Saturday, September 25, 2010

Final Exam Semester 1.

Bermula 5 Oktober 2010 ni, final exam untuk semester 1. Aku baru ulangkaji sikit aja, tapi aku nak dapat markah cantik punya..haha. Macam mana tu?
Aku kena study dari sekarang la, dan minggu depan nak pergi salin past year question. Lepas tu, study hard. Doakanlah aku supaya mendapat markah yang cemerlang dalam semua subjek.

Jadual Final Exam..

5Oktober --> 9am-12pm BIOETHICS
7Oktober --> 9am-11.30am ISLAMIC STUDIES
9Oktober --> 9am-12pm CHEMISTRY
12Oktober--> 9am-12pm HUMAN BIOLOGY

Macam mana nak buat blog aku cantik macam orang lain???

Aku selalu tengok blog orang lain. Cantik jer.. Aku selalu fikir, macam mana dorang buat sampai cantik sangat? Aku pun nak jugak blog aku ni jadi cantik dan menarik untuk dibaca..

Ada apa-apa cadangan tak?
Silalah beri cadangan anda...sangat dialu-alukan..
Terima Kasih.

Thursday, September 23, 2010

Nak share tentang cara pemakaian tudung orang sekarang ni..

Tujuan pemakaian tudung adalah untuk menutup aurat. Tetapi, apa yang saya tengok tudung sekarang ni hanya sekadar fesyen sahaja. Bukan untuk tujuan menutup aurat.. Kenapa saya berkata begini?

Pertama sekali jangan salah faham, saya tidak kata semua perempuan tapi segelintir.. Mereka memakai tudung tetapi cara pemakaian mereka salah..

Contohnya, pakai tudung tapi baju ketat, lengan pendek dan pakai leggings.. Selain itu pula, sekarang ni dah jadi trend pula pakai tudung sanggul tinggi. Mereka ni tak tahu ke bahawa sanggul tinggi itu adalah haram. Saya sangat tak suka melihat mereka yang bertudung tapi seperti orang yang tak bertudung..nak pakai tudung tu elok-eloklah sedikit..

Akhir kata, anda mempunyai akal yang sempurna dianugerah Tuhan jadi fikir-fikirkanlah..

Introduction