Sunday, October 31, 2010

Ingin berhijrah...

Berhijrah? Dari segi apa?
Saya sebenarnya hendak berhijrah daripada tidak memakai tudung kepada memakai tudung..
Sebenarnya sudah lama saya ingin memakai tudung tetapi belum masanya..
Tapi sekarang sudah tiba masanya untuk saya memakai tudung..
Saya berniat ikhlas kerana Allah, bukan untuk berfesyen semata seperti yang sering kita lihat..
Itu sahaja yang ingin saya ceritakan..
Sekian~

Jika saya ada sebuah kereta..

Tidak mengambil kira apa jenis kereta, saya tidak kisah kerana kereta jenis apa pun boleh bergerak juga..
Jika saya memiliki sebuah kereta, saya akan hantar dan ambil mak saya pergi dan balik kerja..
Bila hari cuti, saya nak pergi Perak..
Kenapa Perak? Sebab Perak bagi diri saya, pemandangan di Perak sangat cantik selain mempunyai bangunan-bangunan sejarah..
Walaupun kampung saya di Perak, saya tetap jatuh cinta dengan negeri Perak..
Banyak yang hendak saya ceritakan, tetapi saya tidak tahu bagaimana nak menghuraikannya..

Baiklah, sampai di sini sahaja dahulu buat masa ini..Kalau sudah ada buah fikiran, saya akan sambung semula~
=)

Kelly Castle,Batu Gajah,Perak~~

Wednesday, October 27, 2010

Kenapa sampai nak sakiti ibu sendiri?

Sejak semalam lagi saya baca surat khabar saya tengok tajuk-tajuknya membuatkan saya rasa marah terhadap anak-anak zaman sekarang ni. Mana tidaknya, tajuk kat dalam akhbar tu 'nak campak ibu dari tingkat 14', 'tumbuk ibu sampai koma', 'ugut bakar umah ibu'.. Apa masalah anak-anak zaman sekarang, cuma perkara kecil sahaja mereka sanggup berbuat begitu terhadap ibu yang melahirkan mereka.

Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan dan melahirkan kita dengan rasa sakit yang tidak terhingga.. Dari kecil ibu menjaga kita sepeti menatang minyak yang penuh, belai kita dengan kasih sayang, menjaga
pakai makan minum kita tanpa mengharapkan sebaranga balasan. Seharusnya pengorbanan seperti ini dibalas dengan kasih sayang juga, membuatkan ibu kita sentiasa gembira dan apa-apa sahaja yang tidak menyakiti hatinya..

Ketahuilah bahawa, apabila ibu kita rasa kecil hati dengan kita sahaja kita sudah menjadi anak derhaka<tlg betulkan jika saya salah>..  Saya rasa semua orang dah tau bahawa "Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu".

Jadi tolonglah sangat-sangat, walau apa jua kesalahan ibu kita sabarlah dan tegurlah secara baik..Kerana apabila kita juga buat salah, ibu menegur dengan baik dengan tujuan baik juga.. Janganlah diikutkan kata hati yang amarah, bawa-bawalah berwudhuk dan solat untuk menghapuskan amarah dalam jiwa. Jangan kerana hati, kita merana di akhirat sana kelak.. Kita perlu fikir juga kalau kita melakukan perkara tidak baik terhadap ibu kita, anak kita juga akan membalas pada kita kelak.

Fikir-fikirkanlah~~~

Sayangi dan berbaktilah kepada orang tua kita kerana syurga menanti..

Monday, October 25, 2010

The Tragedy..

I look at you for the first time,

You amaze me with your style,

I was stunned when you asked me to dance,

I feel so happy when you around,

You took me to the beach,

You proposed me on the candle light dinner,

I was very happy and I accept it,

My world is just like a dream like a fairy tale,

You always make me happy~~

The tragedy took off my heart,

My heart just like being shattered,

My life was mess without you around,

Luckily, someone who looks like you comes around..,

It makes me feel all better,

But him does not look like you 100%.,

By the way, he calms me,

He wanted me to be his partner for the whole life,

I just want to say that " I LOVE YOU"

And I won't forget the tragedy~~


p/s apa macam, boleh buat lirik lagu x? hehe
It's hard to find someone that really faithful to religion,

It's hard to find someone that really sincere,

It's hard to find someone that really faithful,

It's hard to find someone really kind and responsible..

I just pray for a good match given and I'll accept him as what he is..

