab tak nampak sangat..esok saya bawa kamera DSLR, saya tangkap gambar bagi jelas ye..
>.<

My journey from shah alam to kota damansara everyday..

The journey start from Batu Tiga,Shah Alam to Asia Jaya..And from Asia Jaya to Kota Damansara..

I'll show you a picture start from SS2,PJ..

Here is SS2,PJ..

At Damansara Utama..it's raining today..


One Utama..

Mutiara Damansara, dimana tempat famous..sebab ada Ikea,The Curve,e@Curve,Ikano Power Centre and Tesco..

Tempat menunggu bas kalau balik dari jalan-jalan kat Mutiara Damansara ni..


Pelangi Damansara..Dimana pagi-pagi selalu buat saya sakit hati.. Bas menunggu penumpang disini hingga mengambil masa yang lama..






Inilah KOTA DAMANSARA...

SEGi university college is near to my house..wahaha..I still love MSU,my campus..

 Sudah hampir sampai ke rumah..

SK Seksyen 6 Kota Damansara..my school when i was in standard 3 until standard 6..

 Blok Tanjung..dah nak sampai rumah dah..

Singgah beli ais krim kejap kt lori ais krim..hehe..

Inilah rumahku syurgaku di Kota Damansara ni..tak cantik pun, biasa-biasa jer.. tapi bagi saya cantik la..huhu..

Kesimpulannya, dari Asia Jaya ke Kota Damansara mengambil masa sejam untuk sampai..

Saturday, November 27, 2010

KENAPA AWAK PAKAI TUDUNG??

Soalan ni sering ditanya pada diriku sejak aku mula memakai tudung pada semester 2 ini..

Si A : Kila, siapa bf baru kau? kenapa pakai tudung?
Jawapan : Kila mana ada bf lar.. Kila pakai sebab dah nekad and memang dah berniat nak tutup aurat..
Si A : Oohh..ingatkan bf kau suruh pakai..
Jawapan : tak de lah..

Si B : Shakilla, kenapa awak pakai tudung..awak nampak lain la..sebab saya dah biasa nampak awak free hair..
Jawapan : Adalah sebabnya.. (nk explain nnti dia x fhm pun)

Saya ni tak nampak chantek macam orang lain yang pakai tudung..huhu..

Konklusinya disini adalah, saya pakai tudung sebab saya memang dah niat dan bertekad nak menutup aurat..dan ada lagi sebabnya, tidak perlu untuk diceritakan..kalau dah berniat baik, tak perlu untuk memberitahu sebabnya..cukuplah hanya dengan sebab yang dah diberikan itu..

harap saya akan menjadi muslimah yang solehah..amin~




i need your comment and your idea..pls..

My heart beats faster..

Maybe this is because how deep my feeling to the person..

I saw him, I feel so calm..

I stand in front of him, I felt love him..

But he don't know, probably he might admire someone..

I don't know.. I have no idea..

The first time I looked at him is at club meeting..

That time, I always looked at him..

The second time I saw him is my second or third day in semester 2..

Then, today I saw him again for the third time..

What makes me happy is..when I always close to him today..

I hope I saw him again on Monday and Tuesday too..

I don't know how to express my feeling..

Because I don't want clap with one hand..it takes two tango to .....i forgot the last words..

Can anyone give me an idea's or comment about what i wrote just now about the one I admire..??

Iffah, Shakilla dan Syamimi..

Kami bertiga adalah kawan baik..

Saya dan Iffah berkenalan pada hari mendaftar subjek di MSU(old campus)..

Saya dan Iffah berkenalan dengan Syamimi pada hari mengambil jadual..

Sejak kelas bermula, hubungan kami bertiga semakin rapat..

Walaupun baru beberapa bulan kami berkawan, terasa seperti adik beradik..

Saya dan Syamimi sering mengusik Iffah..

Jika salah seorang daripada kami tak ada, hari kami menjadi suram..terasa seperti tidak lengkap..

Saya harap hubungan kami sebagai kawan baik kekal hingga ke akhir hayat..

Friday, November 26, 2010

10 Soalan Sebelum Bertunang..

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.
Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.
Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.
Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.
Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.
Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.
10 soalan itu adalah:
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.
Source: iLuvIslam

Thursday, November 25, 2010

Kepenatan...