Sunday, October 17, 2010

run away~

When a problem comes

and I'm not ready to face it yet

but at the same time I've to faced it

I just feel like I want run away as far as I can..

And let the problem unsolved~

Tuesday, October 12, 2010

Kecuaian pemandu bas??

Kebanyakan pemandu bas sekarang tak hiraukan keselamatan para penumpang malahan diri mereka sendiri..
Akibat mengejar keuntungan, yang menjadi mangsa adalah penumpang..walaupun kemalangan bas yang bukan bas ekspress tk pernah kita dengar lagi..

Saya nak story sikit ni.. Bas yang saya selalu naik kalau nk ke mana2 memang mcm ni.. Mula2 bas yg A datang..dia jalan slow lembab kerek jek sampai kt seksyen 5..Bila bas B dah sampai kt seksyen 5 jugak walaupun lewat dlm 10 minit..
Mula lah bas A tu nak laju..Bila bas B dah kat belakang dia, kerek2 jek kelam kabut pastu nak berlumba-lumba..Bas yang A tu la over...Bas B relax jer selalu mengalah, sebab bas B tu selalu ikut peraturan..Bas A tu nak ikut peraturan? Hahaha sori ler der...Bas A tu pulak sebok dengan walkie-talkie je memanjang...huish..berapi tau,..

Okey, lagi satu bas ni memang buat sakit hati setiap penumpang aje sebab orang lain kejar masa..dia pula nk penuhkan bas kalo boleh nak macam ikan sardin.. Memang ambil masa lama la kan?
Percaya tak? Saya naik bas pukul 6.30 pagi nak pergi kampus kat Shah Alam sebab exam..Nak ambil bas lain dekat Asia Jaya tu, saya sampai Asia Jaya pukul 8.30 tau..2 JAM!!! Nasib baik la bas pergi Klang banyak..Tunggu kejap aje dah sampai basnya..lagipun bawa laju bas tu..sampai Batu 3 pun sebelum pukul 9..
Sempat masuk exam..
=)

Ni pula time mak saya nak pergi kerja..Ya Allah, mak cakap, memang menguji kesabaran betul! Sampai ada orang tu manager dia call sebab lambat..bukan salah dia tapi salah orang bas tu..

Oleh itu, jangan lah hanya mengejar keuntungan semata-mata dan penumpang menjadi mangsa keadaan..

Monday, October 11, 2010

Keyakinan diri = zero (0)

Sejak daripada peristiwa hari tu, keyakinan terhadap diri sendiri sudah makin hilang..
Saya tahu, saya ni tak cantik..
Semua orang hanya suka pada orang yang cantik..
Tambahan pula saya ni banyak kekurangan...
Hoh!!!
Sangat SEDIH!!!!


Tak de orang yang akan faham pun..

Open House PKNS 8 Oct 2010

Pada hari tersebut saya,mak saya dan kawan mak saya pergi ke rumah terbuka PKNS di Kelana Jaya..
Nak tahu tak artis jemputan mereka siapa??? Kumpulan In-team kot.....seronok dapat jumpa mereka..
Tambahan pula, mereka nyanyi lagu favourite saya ' Nur Kasih '...Betapa seronoknya saya...siap nyanyi lagi time tu..tapi cover2 la sebab 1 meja makan tu penuh dengan orang lelaki yang sepatutnya orang perempuan duduk..
Tapi memang la makanannya pun terbaik dah la ada sate feveret saya, pasta pun ada jugak, selain itu buah-buahan seperti durian pun mereka ada sediakan..Kitorang pun apa lagi..,makan jer la apa yang nak makan kat situ..hik3..

Sayangnya..,tak ada kamera la nak tangkap gambar masa tu..tak apa lah, simpan dalam memori otak la..hehe..

LIFE AFTER SCOLIOSIS SURGERY...

Bulan 12 yang lalu, lepas SPM saya menjalani pembedahan tulang belakang ni..Mula-mula masuk tempat menunggu  nak masuk bilik bedah tu, alahai sejuknya tak terhingga..Bila kat dalam bilik bedah lagi laa sejuk sampai menggigil..
Last yang saya ingat sebelum tidur tu, saya dengar doktor cakap "ok, we can proceed now because she already sleep"..haha..

Masa tu dah habis pembedahan, ada akak yang keje kat situ, nurse kot tak pasti la..dia kejut..adoi..pergi kejut buat apa..sebab bila sedar jadi pening tau..lepas tu apa lagi, muntah la..bluerk!!!
Agak-agak berapa lama pembedahan tu berjalan? Saya masuk dewan pembedahan kul 10 dan mak cakap saya keluar pukul 5..haha lama kan?