Dah sebulan tak berjalan jauh..,
Sebab cuti semester..,
Sekarang ni kaki dah mula rasa sakit-sakit dah sebab jalan kaki, lari kejar bas..
Fuhhh...tak larat..
Kalau boleh rasanya nak duduk rumah sewa..
Tapi macam payah..lebih baik ulang alik jer dari umah..
Kalau kelas pukul 8 pagi, terpaksa bangun pukul 5 pagi dan ambil bas pukul 6 pagi..

Sampai je di rumah..,memang legalah...

Friday, November 19, 2010

Doa Seorang Kekasih

myMetro | Minda: Hindari penyakit riak

myMetro | Minda: Hindari penyakit riak

Thursday, November 18, 2010

Memori Masa Sekolah..

Argh rindunya dengan kawan-kawan sekolah... Tengok gambar masa sekolah rasa rindu la...
Hari-hari terakhir berada di sekolah..saya yang buat peace tu yang baju hijau..

Majlis restu ilmu.. Dari kiri..saya, fatin, dan qistina.. Yang lelaki kat belakang tu dari kiri, amir ghazi, munir dan faisal..



They are true friends...Friends, I DO LOVE YOU ALL~
Semoga Ukhuwah ini kekal selamanya.. =)


Wednesday, November 17, 2010

Bagaimana Maksiat Boleh Berlaku?

Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini...

**********************************************************************
1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…
2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…
3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..
4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..
5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk? 
6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..
7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..
8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh! 
9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..
10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..
11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..
12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..
13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..
14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..
15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…
16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..
17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...
18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .
19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?
SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...
****************************************************************
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..
21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..
22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!! 
23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..
24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..
25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!
26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...
27.(terputus hubungan)- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..- si lelaki mencari mangsa baru..- dan kejadian terus berulang..
ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...


Sunday, November 14, 2010

One litre of tears~

Aya Ikeuchi at the age of fifteen was diagnosed with a spinocerebellar degeneration, a disease which malfunctions human's motor function eventually making them paralytic. She went to Higashikou school, but due to her illness couldn't make it for graduation and was relocated to special school for disabled people. She was strong and never thought she would die. She wrote a diary telling how she struggled with her illness, how her family stood by her, how her friends treated her and finally how strongly she never gave up life.


http://en.wikipedia.org/wiki/1_Litre_no_Namida_(TV_series)


Saya baru je tengok cerita ni..dapat tahu tentang cerita ini pun tengok kat profile facebook kawan..Dorang cakap cerita ni best, jadi saya pun buka youtube lepas tu tengok.. Memang cerita dia banyak mengeluarkan air mata.. Sedih woo.... Sekarang ni jarang dah saya online facebook..Saya nak tengok cerita ni sampai habis.. Ceritanya memang lebih 1 liter air mata keluar..huhuhu..


Cerita ni ada persamaan sedikit la dengan saya..tapi bukan saya ada penyakit sama macam dia.. Persamaannya adalah tidak boleh melakukan aktiviti yang kami suka macam aktiviti lasak.. Kadang-kadang ada juga terfikir kenapa saya tak normal macam orang lain.. Tapi sebagai orang Islam, saya cuma redha dan berfikir mungkin ada hikmahnya..Allah dah aturkan segala-galanya.. Walaupun tak boleh buat aktiviti lasak, tapi kita masih di beri peluang untuk hidup di muka bumi ini.. Saya bersyukur..


Memang sukar untuk ketepikan aktiviti lasak yang kita suka, tapi banyak aktiviti lain yang kita mampu lakukan selain daripada aktiviti lasak..


Selain daripada itu, persamaan kami adalah tidak mahu menyusahkan orang lain dan kalau sakit, tahan je dan berusaha asalkan tak menyusahkan orang..Ye, peribadi saya sama macam dalam cerita ni.. Saya pun pernah juga kawan-kawan tolong, tapi hati tak sedap sebab menyusahkan orang.. Daripada riak muka, saya tahu dan lalu saya berusaha sendiri.. Saya tak nak kawan-kawan saya benci dengan saya..Saya nak mereka sentiasa berkawan dengan saya.. Saya juga senyum walaupun dalam hati serasa nak menangis..