Yang bestnya, lepas sedar tu doktor datang..saya boleh senyum lagi dan doktor kata "hai,boleh senyum lagi awak ni".. =)

Malam tu, saya di hantar ke wad biasa dah..tapi muntah jer la kejenye smpai besok..
haha..tak larat kot..penat..nak makan pun tak de selera..

Bila hari kedua, doktor datang tarik tube kt blakang badan ni, sakit wooo.... Lepas tu, doktor suruh bangun..saya pun bangun dengan bantuan doktor tersebut..Doktor-doktor semua terkezut...sebab pesakit lain yang macam saya ni 4 hari baru boleh bangun, dah la 2 hari boleh bangun lepas tu berjalan pula g tandas..
Doktor puji dan cakap "kalau ada piala, saya dah beri pada awak tau" hehe..

Hari ke-4 saya sudah boleh balik ke rumah..tapi hati tak nak balik sebab saya suka duduk hospital..hahaha..tak tahu kenapa pada masa tu..tapi balik juga la..

2 bulan lepas tu, saya pun dah g berjalan naik motor dengan mak..tapi perlahan-lahan la...bosan kot duduk umah jer time tu..

Bulan 3 ke bulan 4, saya kena denggi pulek!! Masuk hospital lagi..kali ni dapat wad yang duduk sorang..seminggu jugak la duduk kt hospital tu lagi...boring..bukan ada tv pun..nk tido susah sebab sejuk yang teramat dan kena amik darah jer selalu..hmm...

Bulan 6 pula, saya mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar universiti kt MSU nih..Excited yang teramat sangat..

Pejam celik, dah 10 bulan dan nak dekat setahun.. Alhamdulillah kehidupan berjalan seperti biasa..cuma tak normal macam orang lain..pergerakan terhad..nak main ice skating pun dah tak boleh..padahal tu kesukaan saya..
sedih jer...

Tak pe la..ada lagi xtvt yang lain boleh buat kot..haa berenang..! Berenang pun kesukaan saya juga..
=)

Doakan saya agar terus sihat..
TQ for read this..

10.10.10

Tarikh ni akan menjadi buah mulut orang ramai sebab tarikh ni kita tidak akan jumpa lagi dah..
Pada tarikh ni juga, ramai pasangan mendirikan rumah tangga dan abadikan hari yang indah ini sampai bila2..
By the way, congrates to all brides especially our first astronout Dato. Dr. Sheikh Muszaphar and wife, Dr.Halina..

Pada pasangan yang nak kahwin tu, ada masa lagi untuk dptkn tarikh yang cantik mcm 10.10.10 ni..
Tapi sampai 2012 jer la..lepas tu dah tak ada dah tarikh yang special dan boleh diingati sampai ble2..hehe..

Apa-apa pun..,semoga berbahagia la hingga ke akhir hayat kepada semua pasangan yang dah berkahwin tu..
Ingat pada tanggungjawab masing-masing.. Walaupun saya ni 'kecik' lagi, tapi tidak salah untuk saya berpesan sebegitu rupa..

Teguhkan keimanan masing-masing..Suami ibarat nakhoda yang memandu kapal ke destinasi yang tepat, dan menggalas tanggungjawab yang berat.. Jika cuai walaupun sedikit, anda akan jawab pertanyaan Allah di akhirat nanti..
Ingatlah~~

-Keyla..-

Saturday, October 9, 2010

FINAL EXAM SEMESTER 1..

Hari pertama exam, paper bioethics. Punyalah best sebab exam kat dalam dewan Chancellor sebab selama ni saya mana pernah exam dalam hall yang besar.. Rasa gementar jugak adalah,tapi saya cool dan relaks je..
Bioethics ni boleh tahan juga soalannya.. Tapi ada satu soalan ni...adoiyai, saya dah baca tapi boleh lupa pula..
"Elements of Personal Communication"
Saya ingat point je, tapi definition point tersebut lupa pulak...rugiiiii.......
Alhamdulilah, paper Islamic Studies saya dah buat yang terbaik jadi, harap-harap result pun baik juga la..
Paper Chemistry pula...hohoho...tak berapa okay sangat la..even dah baca buku ulang-ulang dan fahamkan tapi tetap lupa..hurmm...tawakal jer lar...hope pass..
next Tuesday, paper Human Biology..Hope i can take it easy..

Introduction