Apa-apa pun berlaku, bersyukur selalu..Hidup mesti di teruskan..


Kepada yang belum tengok cerita ni, tengoklah..best..



Friday, November 12, 2010

Kenangan Yang Tidak Boleh Dilupakan~~~

Kenangan tersebut adalah mengikuti kumpulan koperasi sekolah ke Perak masa saya di tingkatan 2..

Saya memang sukakan negeri Perak kerana keindahannya, oleh itu saya tidak melepaskan peluang mengikuti rombongan koperasi sekolah ke sana.

Semasa di Perak, kami tinggal di asrama pelajar Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator bersebelahan dengan Sekolah Anderson,Ipoh.. Saya sangat excited masa tu..

Kami berada di sana atas urusan kerjasama dengan koperasi Sekolah Anderson.. Di sana kami mempunyai banyak aktiviti.. Aktiviti pertama kali sampai di sekolah itu, adalah ice-breaking..

Keesokannya, kami dibawa melawat sekolah anderson.. Bagi saya bangunan sekolah yang lama itu cantik, dewan besarnya pun cantik..Piala-piala diletakkan didalam dewan tersebut dan gambar-gambar pengetua sekolah tersebut juga digantung pada dinding dewan.. Saya mengagumi sekolah tersebut..

Aktiviti kami di sana juga melawat lombong bijih timah di mana tempatnya saya sudah tidak ingat, selepas itu kami bergerak ke Pasir Salak kalau saya tidak silap di mana ada muzium terowong masa bersebelahan dengan sungai..

Selepas itu, kami bertolak ke Gua Tempurung..Saya sangat gembira kerana itu adalah kali pertama saya masuk gua.. Tempatnya juga sangat indah.. Apabila kami dibawa masuk ke dalam gua tersebut rasanya sangat sejuk, dan terdapat stalaktit dan stalagmit yang sudah berusia ratusan tahun.. Ada juga di dinding-dinding gua berbentuk haiwan seperti buaya..Yang itu sahaja yang saya ingat, tetapi ada banyak lagi bentuk-bentuk di dinding gua itu.. Pada masa itu saya tidak puas kerana meneroka hanya sedikit daripada bahagian gua tersebut, saya juga berazam ingin meneroka gua tersebut dengan pakej Grand Tour di mana aktivitinya lebih mencabar..

Keesokannya kami terpaksa pulang, tapi sebelum pulang kami mengadakan explorace. Walaupun kumpulan saya mula agak lambat, tetapi dengan semangat kerjasama dalam kumpulan kami menang tempat pertama..
Saya rasa amat berat untuk meninggalkan Perak kerana saya dah jatuh cinta dengan negeri itu.. Semasa dalam perjalanan pulang kami singgah di Kellie's Castle.. Tapi saya tidak mengikut mereka masuk kerana saya sudah masuk masa rombongan pengawas sekolah ke situ..

Apa-apa pun, kenangan ini sangat indah... Saya amat berharap dapat pergi lagi ke tempat-tempat yang sudah saya kunjungi masa saya di tingkatan 2..
Wahhhhh rindunya....nak pergi tempat tu lagiiiii........................

   Inilah pintu masuk ke Gua Tempurung..sangat cantik tempatnya...serius..

Kat sini tempat makan..masa ni saya tak makan..nak jimat duit..hehe..cuma saya duduk-duduk saja kat situ..

Gambar contoh jer ni.. Tapi kat sini tempat saya dan kawan-kawan saya duduk sementara nak balik dorm kt Sekolah Anderson tu..

Thursday, November 11, 2010

Terima Kasih ku ucapkan...

Saya nak ucapkan terima kasih kepada Abg Gmie sebab tolong ubahkan blog saya jadi cantek..

Jasamu ku kenang..hehehe..

Merci beaucoup~~

Wednesday, November 10, 2010

Baju oh baju..seluar oh seluar..

Kalau kita pergi shopping kompleks pasti kita dapat lihat pelbagai jenis fesyen yang dipakai oleh bangsa kita dan yang seagama dengan kita..
Pasti kita sakit mata melihat mereka mengenakan pakaian yang tak cukup benang dan kain..Saya malu melihat mereka berpakaian seksi seperti itu..

Ada seorang kawan saya yang seorang lelaki.. Dia kata 'orang M sekarang ni dah nak ikut style orang cina berpakaian jer, orang cina ikut style orang putih. Abis tu orang putih nak ikut style sape?..
Sempat lagi dia buat lawak time tu..

Mak saya yang bekerja di shopping kompleks tu pun bila tengok customer M datang, yang dah berkahwin tu..

Tuesday, November 9, 2010

In the morning

I wake up

I sit...

Then, I feel something

Dizziness~

It happens again and again

I couldn't stand it anymore..

What should I do?

Then, I just drink plenty of plain water

I feel releived..

Today, I'll drink a lot of plain water to reduce the dizziness..

Sunday, November 7, 2010

Tidur Mengikut Sunnah Dan Penemuan Sains~

Oleh Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang.

Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun. (Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998)

Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun.

(Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing') Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function) Tidur Dan Kerihatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah. Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim) Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri. Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa. Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya. " Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti. " (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity, ' from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation, ' Family.com) Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

Cara Tidur Nabi Dan Kajian Semasa.

Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan: "Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas." (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: "Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk." (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: 'Catching Those ZZZZ's') Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang: "Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah." (Tarmuzi) "Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan." (Bukhari-Muslim) Berkata 'Abbad ibn Tamim: "Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda." (Bukhari-Muslim)

Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan. Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini. Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:

1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau

2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.

(Intermountain Spine Institute (1999); 'Spine Self Care') Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid) Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.

Antara Sombong..Bongkak..Angkuh Dan Takbur ..

Sombong, bongkak, angkuh atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu sifat mazmumah (sifat tercela @ keji). Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga.

Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina (Al-Mukmin:60)

Sifat sombong atau takbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain.

Imam Al-Ghazali berkata : Orang yang takbur marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.

Takbur batin adalah membesarkan diri dalam hati dan ini maksiat hati yang dicela. Contohnya, iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam.Dengan angkuhnya ia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat iblis dan seluruh keturunannya. Takbur juga boleh dibahagi kepada tiga, iaitu takbur terhadap Allah, takbur terhadap rasul-Nya dan takbur sesama manusia. Takbur kepada Allah bermaksud tidak mempedulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancaman-Nya dan memandang rendah segala syariat dan peraturan-Nya.

Takbur terhadap Rasulullah s.a.w ialah enggan mengikut petunjuk dan sunnahnya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu. Orang Yahudi pula enggan berbuat demikian kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel. Orang Yahudi berasa diri mereka lebih tinggi daripada orang lain, iaitu takbur sesama manusia. Mereka sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap diri mereka berilmu, kaya dan berpangkat sedangkan manusia dijadikan sama di sisi Allah.

Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut mendapat tempiasnya. Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Ya Allah..hiasilah kami dengan sifat mahmudah.. dan jauhkan kami dari sifat mazmumah

Ya Allah tetapkanlah hati kami dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami.


sumber--> http://promote5.blogspirit.com/archive/2010/11/01/antara-sombong-bongkak-angkuh-dan-takbur.html

Insafi kelemahan diri...bertaubat..

LELAKI 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 


BERATKAN? 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 

WANITA : 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 2. isterinya , 3.anak perempuannya , dan 4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 2. ayahnya, 3. anak lelakinya dan 4. saudara lelakinya . 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) 

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri " 

Hikmah sujud - 

Sujud lega sistem pernafasan 

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 

- meringankan bahagian pelvis. 

- memberi dorongan supaya mudah tidur. 

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 

- mengurangkan kegemukan. 

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 

Tujuh kalimat 

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa 

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan 

1. Biarkan posting ini tetap dalam facebook Tok Wan. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda. 

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim. 

AMIN. 

Surah Al-Munaafiquun : Ayat : 9 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. Ayat : 11 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan. 

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! 

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. 

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). 

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. 

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. 

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. 

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. 

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata. 

Salam Ukhuwah..~

Introduction